Penyanyi Mizz Nina membuat keputusan untuk tidak mengadakan persembahan di hadapan penonton lelaki sekembalinya dari mengerjakan haji November lalu.
Sunday, 26 January 2014
AHLI MT UMNO DAN KELUARGA KEMALANGAN JALANRAYA
DIKHABARKAN .....Dr Asyraf Wajdi Duzuki, Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah terlibat dalam kemalangan, apabila kereta yang dipandunya melanggar lori 1 tan membawa barang lusuh yang telah terbalik dihadapan keretanya pada tengah hari tadi. Alhamdulillah Dr Asyraf dan anak anak terselamat dari kemalangan tersebut.
PELAJAR MALAYSIA DI JEPUN TERSANGAT MALU PERBUATAN BAKAR BENDERA
KUALA LUMPUR, 26 Jan – Pelajar-pelajar Malaysia di Jepun kesal dan malu dengan demonstrasi penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memijak dan membakar bendera Jepun di kedutaan negara itu di sini, Selasa lepas.
SUAMI MARAH ISTERI TEMBAK PASARAYA........
Pelabuhan Klang : Seorang anggota pasukan keselamatan yang dipercayai mempunyai masalah rumah tangga melepaskan tembakan menggunakan pistol yang dibekalkan pasukannya dalam kejadian di sebuah pasar raya, di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, suspek berusia 45 tahun berkenaan melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai cermin pasar raya berkenaan.
Difahamkan, suspek mempunyai masalah rumah tangga dengan isterinya yang berusia 30 tahun sebelum ke pasar raya berkenaan untuk berbincang bagaimanapun mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan tembakan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, tembakan suspek bagaimanapun tidak mencederakan isterinya dan hanya mengenai cermin pasar raya berkenaan.
Menurutnya, sejurus kejadian, suspek terus menyerah diri di balai polis berhampiran sebelum polis menahannya untuk siasatan lanjut.“Dalam kejadian itu, tiada individu yang dilaporkan cedera termasuk isteri suspek.
“Beberapa tembakan yang dilepaskan suspek hanya mengenai cermin pasar raya berkenaan,” katanya semalam.Beliau berkata, polis akan menyiasat punca sebenar kejadian dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman daripada Majistret hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Katanya, polis akan memanggil isteri suspek untuk membantu siasatan. (myMetro)
REMAJA BAWAH UMUR BERTUKAR GAMBAR BOGEL UNTUK CARI PASANGAN SEKS ???
Lebih membimbangkan, gejala tidak sihat itu membabitkan pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dengan aplikasi telefon pintar seperti WeChat dan Line sebagai medan mencari pasangan songsang.
43 PELAJAR HISTERIA, SEKOLAH DITUTUP
Subscribe to:
Posts (Atom)