Saturday, 31 December 2011

SADIS...!!! (PART 2)

SAKSIKAN SEBAHAGIAN FOTO-FOTO BAGAIMANA BEDAH SIASAT KE ATAS MAYAT DIJALANKAN....

ANDA TEGA MELIHATNYA....???

SILAKAN....
JIKA TIDAK.... ABAIKAN DAN TERUS KE ENTRY YANG LAIN....

1

2

3

4

5

6

7


Untuk pengetahuan dan sekadar paparan mengenai kebenaran....
Agar kita menginsafi diri sendiri.....
Wallahu'alam.....


Sumber gambar DUNIA JUNKO

AGENDA SULIT DAP.... 'BERSATULAH KAUM CINA'...... MELAYU..????

TULISAN ini diterbitkan oleh sebuah majalah di London dan telah dialihbahasakan oleh seorang penuntut Melayu dan ianya ditulis oleh seorang doktor berbangsa Cina cukup menarik untuk kita semua bertanggungjawab merenungkannya tentang nasib bangsa kita menjeleng pilihanraya akan datang. Terdapat persamaan dengan kajian sisatan CIA pada tahun 2004....


Mari kita renungkan bersama tulisan ini..`BERSATULAH KAUM CINA’ dan sebarkanlah..!

KITA semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita, samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus. Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu.
Tetapi kita sedar di bidang perniagaan dan perindustrian, orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Mandarin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu. Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut. Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik.

Kerja LKS makin mudah…
Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan lain-lain mata pelajaran, baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan.
Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar, Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan lain-lain. Dari kesannya jiwa rancangan ini, orang Melayu yang dulunya merupakan 19% daripada penduduk Singapura, sekarang hanya tinggal 10% sahaja.
Lagi mudah bila Melayu rakus......
BACA DAN TELITI SETERUSNYA PEMBONGKARAN INI ... KLIK DI SINI...

Allah Bersama UMNO -Terbongkar Di Kota London!!

Agenda Sulit DAP Di Malaysia  Menjelang PRU 13

BIADAP!!! KURANG AJAR!!! SEMBILAN KEPALA BABI DI DUA MASJID DALAM MASA 48 JAM..!!!!



Penduduk dalam kariah Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya gempar dengan penemuan sembilan kepala babi yang diletakkan di dua lokasi di masjid itu dalam tempoh 48 jam.




Ada pihak yang ingin melihat keharmonian negara tergugat, dan buat macam-macam cara supaya rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini yang hidup aman damai 'terguris'.
Itu kesimpulan mudah yang dapat dibuat berikutan penemuan sembilan kepala babi di dua buah masjid sekitar Johor Bharu pada Khamis dan Jumaat. Berbagai pihak mewakili kaum-kaum yang berkepentingan meluahkan rasa kesal dan geram dengan perbuatan biadap tersebut.
Bahkan pihak polis menubuhkan satu pasukan khas yang diketuai oleh pegawai kanan polis Johor bagi menyiasat segera dan mencari dalang kejadian tersebut sampai dapat. Sementara orang ramai diminta bersabar dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
SUMBER SELANJUTNYA.... DI SINI

WANITA YANG LICIK....!!!

VIDEO: Wanita Curi 24 Tin Arak Dan Sembunyikannya Celah Kelangkang!

Penulis di My News Hub mendedahkan beliau bukan kagum dengan perbuatan wanita tersebut tetapi teruja dengan CARA atau MODUS OPERANDI yang dia lakukan.
Anda boleh lihat aksinya dalam petikan video di bawah cerita ini.
Kisahnya begini.
Wanita berketurunan India ini pada mulanya menghampiri kotak yang mengandungi 24 tin arak.
Turut bersamanya adalah seorang lelaki dan seorang kanak-kanak wanita.
Selepas itu wanita itu meludah tapak tangannya sebelum menyapukannya ke alat sulitnya.
Kemudian wanita tersebut mengangkat kainnya sebelum meletakkan kotak yang mengandungi 24 tin arak itu dicelah kelangkang dan berjalan seolah-olah tiada apa yang berlaku…WOW!
Perbuatan wanita itu malangnya berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Sehingga kini belum diketahui bila dan dimana kejadian itu berlaku…entah-entah kat tempat kita tak?

*Begitulah bila kehendak melampaui kemampuan utk memiliki... seribu daya dilakukan... walaupun ternyata itu satu kesalahan... jgn jadi mcm Anwar Ibrahim sudah laaa.... buat salah tp mcm tak ada apa-apa yang berlaku...

ANDA PERCAYA...??? NURUL IZZAH BAKAL PM MALAYSIA..????



AHLI PARLIMEN BANDAR BARU-KULIM, DATUK ZULKIFLI NOORDIN mendedahkan  Pembangkang akan menonjolkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai calon Perdana Menteri yang baru jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.


Taktik terbaru yang dirancang oleh pakatan pembangkang untuk meraih simpati rakyat.


“Perkara ini telah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan mereka juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Perdana Menteri yang dianggotai oleh semua pemimpin tertinggi dari DAP, Pas dan PKR.


“Taktik baru ini mereka tonjolkan seolah-olah mereka sudah yakin Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapa Nurul Izzah akan didapati bersalah dalam perbicaraan kes liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini.


“Dengan mencalonkan Nurul Izzah, pembangkang yakin rakyat terutama golongan muda pasti akan simpati terhadap bapanya yang kini menghadapi kes liwat,” katanya.


Mengulas lanjut Zulkifli berkata, pemimpin pembangkang melihat penampilan Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat tidak memungkinkan mereka untuk meraih sokongan rakyat seterusnya memenangi pilihan raya kali ini.


“Saya diberitahu pemimpin tertinggi pembangkang tidak bersetuju untuk menyandarkan harapan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail begitu juga Timbalan Presiden, Azmin Ali,” ujarnya.


Justeru katanya, pemilihan Nurul Izzah dilihat adalah pilihan tepat untuk meraih simpati rakyat bagi memastikan pembangkang menang pada pilihan raya nanti.

Friday, 30 December 2011

BEBASKAN ANWAR 901... KENAPA MAJLIS PEGUAM KUNCI MULUT..???



Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Majlis Peguam terhadap rancangan pembangkang mahu mengheret rakyat menjadi pelindung kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menghadapi pertuduhan mahkamah, melalui kempen “Bebas Anwar 901”.

Majlis peguam perlu nyatakan pendirian......

Adakah semua kes yang diheret ke mahkamah seperti kes rogol dan bunuh, tertuduh akan buat perkara seumpamanya (buat perhimpunan sedangkan mahkamah belum membuat keputusan)...????


PENGARAH NFC DI TIPU..???



Seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini

hari ini atas dua tuduhan menipu pengarah syarikat Nasional Feednot Corporations (NFC),

Datuk Dr. Mohd. Salleh Ismail berhubung perkhidmatan rundingan dan nasihat membabitkan

RM1.755 juta, November lalu.

Datuk Shamsubahrin Ismail memohon dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya 

dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain.

Tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM300,000 serta seorang penjamin dan diperintahkan 

menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai. - UTUSAN


RAHSIA KAMBING HITAM...!!!!!

BLOGGER GELOMBANG RAKYAT MEMBONGKAR SEMUA RAHSIA INI .......



  • Ya. Memang KULI adalah kambing hitam yang ada agenda jahat sejak sekian lama. Dendam terhadap Tun M dan kuncu2 beliau masih belum dibalas. Sifat dendam KULI terhadap Tun M bermula sejak Almarhum Tun Abdul Razak mempelawa Bekas PM ini menyertai UMNO lagi. Bagi KULI, tindakan Tun Abdul Razak itu amat 'mengganggu' usahanya untuk menggenggam jawatan No. 1 Negara.



    Menjelang tarikh keputusan Kes Liwat Anwar, Penyakit lama KULI yang cuba dihapuskan sedikit demi sedikit kini bertambah parah. KULI telah memulakan isyarat menggantikan tempat Anwar dengan memulakan serangan pertama menghina kepimpinan PM Najib Tun Razak.

    KULI secara terbuka menggunakan skrip yang sama membalun Najib sebagai Pemimpin yang tidak berdedikasi dan bakal menghancurkan pengaruh UMNO. Huh? Adakah beliau selama ini banyak mempengaruhi UMNO? KULI lah manusia durjana yang menjadi penyebab UMNO diharamkan.
    Baca seterusnya....KLIK DI SINI 

    *Difahamkan.... Ku Li adalah kunci kekuatan UMNO ketika merampas Kelantan dari PAS.  Malahan Ku Li juga dalang yang membenarkan PAS merampas kembali Kelantan dari UMNO.


    18SX ~ JANGAN TERPEDAYA SI GAGAK HITAM....!!!

    INI BUKAN KISAH HITAM METALIK YANG KELUAR DARI MULUT NKM HARI TU... TETAPI INI KISAH UNTUK PENGAJARAN AGAR ANDA (TERUTAMA WANITA) TIDAK TERPEDAYA DAN TERTIPU DENGAN CINTA SI GAGAK HITAM....





  • PETIKAN DARI MyMassa // menyebarkan entri ini atas permintaan pemilik blog...

    "Saya sudah banyak kali terbabit dalam operasi memberkas warga Nigeria. Bukan perempuan tempatan tubuh berisi sahaja menjadi mangsa, gadis cantik pun terkena. Bila ditanya mengapakah boleh begitu mudah terpikat dengan lelaki Nigeria? Dia menjawab, dia orang istimewa. Teman wanita dibawa balik ke rumah, di taburkan dengan kata-kata manis dan romantis. Sebelum melakukan hubungan seks, teman wanita dimandikan terlebih dahulu. Dipastikan kedua mereka berasa selesa dengan semburan minyak wangi. Selepas bersama, si lelaki akan mendukung manja teman wanitanya ke bilik mandi dan dimandikan sekali lagi. Melalui pengalaman, majoriti mangsa terjebak berbangsa Melayu dan India, Cina kurang," jelas rakan.

    Baca seterusnya di sini (http://www.mazidulakmal.com/2011/12/gadis-tempatan-dimandikan-oleh-lelaki.html).

    Jangan lupa baca yang ini juga (http://www.mazidulakmal.com/2011/12/kehidupan-penipu-di-malaysia-dan.html).

    *Ada persamaan tak dengan kisah Anwar Ibrahim???. 
    Menipu orang ramai pun rasa tak bersalah.

    ANWAR JANGAN HERET RAKYAT...!!!




    Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya menghormati sistem perundangan negara dan tidak 'mengheret' rakyat untuk terlibat dalam kes-kes berkaitan peribadi beliau.

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara berkaitan perundangan dan kehakiman tidak seharusnya menjadi bahan politik atau polemik.

    ''Biarlah mahkamah yang menentukan keputusan. Kita tak harus bawa rakyat untuk terlibat dalam kes-kes mahkamah. Ahli-ahli politik yang menjadi ahli Parlimen, sama ada anggota Dewan Rakyat atau Dewan Negara adalah pembuat dasar dari segi perundangan.

    ''Jadi undang-undang itu harus dihormati sebelum kita meminta orang lain menghormati undang-undang. Saya tidak fikir undang-undang itu harus dibawa ke tepi jalan atau demokrasi dijadikan demonstrasi,'' katanya.


    Anwar akan jelajah satu Malaysia bagi menafikan perilaku seks yang akan diketahui umum

     pada 9 Januari 2012 ini. Jelajah akan bermula pada 3 Januari 2012.

    WAHAI RAKYAT MALAYSIA,

     USAH TERPENGARUH DENGAN PEMBOHONGAN DAJJAL BERNAMA ANWAR


    Thursday, 29 December 2011

    SADIS TERKINI...!!!!!!!!!!! ( PART 1 )

    1.  Mayat Putus Diisi Dalam Beberapa Plastik



    TAIPING  – Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit di sebuah kilang di Kampung Padang Gajah, di sini semalam.
    Lebih malang, mayatnya terpaksa diangkat dan dimasukkan ke dalam beberapa beg plastik kerana keseluruhan badannya hancur.
    Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata, mangsa, Shuhaimi Mohamad Ariffin, 38, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh bahagian badan.
    Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa dipercayai telah menutup suis mesin berkenaan untuk dicuci.
    “Bagaimanapun, secara tiba-tiba mesin berkenaan bergerak dan menyebabkan mangsa tergelincir lalu jatuh ke dalam mesin tersebut.
    “Hanya mangsa berada di dalam kilang ketika kejadian sebelum disedari rakan sekerja mangsa yang berada di luar kilang yang mendengar jeritannya,” katanya.
    Yusof berkata, difahamkan seorang pekerja warga Bangladesh cuba memberhentikan mesin untuk menarik mangsa keluar tetapi gagal.
    Beliau berkata, mayat mangsa dikeluarkan pasukan jabatan bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan.
    Difahamkan, anggota bomba mengambil masa satu jam untuk keluarkan mayat mangsa yang hancur dalam mesin berkenaan.
    “Mayat kemudian dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.
    Sementara itu, abang mangsa, Azimi Mohamad Ariffin, 39, berkata, dia hanya mendapat tahu mengenai kejadian yang menimpa adiknya itu pagi tadi (semalam) selepas dimaklumkan penduduk kampung.
    “Saya terus ke tempat kejadian untuk melihat keadaan adik, namun dia tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kecederaan parah di seluruh badan,” katanya.
    (Petikan: Sinar Harian)

    2.  Lelaki Rantai 2 Anak Dalam Tandas


    BUTTERWORTH — Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki mendera dua orang anaknya dengan mengikat kaki mereka dan mengurung kedua-duanya dalam bilik air di rumah mereka di Jalan Raja Uda di sini semalam.
    Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, ACP Zulkifli Alias berkata, lelaki berusia 40-an itu telah mengikat kaki anak perempuannya berusia enam tahun dan anak lelaki berusia dua tahun itu dengan rantai besi sebelum keluar bekerja pada 3 petang semalam.
    Dua beradik itu dipercayai berlapar lebih lima jam selepas bapa mereka keluar rumah di Taman Mawar di Raja Uda di sini.
    Lelaki yang bekerja dengan sebuah syarikat penghantaran di sini, telah berpisah dengan isterinya seorang warga Thailand sejak sebulan lepas.
    Zulkifli berkata, kedua-dua beradik itu ditemui dalam keadaan sangat letih kerana kelaparan dan mereka hanya memakai baju dan seluar dalam dengan kaki berantai besi.
    “Siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak itu bertindak demikian kerana tidak mempunyai penjaga dan anaknya pula dikatakan nakal,” katanya.
    Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak yang jika bersabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali. — BERNAMA
     ~ Gambar Hiasan ~

    3. Pegawai PTD Dituduh Pukul Suami

    SEPANG — Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lepas.
    Kamaliah Basir, 35, didakwa telah mendatangkan kecederaan kepada Zaihan Md Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, di sini, pada 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.
    BACA SETERUSNYA ...DI SINI

    4.  Ibu Tunggal Bawa 3.9kg Syabu, di tahan

    GEORGETOWN – Polis menahan seorang wanita tempatan dan merampas 3.7 kilogram dadah jenis syabu, bernilai kira-kira RM1 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini, semalam.
    Ibu tunggal berusia 41 tahun yang berasal dari negeri ini dipercayai dijadikan keldai dadah oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan ditahan sebaik tiba di LTAPP pada jam 3 petang.
    Sepasukan anggota polis Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya menahan wanita itu hasil siasatan susulan terhadap dua warga Nigeria yang ditahan kerana memiliki dadah di Kuala Lumpur beberapa jam sebelum itu.
    Hasil pemeriksaan terhadap wanita itu yang tiba dari Kuala Lumpur, polis menemui dadah tersebut yang disembunyikan di dalam beg pakaiannya.
    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kes itu.
    Beliau berkata, wanita itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA
    ***Inilah dunia akhir zaman.....manusia seolah-olah hilang kewarasan akal fikiran....

    DAP KORUP... HANGPA BUAT-BUAT TAK NAMPAK....!!!

    TBH...... SPICE....NKM......???


    Selama ini modal parti pembangkang untuk menentang UMNO adalah dengan menggambarkan UMNO sebagai parti yang korup.   Pemimpin UMNO digambarkan sebagai kaki rasuah, Perdana Menteri Malaysia digambarkan sebagai kuku besi, polis Malaysia sebagai kejam dan sistem kehakiman sebagai tidak adil dan berat sebelah.
    Dari gambaran mereka, Malaysia kelihatan seolah-olah jauh lebih buruk dari Thailand, Indonesia atau Filipina, Uganda dan negara-negara dunia ketiga yang lain.

    Namun begitu, fakta angka dan statistik serta gambaran di depan mata memperlihatkan sebaliknya.   Malaysia terus berkembang maju, berjaya menghadapi segala cabaran ekonomi dunia dengan bergaya, serta kekal aman dan makmur walau terdapat usaha tanpa jemu pembangkang untuk menghuru-harakan negara.
    Kerana itu, usaha pembangkang untuk memburukkan UMNO/BN sebagai korup, rasuah, kuku besi, kejam dan tidak adil kian lama kian basi dan tidak laku lagi.
    Sebaliknya kesemua sikap tersebut kini ternampak jelas dalam parti pembangkang sendiri, terutama DAP.
    Bermula dengan kematian Teoh Beng Hock, kes rasuah melibatkan DAP semakin hari semakin nyata.   Walaupun DAP cuba mengalih pandangan ramai dengan menyalahkan pihak berkuasa atas kematian Teoh Beng Hock namun hakikat bahawa Teoh Beng Hock adalah saksi penting dalam kes rasuah melibatkan pemimpin DAP tidak boleh diubah.   Kematian beliau hanya menguatkan lagi persepsi kewujudan unsur gangsterisme di dalam DAP yang mampu menakut-nakutkan musuh mereka.


    Ada juga pemimpin DAP yang diketahui umum sebagai menjadi ‘pelindung’ kepada pusat-pusat hiburan dan maksiat di sekitar Selangor.    Budaya gangster ini mungkin menjadi penyebab timbulnya isu ‘warlord’ dan ‘godfather’ ala mafia di dalam parti tersebut sehingga membawa kepada pertikaman lidah secara terbuka antara pemimpin-pemimpin mereka.
    Kekejaman DAP boleh dilihat jelas dengan tindakan mereka merampas tanah-tanah dan menindas kaum lain tanpa belas kasihan.   Kronisme dan nepotisme pula diamalkan secara terang-terangan dengan jawatan tertinggi parti dipegang oleh kaum kerabat dan ‘sahabat handai’ kepimpinan tertinggi sahaja.  Sifat kuku besi DAP juga terserlah sehingga membawa kepada beberapa wakil mereka mengambil keputusan untuk keluar parti.
    Baru-baru ini, seorang kounselor MPPP, Lim Boo Chang telah meletakkan jawatan berikutan kontrak SPICE yang diuruskan secara tidak telus dan penuh keraguan dengan campurtangan terus dari Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.   Boo Chang juga melaporkan tentang sikap main kasar (“abusive attitude”) kerajaan DAP Pulau Pinang, dan “intimidasi” serta “arm-twisting” (perbuatan mengancam dan memaksa) yang dilakukan oleh pentadbiran Guan Eng.
    Sementara itu, blog-blog yang kritis terhadap DAP digodam berkali-kali (dakwaan blogger Stop The Lies) manakala akaun e-mel peribadi blogger yang kritis terhadap Guan Eng juga pernah dipecah-masuk.
    Dan kini, kes Nga Kor Meng yang memberi kontrak membut lounge suit kepada syarikat milik isterinya pula terbongkar.   Sudahlah syarikat tersebut milik isteri, sebut harganya pula jauh lebih tinggi.   Blogger sekupangduas yang mendedahkan isu tersebut telah awal-awal lagi bersedia menerima saman yang konon akan difailkan oleh Kor Meng, namun sia-sia kerana Kor Meng tidak muncul.
    Inilah parti DAP yang begitu ghairah menghentam kerajaan Melayu, polis-polis Melayu dan hakim-hakim Melayu depan dan belakang konon bodoh, korup, tidak telus, lembab dan sebagainya.
    Ternyata, baru sahaja memegang kuasa satu dua negeri dan satu dua tahun,  sudah terserlah dengan begitu nyata bahawa DAP adalah seratus kali lebih korup dan tidak telus, walaupun tidak lembab langsung dalam membuli dan menindas kaum lain.
    DAP juga telah membuktikan yang mereka sebenarnya adalah seratus kali lebih bodoh dari Melayu-melayu UMNO/kerajaan yang sering mereka perlekehkan.
    Mahu tidak bodohnya DAP, asal terkantoi saja, pasti ada orang hantar peluru.   Apa tak adakah idea lain yang lebih kreatif untuk kalih isu?   Apa ke jadahnya mengugut musuh yang boleh dibawa ke mahkamah dan dimalukan?
    Apapun, walaupun DAP telah terbukti tidak begitu bijak namun sedikit kredit untuk mereka ialah mereka tetap lebih bijak dari Melayu PAS….MNH