Wednesday, 30 April 2014

SARI YANTI TAK JADI BERCERAI.... ???


Pelakon terkenal, Sari Yanti Mohd Nazari tidak jadi bercerai dengan suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussin selepas aktres berusia 30 tahun itu menfailkan bantahan terhadap dakwaan nusyuz.

MAHKAMAH ARAH MUSTAFA ALI BAYAR RM 100 RIBU KEPADA FELDA


KUALA LUMPUR 30 April : 
Mahkamah Tinggi KL hari ini memerintahkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah dan empat yang lain membayar ganti rugi RM100,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hari ini selepas konglomerat perladangan itu menang tuntutan samannya terhadap mereka.

PELAJAR LELAKI TINGKATAN 3 SMA RAWANG MAUT DALAM PERGADUHAN DENGAN RAKAN SEKOLAH

HIASAN

KUALA LUMPUR : 
Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi.

BIL MAKAN TENGAH HARI RM 17,017.00 HANYA UNTUK 2 MENU HIDANGAN ????

Foto

DI MEDIA SOSIAL semalam, heboh nak rak pasal bil makan tengah hari berjumlah RM17,017 di sebuah restoran (mewah?). myMetro mendedahkan bahawa ianya adalah perkara biasa jika menikmati hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru.

AWAS !!! PENIPUAN JUAL BELI KENDERAAN TERPAKAI SECARA ONLINE !!

HIASAN

MASYARAKAT kini suka membeli belah secara online kerana ia mudah dan menjimatkan masa dan tenaga. Namun ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas perkembangan teknologi itu dengan melakukan jenayah dan penipuan, tidak kira ia membabitkan peniaga mahupun pembeli.

#MH370 : ADAKAH RAJA DALELAH BENAR.... PESAWAT TERHEMPAS DI LAUT ANDAMAN ???


KETIKA dalam penerbangan pulang dari mengerjakan umrah pada 8 Mac 2014 yang lalu, tarikh yang sama MH370 dilaporkan hilang ketika penerbangan dari KLIA - Beijing, seorang wanita Raja Dalelah Raja Latife, 53,  telah menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul. Ketika itu, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan. Malah ketika memberitahu rakan di sebelahnya mengenai perkara demikian, beliau telah ditertawakan...... BACA SETERUSNYA ( DI SINI  ).

HARTA KARUN PULAU NANGKA : SEGALANYA AKAN TERJAWAB HARI INI ???

Sebahagian lubang yang berjaya ditebuk sehingga sedalam tujuh meter.
USAHA pencarian harta karun yang dilakukan di Pulau Nangka bermula dengan projek kajian  sejarah dan eksplorasi pada 1995 yang dilaksanakan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

GAMBAR SELFIE SELEBRITI SUAMI ISTERI PUN KECOH !!!

 “Tadi bermanja dgn dakcik.. Sekarang saya kacau daksar pula :p“.
Kali ini, sekeping gambar yang dimuat naik oleh Diana Danielle telah menjadi bahan perbualan hangat di kalangan para peminat sekaligus menimbulkan kontroversi. Gambar tersebut yang menunjukkan kemesraan antara dirinya dan suami, Farid Kamil menyebabkan banyak pihak rasa kurang senang. Gambar di bawah dimuat naik dengan caption “Tadi bermanja dgn dakcik.. Sekarang saya kacau daksar pula :p“. 

MAKNA AIR BAGI RAKYAT SELANGOR..


Kesiannya....smpai macam tu sekali...???

Tuesday, 29 April 2014

SIAPA PELAKON WANITA KACUKAN INGGERIS MABUK GILER DI SYDNEY ???

ERA fm (29 April) :
Satu gosip paling juicy kami terima dari jauh. Seorang pelakon wanita kacukan Inggeris dilaporkan mabuk di Sydney! Menurut sumber yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia di sana, pelakon wanita tersebut kelihatan seperti tidak betul dan menjerit-jerit di tengah jalanraya dan di dalam sebuah restoran di Chinatown, Sydney.

PAS TIDAK BERANI BAWA DRAF HUDUD KE PARLIMEN BIMBANG DIPERSALAHKAN DAP ???


Masih berkisar tentang cadangan kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan draf undang-undang hudud di Dewan Rakyat.Semua pihak sedia maklum bahawa PAS kini telah memutuskan untuk melaksanakan undang-undang hudud di negeri Kelantan malahan cadangan itu telah di sambut baik oleh para pimpinan UMNO sebelum ini.

JURUTERBANG TEMUI #MH370 TERHEMPAS BERHAMPIRAN PANTAI THAILAND..... ???


Ketika baru hilang pada 8 Mac lalu, MH370 dikatakan terhempas di Laut Andaman. Pemantauan turut dilakukan di Selat Melaka dan Laut China Selatan. Jejak pencarian diteruskan ke Koridor Utara, bagaimanapun tiada sebarang petunjuk mengenai keberadaan bangkai pesawat di situ.. Lantas tumpuan kemudiannya terarah ke Lautan Hindi, selepas imej besar menyerupai sebuah  pesawat dikesan satelit China di kawasan tersebut.... Kawasan yang paling mendapat tumpuan selepas itu adalah Selatan Lautan Hindi...tetapi sehingga kini masih tiada sebarang petunjuk yang ditemui yang boleh dikaitkan dengan MH370 walaupun secebis baju...usahkan sebuah kotak hitam pesawat yang sangat diharapkan untuk ditemui.

PULAU PERHENTIAN RAGUT 5 NYAWA SEJAK AWAL TAHUN INI


KAMPUNG RAJA – Seorang lagi pengunjung mati lemas ketika mandi di Pulau Perhentian, petang kelmarin, menjadikan keseluruhan yang mati lemas seramai lima orang tahun ini.

ENJIN TERBAKAR, PESAWAT SELAMAT BERPATAH BALIK KE LAPANGAN TERBANG PERTH


PERTH : 
Sebuah pesawat berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth, pagi ini selepas salah satu enjinnya terbakar sebaik berlepas.

Penumpang pesawat Cobham Aviation memberitahu, mereka melihat api marak dan asap dari enjin yang terbakar sebaik pesawat berlepas jam 10.30 pagi waktu tempatan.

AWAS !!! PENGUTIP DERMA MENGGUNAKAN NAMA PUSAT TAHFIZ AMAL, KUALA KEDAH.... !!!


AWAS ye para pembaca semua....

Jabatan agama negeri dan pihak polis boleh mengambil tindakan tegas dengan menahan mana-mana individu atau kumpulan yang menggunakan nama Pusat Tahfiz Amal, dekat Yan, Kedah untuk mengutip derma kerana Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sudah mengeluarkan notis penutupan operasinya sejak 10 Februari lalu. 

SELANGOR : HUJAN DAN BANJIR KILAT DI SANA SINI, TAPI AIR DICATU JUA....


“Oh petang ini hujan lagi …. Lebat ….. Banjir lagi,”kata @Hamidzun yang diretweeted oleh Abang Bro mengambarkan kekecewaan anak negeri Selangor yang kecewa dengan langkah kerajaan negeri meneruskan pelan catuan air di negeri itu.

HARTA KARUN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI PULAU NANGKA JADI PERHATIAN UMUM....



MELAKA : 
Harta karun yang dipercayai tertanam di Pulau Nangka adalah lambang kepada kemakmuran dan kekayaan Kesultanan Melaka suatu ketika dulu, kata Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin. Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) berkata, ketika itu, pelabuhan Melaka sentiasa sibuk dengan kehadiran ribuan kapal dagang yang akan menghadiahkan pelbagai barangan, termasuk emas kepada sultan sebagai cukai.

KEJAM !!! POLIS GEORGETOWN BAKAR 'ANU' BUDAK LELAKI BERUMUR 14 TAHUN !!!


GEORGETOWN - Penduduk Guyana terkejut dan marah selepas kemaluan seorang budak lelaki berusia 14 tahun melecur akibat dibakar dalam insiden terbaru melibatkan kekejaman polis di negara Amerika Selatan itu, lapor sebuah akhbar semalam. 

CERAI TALAK SATU : ADAM HARAP DAPAT KEMBALI PADA FIZA.....


SHAH ALAM 28 April - Penyanyi kelahiran daripada program realiti, Mohd Aizam Mat Saman, 31, atau kenali sebagai Adam AF memberitahu terdapat masih terdapat lagi masa untuk perbaiki kelemahan diri masing-masing selepas melafaz cerai talak satu terhadap pasangan beliau, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim atau Fiza Elite, 33, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.

PEMILIHAN PKR : 'MENGATA DULANG PAKU SERPIH... MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH... MENIPU' !!!


Jika selama ini pembangkang asyik menuduh kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menipu kira undi termasuk dakwaan kononnya berlaku ‘blackout’ di beberapa kawasan ketika proses kira undi PRU13 lalu.

SYARIKAT GEORESONANCE DAKWA TEMUI SERPIHAN #MH370 DI DASAR LAUT TELUK BENGAL ???


Sebuah syarikat penerokaan berpangkalan di Adelaide percaya mereka telah menemui bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370, 5000KM jauh dari jarak pencarian pihak berkuasa.

ANWAR 'MENGADU HAL' PADA SUSAN RICE..... 'SEPATUTNYA SEKARANG SAYA JADI PERDANA MENTERI'.......


Anwar Ibrahim berkata beberapa rundingan telah dibuat antara beliau dengan Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat, Susan Rice dimana beliau mengadu bahawa gabungan pakatan haram iaitu PKR, Pas dan DAP yang sepatutnya menjadi kerajaan Malaysia selepas pilihan raya umum ke-13 yang lalu bukannya BN.

MISTERI KEHILANGAN #MH370 - APA KATA TUN M (VERSI BAHASA MELAYU) .......


#MH370

1. Saya berasa kecewa apabila pekerja MAS dikepung di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370 yang hilang. Saya juga terkilan kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat ini adalah disebabkan oleh pembuat pesawat Boeing itu sendiri.

GEMPAR !!! ALASAN KENAPA OBAMA DATANG KE MALAYSIA !!!


Sekarang ini sedang hebat viralnya Whatsapp seperti yang anda dapat saksikan di atas. Anehnya, walaupun karangannya seperti budak gagal matapelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM, ramai pula yang percaya dan mengimani karangan tersebut sampaikan ada yang berkata, disebabkan itulah Barrack Obama datang ke Malaysia.

44 NGO CINA BERGABUNG TUMBANGKAN DAP DI #PRKBUKITGELUGOR ???

Pengerusi penaja Penang Front Party, Datuk Go Chui Tiong (kiri) berbincang sesuatu dengan jurucakap parti berkenaan, Saw Chong Tatt semasa mengadakan sidang akhbar mengenai penubuhan parti baru itu yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

 GEORGE TOWN : 

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baharu ditubuh untuk ‘menyelamatkan’ Pulau Pinang daripada DAP. Dikenali sebagai Penang Front Party (PFP), ia dianggotai 44 organisasi Cina, demikian menurut pengerusi penaja, Datuk Go Chui Tiong pada Isnin.

Katanya parti itu juga akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini. Parti itu juga mendakwa DAP lebih membebankan berbanding tugas sebenar untuk membantu rakyat.

Monday, 28 April 2014

KEJAM !!! TEMAN LELAKI LETUPKAN KEKASIH SARAT MENGANDUNG DENGAN KANISTER GAS !!!

Foto
XU mengalami lecur teruk akibat perbuatan teman lelakinya.
Beijing : 
Seorang lelaki menculik kekasihnya berusia 21 tahun yang sarat mengandung sebelum mengikat kanister gas pada belakangnya yang dinyalakan apabila polis datang menyelamatkan wanita berkenaan.

ENGGAN BERJUMPA.... AKHIRNYA ANWAR MALUKAN OBAMA !!!


Puak-puak pakatan pastinya sangat terluka, kecewa, marah, malu dan pelbagai perasaan berkecamuk di hati masing-masing ekoran keegganan Presiden Amerika Syarikat untuk berjumpa dengan Anwar Ibrahim ketika mengadakan lawatan kerja ke Malaysia..... Sebagai membalas 'dendam'..... Gambar di atas telah membuktikan macai-macai pembangkang melalui Anwar Ibrahim telah berjaya 'memalukan' Barack Obama ..!!!

KEISTIMEWAAN 'THE BEAST' CADILLAC ONE


KUALA LUMPUR: 
Lebih dikenali sebagai “The Beast”, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menaiki kenderaan rasminya sepanjang lawatan ke Malaysia iaitu Cadillac One

RUMAHTANGGA HANYA 7 BULAN.... FIZA KEMBALI MENJANDA.....







Pasangan artis Fiza Elite dan Adam AF bercerai talak satu di Mahkamah Syariah di sini hari ini. Adam melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Fiza di hadapan hakim Tuan Muhamad Nazir Basrawi tepat pukul 1.05 petang.

PESAWAT RINGAN PIPER WARIOR 2 TERHEMPAS DI PENGKALAN CHEPA, PILOT PARAH


Sebuah pesawat ringan jenis Piper Worrior 2 yang sedang menjalani latihan terhempas di Taman Kurnia Jaya, Pangkalan Chepa, Kelantan.  , menyebabkan juruterbangnya cedera parah. 

SIAPA KATA TUN M HINA HUKUM HUDUD ???!!!


Setiap kali timbul isu Hudud yang dibawa oleh Parti Islam se-Malaysia, setiap kali itu petikan-petikan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad menghina hukum hudud dikeluarkan semula sehingga seolah-olah menjadi satu kebenaran. Adakah benar dakwaan tersebut atau sekali lagi ia sekadar manipulasi Pas?

APABILA OBAMA MENGUCAPKAN 'TERIMA KASIH' DAN 'IN SYA ALLAH' KEPADA IMAM BESAR MASJID NEGARA .....


KUALA LUMPUR : 
Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad merayu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama supaya menghentikan penindasan terhadap masyarakat Islam di seluruh dunia.

PARIA PAKATAN 'SOUND' POLIS.... KENAPA POLIS TAKUT SANGAT NAK AMBIK TINDAKAN ???


MALAS mau cakap banyak.....semalas nak buat resport jugak laa. Bukan apa, report yang berlambak tu pun tak diendahkan. Kenapa bila puak2 pakatan yang 'buat hal', pihak berkuasa seolah-olah pekakkan telinga dan butakan mata aje ???

PENJELASAN NAJIB MENGENAI ANWAR DI HADAPAN OBAMA

obama-najib-press-statement

Sidang akhbar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Barack Obama adalah acara yang paling mencuri perhatian dalam lawatan tiga hari Presiden Amerika itu ke Malaysia.

HARGA ANAKNYA CUMA SEBOTOL WISKI...!!!!

hiasan
Bhopal : Seorang lelaki berusia 40 tahun tergamak menjual anak perempuannya yang baru berusia setahun semata-mata kerana mahu membeli sebotol wiski di daerah Datia, Madhya Pradesh.

Sunday, 27 April 2014

ASTAGHAFIRULLAHAL'AZIM...... BILAL BERKAKI PALSU ROGOL BUDAK SEKOLAH DALAM KERETA......!!!


Seorang bilal yang tempang kakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan dua dan memaksa mangsa melakukan seks oral, bulan lalu. 

BAS TERBABAS DI PLUS, 5 PELAJAR UIAM PARAH


PETALING JAYA : 

Lima pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cedera parah, selepas bas yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 25.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 9.30 pagi Ahad.

OBAMA DI MASJID NEGARA


KUALA LUMPUR 27/4/2014 :

Presiden Barack Obama mencatat sejarah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang pertama melawat Masjid Negara dan Makam Pahlawan di sini hari ini.

NGO ISLAM SAMBUT DINGIN PERTEMUAN DENGAN OBAMA


Semasa lawatan tiga hari beliau ke ibu negara, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dijadual mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat awam pada petang Ahad. Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin NGO yang dihubungi enggan memberi sebarang butiran tentang mesyuarat berkenaan. 

Saturday, 26 April 2014

GAMBAR-GAMBAR MENARIK LAWATAN BARRACK OBAMA DI MALAYSIA


SEBELUM Pesawat Air Force One yang membawa Presiden Amerika Syarikat mendarat di Lapangan Terbang Tentera Udara DiRaja Subang agen perkhidmatan rahsia AS mengawal ketat  Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang.

SUNGAI GANGES DAN MAYAT-MAYAT MENGERIKAN......


MENURUT KEPERCAYAAN AGAMA HINDU.....Sungai Ganges ialah sungai yang dianggap paling suci oleh penganut agama tersebut. 

LIHAT LEMBAGA HITAM MENAIKI BAS SEBELUM RAMAI PENUMPANG HISTERIA


Seramai 27 pekerja sebuah pasar raya besar di Ipoh gempar apabila enam rakan mereka berusia lingkungan 18 ke 28 tahun diserang histeria ketika berada dalam bas dalam perjalanan ke tempat kerja.

PRESIDEN OBAMA MENJEJAKKAN KAKI DI BUMI MALAYSIA

PMUM TIDAK PUAS HATI KAWALAN KESELAMATAN TERLALU KETAT TERHADAP KUNJUNGAN OBAMA

Ramai ke yang bantah ? Atau sebanyak tu aje..?

Tindakan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) membuat sidang akhbar menyatakan perasaan tidak berpuas hati mereka, dengan tindakan Universiti Malaya mengetatkan keselamatan dan mengurangkan akses ke dalam universiti pada hari kehadiran Presiden Amerika Syarikar, Barrack Obama, ke universiti tersebut adalah merupakan satu tindakan bodoh dan memalukan. 

MESYUARAT EXCO PULAU PINANG LULUSKAN TARIF AIR DI NAIKKAN 20%


GEORGE TOWN 25 April - 
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengemukakan cadangan untuk menaikkan tarif air pada kadar purata 20 peratus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) minggu depan. 

3 TAHUN BERPURDAH.... AKHIRNYA ROZITA IBRAHIM TERPAKSA MELUPAKANNYA.....

ROZITA IBRAHIM

Kisah menarik itu mendapat respon positif dari rakan-rakan muslim lain termasuk kalangan blogger-blogger tempatan. Buat yang tidak tahu, Rozita pernah hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014) yang diadakan beberapa bulan lepas.

Friday, 25 April 2014

PM MENAFIKAN MEMBERI TEKANAN KEPADA OBAMA UNTUK TIDAK BERJUMPA ANWAR IBRAHIM !!!


KUALA LUMPUR : 
Datuk Seri Najib Tun Razak menolak dakwaan kononnya beliau memberi tekanan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama supaya tidak mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila pemimpin dunia itu melawat Malaysia mulai Sabtu.

CANGGIHNYA PESAWAT PRESIDEN AS - AIR FORCE ONE


Pesawat putih bergaris biru jenis Boeing VC-25 yang merupakan modifikasi dari Boeing 747-200B itu acap kali disebut sebagai Air Force One, meski Air Force One sendiri sebenarnya callsign untuk pesawat yang ditumpangi Presiden AS, apa pun pesawatnya.

MILITAN ABU SAYYAF SOROKKAN MANGSA CULIK SEMPORNA KE DALAM HUTAN


MANILA 25 April : 
Pegawai Filipina berkata, militan dipercayai menyorokkan ke dalam hutan pelancong wanita warga China dan pekerja resort warga Filipina yang diculik di sebuah pulau di perairan, Semporna, Sabah, awal bulan ini.

LELAKI MABUK 'RAMPAS' PESAWAT VIRGIN AUSTRALIA


AUSTRALIA 25 April - Pesawat Virgin Australia 'dirampas' ketika dalam perjalanan dari Brisbane ke Bali, Indonesia. Rampasan pesawat dilakukan oleh seorang penumpang mabuk.