Thursday, 17 November 2011

BENARKAH NURUL IZZAH ADA AKAUN SIMPANAN DI BANK ISRAEL...???


 Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip mencabar Naib Presiden PKR Nurul Izzah untuk mengikut jejak langkah bapanya Anwar Ibrahim yang akan membuat tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas pendedahan yang berkaitan akaun simpanan dan jumlahnya di dalam Israeli National Bank.
Beliau menjangkakan pemimpin PKR ini sudah pasti akan membuat penafian tentang hal tersebut biar pun bapanya mempunyai hubungan yang akrab dengan tokoh-tokoh kanan Yahudi.
“Sebagaimana bapanya, Nurul Izza tentunya akan menafikan, justeru saya cabar dia membuat tuduhan ke atas BN dan UMNO bahawa kononnya ini adalah dakyah  sebagaimana mudahnya Anwar menuding jari timbulnya isu berkaitan dirinya termasuklah kes perbicaraan di mahkamah,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
“Jika dilihat kepada tahun tertera di akaun terbabit iaitu 1996,1997 dan tahun berikutnya bermakna ketika ini bapa Nurul Izzah adalah Menteri Kewangan sedangkan Nurul Izzah ketika itu masih budak dan masih berhingus
“Mungkin akaun ini dibuka atas nama Nurul Izzah sebagai tempat untuk melonggokkan segala hasil yang disamun dan dirompak sebagai Menteri Kewangan dan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia,” katanya.
Katanya, tentunya duit tersebut dikumpulkan untuk pelaburan masa depan manakala untuk PKR pula akan disamun dari tempat lain pula.
“Sekiranya Anwar dan Nurul Izzah gagal memberikan penafian berkaitan akuan terbabit maka janganlah mereka ini marah sekiranya ada di kalangan rakyat yang menuduh mereka sebagai perompak dan penyamun,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, beliau menasihatkan rakyat khususnya anggota PKR sendiri agar sedar daripada perjuangan sia-sia dalam parti terbabit.
“Janganlah bermati-matian mahu mebela Anwar Ibrahim sehinggakan sanggup menggadai harta benda, tanah dan kenderaan semata-mata atas nama perjuangan kerana itu semua adalah penipuan,” ujarnya.
Di antara pendedahan tersebut :

7. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M) - Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) ... 3 yearsAccount No : C-719-418-210 (M) - Amount :USD13,000,000.00 Date of opening account : 17/06/96 - Date of Maturity : 17/06/99
Apakah ini banknya?

8. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime MinisterPassport No. : R 671918 (M) - Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) - 3 yearsAccount No : F-817-200-11 (C) - Amount :USD 12,500,000.00 Date of opening account : 03/12/96 - Date of Maturity : 03/12/99

9. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime MinisterPassport No. : R 671918 (M) - Bank : Israel National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) - 5 yearsAccount No : G-211-922-718-2 (D) - Amount : USD 15,000,000.00 Date of opening account : 12/07/97 - Date of Maturity : 12/07/02

10. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime MinisterPassport No. : R 671918 (M) - Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) - 1 yearsAccount No : F-3532-3310-501 (NG) - Amount : USD 15,500,000.00 Date of opening account : 21/09/98 - Date of Maturity : 21/09/99

11. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime MinisterPassport No. : R 671918 (M) - Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) - 3 yearsAccount No : DA-9159-7211-819 (M) - Amount : USD 4,500,000.00 Date of opening account : 20/05/96 - Date of Maturity : 20/05/99

12. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime MinisterPassport No. : R 671918 (M) - Bank : Israeli National BankType of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) - 3 yearsAccount No : ME-3138-5144-219 (A) - Amount : USD 10,000,000.00 Date of opening account : 08/09/97 - Date of Maturity : 08/09/00 
- baca di sini..



SUMBER RUJUKAN :  UMNO Online  >><<   DR. MIM

KONSPIRASI PR DALAM PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL..!!!!!

Set mencuci dakwt kekal

Dakwat Kekal namun ianya tidak kekal dan tidak sesuai untuk digunakan oleh Malaysia dalam menghadapi proses Pilihanraya. Penggunaan Biometrik disarankan untuk ketelusan pengundian.

KAJIAN UIA : POPULARITI PM MANTAP, 3 PEMIMPIN PR TERMASUK ANWAR, SUSUT



Populariti Datuk Seri Najib Razak meningkat dengan mantap sejak 2009 tetapi yang sebaliknya berlaku ke atas tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat, demikian lapor kajian Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

HAIRAN.... KENAPA NIZAR MERAYU BAGI PIHAK CIKGU MALA MC..?????



Mantan Menteri Besar Perak yang mantul, Nizar Jamaluddin cuba memujuk hati Cikgu Mala yang berduka cita setelah lima bulan duduk berjauhan dengan suaminya Cikgu Maarof. Cikgu Maarof ditukarkan ke Tanjung Pengelih, Johor dari sekolah asal di Tenang kerana tindakan tatatertib.

TAWAN PUTRAJAYA, ANWAR JADI PM..... DAP + PAS TIADA PRINSIP..!!!!!

KUALA LUMPUR, 14 Nov – MCA menyatakan hari ini sokongan Pengerusi DAP terhadap ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan adalah bercanggah dengan pendirian beliau sendiri.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong berkata perlu diingat bahawa semasa Anwar merancang pada 16 Sept mengambil alih kerajaan Persekutuan pada 2008 yang gagal, Karpal menuntut supaya Anwar meletakkan jawatannya sebagai pemimpin pembangkang.
“Tindakan kebelakang ini menggambarkan bahawa DAP akan dengan mudah menukar kedudukan bertentangan dengan prinsip mereka sendiri.

MASIH INGAT... ISU CINCIN ROSMAH 24 JUTA USD..?????

Dari Info 4 The Truth penulis ingin mengimbas kembali berkaitan cincin DS Rosmah Mansor yg dikatakan dibeli oleh beliau dengan harga 24 juta USD..... wow!!!


Apa yg menarik penulis adalah berkairan harganya, kerana pada pendapat peribadi penulis TERSANGATLAH KELAKARNYA... ahahaha... nak tau mana  dapat cerita fitnah ni.... cuba tgk di sini....


INI FAKTANYA :






1- Adakah ini dapat dikira bukti???? Capture gambar photo dan bukan print screen... rasanya, budak sekolah menengah kalau diberi format pon boleh buat ni... hahaha....

2- Cincin termahal dunia yang dijual kepada orang ramai hanya USD 1.5 Juta sahaja. Atas dari pada tu semua ada dalam muzium untuk pameran, not for sale. Harga cincin termahal dunia ialah USD 16.26 Juta dan ia adalah not for sale.


3- Chopard Blue Diamond ring - USD 1.5 Juta, termahal di pasaran hari ni. FAKTA! Harga atas daripada tu hanya pameran sahaja. Cincin berlian ni control item, boleh check sendiri. 



4- Client untuk blue diamond ni hanya utk VVVVIP sahaja. Tak semua perdana menteri, raja dan Isteri mereka dapat mencapai tahap 4 V. Hanyalah untuk billionaire, pemimpin, raja yang yang mempunyai harga diri (personal value) melebihi USD 3 Billion.

5- Ni informasi untuk anda pasal cincin termahal iaitu jenis blue diamond yang dilelong dengan harga USD 7.98 Juta dan ia telah pecah rekod harga tertinggi dalam lelongan cincin berlian. Ia dilelong di Hong Kong. Sekarang cincin tu berada di Muzium Smithsonian Institute di Washington D.C. Untuk pameran sahaja. Jadi sapa dengar cerita DS Rosmah ada cincin 24 juta, hanyalah kelentong. KLIK SINI UNTUK  REKOD HARGA BERLIAN TERTINGGI DIDUNIA


6- Setakat ni cincin termahal di dunia yang berada di jari manusia adalah USD 1.5 Juta iaitu jenis blue diamond. Dan cincin lain yang harganya lebih tinggi dari itu semuanya menjadi pameran di muzium dan private collector seperti Moussaieff Jewellers, Chopard dan lain-lain syarikat perniagaan berlian.


7- Orang yang pakai cincin termahal di dunia bukan Imelda marcos, bukan isteri Sultan Brunei, bukan isteri Bill Gates tetapi Elizabeth Taylor dan harga cincin tersebut ialah USD 1.3 Juta. Dan rekod Elizabeth Taylor telah dipecah pada 2009 oleh seorang billionaire yang menghadiahkan cincin pertunangan berharga USD 1.5 Juta kepada isterinya.
8- Berkenaan gambar sistem kastam yang kononnya dikatakan sebagai bukti... Ini pun boleh jadi bukti ker? Sistem macam ni amat mudah dimanipulasikan BLOG DR.MIM


Apa kata puak2 pembangkang haramjadah ni jawab soalan saya pula....  


Apa bukti lebih sahih dari ini seperti:

1. Bukti pembelian?
2. 
Ada Resit Pembayaran?
3. 
Tunai atau Kad Kredit?


Kalau nak kira logik akal... betul juga kata sahabat saya... 

Daripada DS Rosmah tu beli cincin harga RM 24 Juta, baik dia beli satu pulau kat Bahamas, nama pulau Leaf Cay. Harga USD 8 Juta sahaja, complete dengan 1.5km landasan kapal terbang, generator elektrik, sistem kumbahan, sistem sekuriti semua cukup. 

Lagipun, penulis pun agak pelik la kan.... kenapa seorang isteri Perdana Menteri, yang  membeli sebentuk cincin berlian  yg sgt mahal sebegitu.... perlu melalui kastam???? Bukan kah beliau boleh membelinya sendiri di kaunter (jika ada lah cincin semahal itu di jual).... bayar .... dan masukkan je kotak bekas cincin tu dlm handbeg.... besar mana lah sgt kotak bekas cincin tu  kan.... Sebagai seorang Isteri Perdana Menteri, penulis percaya, beliau takkan sebodoh itu (beli cincin melalui penghantaran kastam) hanya kerana mmbeli sebentuk cincin  dan 'memaparkan' segala transaksi pembeliannya kepada kastam.  Bukankah itu boleh menimbulkan pelbagai persepsi, anggapan dan andaian   yg tidak baik terhadap PM sendiri. 

Pesanan pada puak2 pakatan haram... kalau nk kencing pon agak2 la... kreatif la sikit lain kali... baru beberapa hari dah kantoi... ahahaha....

Penghargaan dan sekalung budi :  Apa2 ajer dan Info 4 The Truth