Monday, 19 December 2011

KEPUTUSAN ISU BERBANGKIT PROGRAM 6P








KENYATAAN MEDIA
YBHG. TAN SRI MAHMOOD ADAM
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI
mengenai
  1. Beberapa isu berbangkit sepanjang pelaksanaan Program 6P telah dikenal pasti Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan senarai tersebut telah dipanjangkan kepada semua kementerian dan agensi kawal selia program ini sebelum keputusan terhadapnya diputuskan awal minggu hadapan.
  2. Senarai ini diperolehi hasil pertemuan antara KDN dengan semua pihak yang terbabit dalam pelaksanaan proses pemutihan, termasuklah majikan, syarikat pengurus dan pihak kedutaan pelbagai negara.
  3. Antara isu utama ialah rayuan untuk melonggarkan syarat serta prosedur mekanisme pelaksanaan proses pemutihan termasuklah membenarkan semua pekerja asing tanpa izin (PATI) yang telah mendaftar menerusi program ini untuk diputihkan tanpa tertakluk kepada sektor pekerjaan dan nisbah kelayakan yang ditetapkan Dasar Penggajian Pekerja Asing Semasa.
  4. Susulan itu, 12 Kementerian dan agensi berkaitan telah memberi ulasan masing-masing, manakala enam (6) lagi termasuk Kementerian Pertanian masih belum memberi maklum balas.
  5. Dalam perkembangan lain, sehingga semalam (16 Disember 2011), sejumlah 2,721 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 46 majikan telah ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi 1,178 operasi penguatkuasaan Program 6P bermula 20 Oktober 2011.
  6. Jumlah yang ditahan itu adalah bilangan daripada keseluruhan 25,158 PATI serta 46 majikan yang diperiksa sepanjang operasi.
  7. Pada masa sama, sehingga semalam (16 Disember 2011), sejumlah 53,682 PATI yang terlibat dalam Proses Pengampunan di bawah pelaksanaan Program 6P telah keluar dari negara ini. Jumlah paling tinggi direkodkan Indonesia dengan 35,142 orang; diikuti India (4,039); Myanmar (2,467); Kemboja (1,901); Nepal (2,766); Bangladesh (2,108); Vietnam (1,289); Filipina (1,167); Pakistan (1,123); Sri Lanka (786); dan China (493).
  8. Daripada statistik yang sama, 41,422 PATI direkodkan keluar menggunakan pengangkutan udara; 12,110 memilih jalan laut dan 141 menggunakan laluan darat.
Disediakan                    :           Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Aras 9, Blok D1, Kompleks D
Putrajaya
No. Telefon                   :           03 – 8886 8000
SEMAKAN SEMULA :



KERJA GILA UNTUK KAYA....!!!

MENYELUDUP DADAH PALING CANGGIH ABAD INI...




Para pengedar dadah Colombia menyeludup bertan-tan dadah jenis kokain ke Amerika Syarikat (AS) melalui laluan bawah permukaan air dengan menggunakan kapal selam buatan sendiri yang bergerak di bawah air.


Setakat ini, pihak berkuasa AS sudah menahan dan merampas lebih 40 buah kapal selam itu termasuk 13 buah sepanjang 2011, sejak pertama kali menemuinya 18 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1993.


'Sebelum ini kami menganggap cerita mengenai penggunaan kapal selam itu sekadar mitos sahaja, sehingga kami melihat dengan mata kepala sendiri', kata seorang Pengarah Pentadbiran Pengkuatkuasaan Dadah AS (DEA), Jay Bergman.


Menurut polis marin Colombia pula, lebih 400 tan kokain dengan harga pasaran lebih AS$10 billion (RM35 billion) berjaya di seludup ke AS, sekiranya rampasan-rampasan tersebut tidak berlaku.


Kapal selam senyap dan sukar dikesan itu berupaya mengangkut muatan berat sehingga 10 tan dengan 5 krew serta mampu menyelam di laut sehingga 10 hari.


Kapal selam tersebut dibuat menggunakan gentian kaca dan berharga antara AS$500,00 (RM1.7 juta) dan AS$ 1 juta (RM3.5 juta) sebuah dengan kebanyakkannya bergerak dari barat Colombia sepanjang pesisir Lautan Pasifik menuju ke Amerika Tengah, Mexico atau AS.


Mengikut data yang dikeluargkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Colombia mengeluarkan kira-kira 600 tan kokain setahun atau 60 peratus daripada pengeluaran kokain dunia.


Sumber : Dunia Junko

APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA PINJAMAN DARI BANK DUNIA DAN PAKEJ RANSANGAN EKONOMI OLEH IMF...???

ADA YANG TIDAK FAHAM RUPANYA MENGENAI PERBEZAAN INI....
BERIKUT DINYATAKAN PERBEZAANNYA.... JANGAN BUAT ALASAN TAK FAHAM BAHASA MELAYU PULAK...!!!




1. Umum mengetahui bahawa Anwar Ibrahim merupakan seorang yang gemar menipu. Siapa yang tidak tahu mengenai penipuan terang-terangan beliau kepada Malaysia dan dunia mengenai 16 September.

2. Selain daripada itu, beliau telah berkali-kali membuat penipuan sebelumnya. Seperti penipuan mengenai diracun arsenik, penipuan mengenai suntikan HIV dan pelbagai penipuan lain. Malah beliau terkenal sebagai seorang yang gemar berjanji manis dan ber retorik tanpa membuahkan sebarang hasil.

3. Baru-baru ini, untuk kesekian kalinya, Anwar Ibrahim cuba menipu lagi. Kali ini dalam usaha untuk menghapuskan label agen US yang melekat pada dirinya, beliau menyatakan bahawa Tun Dr. Mahathir ada menghantar surat memohon bantuan kepada Bank Dunia untuk menyelesaikan krisik ekonomi 1999. Rujuk tulisan dibawah:

4. Tun Dr. Mahathir dalam kenyataan balasnya mengatakan bahawa Anwar Ibrahim penipu dan sememangnya seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar Ibrahim adalah penipu dan tidak mustahil beliau akan menipu lagi.





5. Kita juga mengetahui bagaimana pada masa krisis 1997-1999 itu, Tun Dr. Mahathir tidak mahu menerima pakej ekonomi dari IMF dan Bank Dunia. Kita juga tahu bahawa Anwar Ibrahim diatas kelemahan beliau sebagai Menteri Kewangan yang mungkin tidak faham asas-asas ekonomi, mahu mengikut langkah-langkah yang dicadangkan oleh IMF. Ini kerana beliau tidak ada idea lain yang boleh difikir sendiri melainkan menerima idea orang lain sahaja.

6. Selepas kenyataan Tun M dan cabaran terhadap Anwar supaya menunjukkan surat seperti didakwa, kumpulan pembangkang cuba memanipulasi dengan menunjukkan data-data pinjaman Malaysia dari Bank Dunia.

7. Tujuan mereka (Pembangkang) adalah semata-mata untuk menegakkan benang yang basah bahawa Tun Dr. Mahathir ada menghantar surat meminta bantuan Bank Dunia untuk mengatasi krisis ekonomi 1997-1999.

8. Mungkin mereka di kalangan parti Pembangkang menyangka rakyat Malaysia ini bodoh dan boleh diperbodohkan mereka. Sebenarnya mereka hanya menonjolkan kebodohan mereka sendiri.

9. Anwar bercakap mengenai bantuan untuk mengatasi krisis ekonomi 1997-1999. Tun M juga becakap mengenai pakej bantuan untuk mengatasi krisis ekonomi 1997-1999 (dari IMF dan Bank Dunia)

10. Tetapi kemudianya, Anwar dan puak pembangkan memutar cerita bercakap mengenai pinjaman negara terhadap bank dunia.

11. Mereka gagal membezakan pakej kewangan untuk atasi krisis ekonomi dengan pinjaman dari bank dunia.

12. Boleh dikatakan kesemua negara di dunia ini meminjam dari Bank Dunia. Sila semak data pinjaman negara-negara di laman web bank dunia. Negara-negara yang maju pun meminjam dari Bank Dunia. Malaysia juga sering meminjam dari bank dunia semenjak dahulu lagi. Ini bukannya perkara yang baru

13. Meminjam dari Bank Dunia tidak sama dengan menerima pakej bantuan kewangan untuk krisis ekonomi. Pinjaman bank dunia ini tidak sama dengan pakej yang diterima oleh Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan banyak negara-negara lain.

14. Cuba tanya Anwar Ibrahim, semasa beliau menjadi Menteri Kewangan, pernah tak negara Malaysia meminjam dari Bank Dunia ? Kalau Anwar cakap tak pernah, bermakna beliau memang penipu.

15. Gambar dibawah menunjukkan pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia daripada Bank Dunia.

16. Cuba tanya Anwar, siapakah Menteri Kewangan dari tahun 1991 sehingga 1999 ? Cuba lihat betapa banyak pinjaman yang dibuat pada tahun 1992, 1993, 1994 dan 1995. Bukankah Anwar adalah Menteri Kewangan pada masa tersebut ?

17. Kenapa Anwar tidak menunjukkan pinjaman-pinjaman bank dunia pada tahun-tahun 1992,1993,1994,1995 dan 1998 ini ? 

18. Kalau beliau lupa, mari kita lihat salah satu agreement yang ditandatangani. Agreement ini ditandatangani pada December 1993.


19.Agreement ini dan banyak agreement yang lain dibuat diantara Menteri Kewangan yang mewakili negara Malaysia. Sila baca Section 6.01.

20.Bukankah ini juga adalah pinjaman dari Bank Dunia ? Kenapa Anwar dan pembangkang nak menunjukkan pinjaman Bank Dunia yang dibuat pada tahun 1999 ? Kenapa tak tunjuk pinjaman yang di buat semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan ?

Adakah Anwar menipu apabila mengatakan bahawa beliau menolak bantuan Bank Dunia ?

21.Ingat, Tun M mencabar Anwar menunjukkan surat bahawa beliau meminta bantuan Bank Dunia untuk menyelamatkan krisis ekonomi pada tahun 1997-1999. Tetapi untuk mengkaburi mata rakyat, Anwar menunjukkan data pinjaman bank dunia yang dibuat oleh negara Malaysia yang merupakan pinjaman-pinjaman biasa mana-mana negara.









MEMINJAM DARI BANK DUNIA ADALAH PERKARA BIASA BAGI NEGARA-NEGARA MEMBANGUN DI DUNIA..... IANYA MENJADI LUAR BIASA DAN TIDAK MASUK AKAL SAMA SEKALI BILA DIKATAKAN MEMINJAM DARI IMF....!!!

DAKWAT KEKAL DALAM PRU 13..???



Suruhajaya Pilihan Raya(SPR) memutuskan untuk menggunakan dakwat kekal ‘silver nitrate’ pada pilihan raya umum ke-13, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof hari ini.
Beliau berkata dakwat itu adalah berlainan daripada dakwat kekal yang disyorkan pada pilihan raya umum ke-12.
Enggan memaklumkan sumber negara ia diimport, Abdul Aziz berkata dakwat kekal itu digunakan di beberapa negara bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar.


Beliau turut mengumumkan ‘pengundian awal’ akan diperkenalkan pada pilihan raya umum kelak iaitu tiga atau empat hari sebelum hari pengundian khusus bagi anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis (tidak termasuk pasangan) dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).
Undi pos masih dikekalkan namun pengundi terbabit perlu memohon kepada pegawai pengurus pilihan raya, kata Abdul Aziz pada sidang media di sini.
Katanya kesemua perkara berkenaan adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. 
– BERNAMA

MAYAT BAYI COMEL DAN SEMPURNA DALAM KOTAK...!!!



Mayat seorang bayi lelaki, yang dibungkus dan diletakkan dalam sebuah kotak, ditemui di kawasan pelupusan sampah di Bukit Tajol, Banggol Judah di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Machang, DSP Che Malek Bedut berkata mayat bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui beberapa pekerja pemungut sampah
pada pukul 1.15 petang ini.
“Mayat itu dijumpai mereka sebaik sahaja lori pengangkut sampah Majlis Daerah Machang (MDM) membuangnya bersama sampah di kawasan itu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata mayat bayi itu dibawa ke Hospital Machang untuk dibedah siasat dan polis akan melancarkan gerakan mengesan mereka yang terbabit dalam pembuangan mayat bayi itu.


Seorang daripada pemungut sampah, Rosmi Shafie, 30, berkata mayat bayi itu dibungkus dengan baju-t dan kain sarung perempuan ketika ditemui.
“Kami amat terkejut sebab pada mulanya kami menyangka dalam kotak itu terdapat barang berharga tetapi rupa-rupanya mayat seorang bayi yang comel dan sempurna,” katanya.
– BERNAMA

CCM Aims To Collect RM24 Billion In Business Returns By End-2012

IPOH,– The Cooperatives Commission of Malaysia aims to collect RM24 billion in business returns by end-2012 from economic activities carried out nationwide, executive chairman Datuk Md Yusof Samsudin said Sunday.

He said the target was a realistic figure as cooperatives’ economic activities so far this year have generated RM21 billion.
“The bulk of the turnover came from big oooperatives, with an annual turnover of more then RM5 million.
“Many of the cooperatives are engaged in the plantation, housing, transport and food processing business,” he told reporters after opening the Perak branch building of the National Cooperative Movement (Angkasa).
Md Yusof urged more small-and medium-sized cooperatives to venture into big scale economic sectors and seize new economic opportunities.
He also asked cooperatives to improve their performance to remain competitive and to be able to compete at international level.
Citing Bank Rakyat as a success story and a role model cooperative, Md Yusof said the bank has attained recognition as among the world’s best banks listed on Global 300 by the International Cooperative Alliance.
On daily essentials produced by cooperatives in collaboration with Felda Trading under COOP 1Malaysia brand sold in 543 cooperative sundry shops in Peninsular Malaysia, he said the product range would be increased to 150 types by March next year.
He said currently there are 24 types of products under COOP 1Malaysia brand such as ketchup, cocoa drinking powder and onions being sold since October.
The products are expected to penetrate Sarawak market next month, he added.
– BERNAMA