Sokongan Terhadap Kebenaran Surat Terbuka Kepada MB Perak
Sebelum saya meneruskan artikel ini, soalan pertama saya kepada UMNO Perak terutama DS Zambry ,kerana soalan saya ini akan menjurus kepada nilaikerja yang dilakukan oleh Orang UMNO sendiri. Perlu diingatkan kita bukan lagi berpolitik secara Lama, sekarang kita berpolitik cara terbuka dan berangkai- Kepakaran dan strategi didalam semua medium MESTI ada.
- Didalam semua Bahagian Negeri Perak, Berapa banyakkah Pakar Cybertrooper disetiap bahagian yang mengendalikan Isu di Media sosial?
- Didalam Semua Bahagian, Berapa banyakkah Wacher dan Tracker yang dilantik oleh DS secara rasmi tanpa pengetahuan Ketua Bahagian untuk melakukan penilaian Orang UMNO sendiri ( musang Berbulu Ayam)
Rasanya cukup dua perkara tersebut untuk membongkar apa yang sedang berlaku didalam UMNO negeri Perak akibat kebocoran startegi serangan untuk menumbangkan pembangkang. Jangan kita lupa kekalahan PRU 12 adalah akibat daripada UMNO tiada mempunyai Trooper Media Sosial yang mantap dan juga berlaku pengkhianatan didalam UMNO Perak sendiri.
Setelah saya membaca surat khas untuk MB Perak oleh Aktivis Keadilan , maka disini saya mengakuinya apa yang dikatakan oleh beliau memang telah berlaku didalam krisis dalaman UMNO sendiri. Setelah sekian lama saya memendamkan maklumat ini dan dikeluarkan secara terbuka oleh Aktivis Keadilan maka amat jelas sekali apakah yang sebenarnya sedang dan telah berlaku didalam sistem yang sedia ada sekarang.
Dulu, saya pernah menyuarakan perkara ini dengan beberapa orang penjawat didalam UMNO , tetapai apa yang kami dapat hanya lah cemuhan dan agar perkara ini jangan dipanjangkan dan masing masing melakukan kerja. Pembocoran maklumat sebagaimana yang dinyatakan oleh Aktivis Keadilan tersebut sememangnya benar berlaku-
Mari kita imbas kembali , sepanjang penubuhan War Room yang dicanangkan oleh kepimpinan pemuda apakah hasil yang telah didapati, jawapannya Tiada, Sepanjang itu juga Trooper pro kerajaan sedaya upaya membantu kerajaan untuk counter isu yang dibuat oleh orang UMNO sendiri untuk membunuh UMNO, apakah yang dilakukan oleh pejuang UMNO yang hanya bermulut besar dengan projek atas nama jawatan.. TIADA.
Selepas lantikan sebagai MB Perak , apakah DS tidak melihat siapakah yang berada dipersada jawatan didalam sistem DS zamby sendiri yang dipercayai untuk mengendalikan strategi peperangan , Saya berani katakan semua nya dikalangan bekas pembangkang, Pernahkah DS mengkaji latar belakang mereka, rangkaian inner circle mereka, menempatkan tracker dan wacher untuk memestikan mereka ini benar benar setia pada Parti?
Sekarang Negeri Perak sedang berhadapan dengan krisis dalaman yang amat teruk berbanding negeri lain dibawah kepimpinan DS Zambry, kenyataan saya ini bukan bersifat tidak menyokong akan tetapi ianya lebih kepada menjurus agar penelitian pemberian jawatan dan latar belakang penjawat tersebut akan tetapI SEPATUTNYA SETIAP INDIVIDU TERSEBUT TELAH DIIKUTI SETIAP KESETIAAN BUKAN HANYA PERKATAAN YANG KELUAR DARI MULUT MEREKA SAHAJA TETAPI DENGAN PERBUATAN TANPA IMBUAHAN – Penilaian ini seharusnya dilakukan dan diperhatikan oleh Wacher dan Tracker yang mana hanya DS sahaja yang tahu.
Kita pernah bersembang dalam hal politik ini dengan pelbagai pertanyaan yang saya kemukakan yang mana saya melihat tiada satupun jawapan yang berani DS berikan sebagai seorang MB Perak. Persoalan saya cukup mudah kenapa Negeri Perak tidak dapat menerima pandanagn daripada Trooper dan blogger yang mana mempunyai terlalu banyak maklumat untuk dikongsikan bersama dgn UMNO? Kenapa didalam negeri lain kesatuan ini boleh berlaku kenapa tidak didalam negeri perak.
Jawapan kepada persoalan tersebut ialah, apa yang telah dituliskan oleh Aktivis Keadilan dibawah ini. Siapakah orang yang ada disekeliling DS? Adakah mereka akan bermatian berjuang tanpa Imbuhan untuk Parti? Adakah mereka akan mempertahankan parti dan akan menjual parti demi Imbuhan?
Ini yang sedang berlaku sekarang? Sebagai Blogger dan Trooper saya amat kecewa dengan apa yang sedang berlaku didalam negeri Perak sekarang, mungkin agak terlambat bagi kita untuk mendapatkan sokongan akibat kesilapan daripada DS didalam mencatrurkan apa yang DS percayai.
Sekarang DS telah menekan GAMES START didalam politik yang amat bahaya yang mana startegi peperangan bukan berdasarkan politik lama akan tetapi Politik Berangkai yang mana kesemua strategi kepakaran dimainkan didalam Maya dan realiti?
BERIKUT ADALAH SURAT TERBUKA YANG DIMAKSUDKAN......
9 Mac 2012
YAB DATO’ SERI DIRAJA DR. ZAMBRY BIN ABDUL KADIR
Menteri Besar Perak,
Pejabat Menteri Besar Perak,
Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, PERAK.
YAB Dato’ Seri Diraja,
Moga YAB berada di dalam keadaan senang dan lenang; disaluti segala macam kekayaan yang sedang berterbangan masuk ke pejabat, rumah, kawasan, negeri dan segala jajahan takluk YAB. Kehebatan intelektual YAB memang tak ramai yang dapat menyangkal. Sangat hebat dan dihormati. Kawan dan lawan. Inilah masalahnya. Kalau dah kawan dan lawan pun hormat. Kita pun mulalah naik lupa dengan hakikat dari mana kita datang.
‘Grand Design Sabotage’ di Perak
Sebagai aktivis reformasi asal, saya memang tidak gemar dengan mereka yang berselindung di sebalik pendirian mereka yang sebenar. Warna mereka kadang-kadang tak jelas. Di depan cakap lain. Di belakang cakap lain. Depan YAB buat lain. Di belakang buat lain. Di depan hormat dan respek orang lain. Di belakang sebenarnya memuja dan mendewakan orang lain.
Sebagai aktivis reformasi asal, kita memang kenal dengan musang berbulu ayam, musuh dalam selimut, api dalam sekam, siapa yang sebenarnya telunjuk lurus; namun kelingking elok menganyam adu domba dan masalah. Kami tak pernah lupa perangai kawan-kawan yang mudah pada wajah dan kata-kata meninggalkan perjuangan; tapi masih lagi mengadap dewa politik yang sama. Di kanan makan. Di kiri makan. Ironinya, kebanyakan mereka ini di bawah lembayung kasih dan pemerintahan YAB jua. Apakah YAB menyedari semua perkara yang sedang berlaku ini?
Untuk makluman YAB, semua data, risikan, berita, strategi sudah lama tumpah ke pihak lawan. Sudah lama. Mereka gembira dan sedang menikmati buah-buah risikan politik yang dilakukan oleh gerombolan YAB. Mereka mampu mengkaji kedudukan politik Perak sehingga ke PDM. Termasuk di kawasan YAB sendiri!
Biarlah dikatakan, mereka sedang mengatur coup politik yang maha hebat dalam PRU yang akan datang. Maha hebat. Kami rasa YAB tahu. Atau sengaja buat-buat tak tahu. Sudahkah YAB selidiki semua mereka yang terlibat di dalam penyediaan war room di Perak. Sudah? Apakah sudah ditapis beberapa kali?
Daripada perbualan kami dengan inner circle YAB, maka sedarlah kami YAB sedang bermain dengan game yang sangat bahaya. Jangan begitu YAB. Lupakanlah pendewaan politik lama. Mereka tidak segan silu berkongsi cerita dengan kami yang nyata sudah terpinggir ini. Mereka bangga dengan jumlah harta karun yang mereka peroleh. Mereka membesarkan diri dengan segala macam kemudahan yang mereka dapat. Mereka gembira dengan hakikat mereka pegang YAB di dalam kocek mereka.
Apakah ini kumpulan yang YAB percayai, kasihi dan harapkan? Lama mana mereka dalam perjuangan UMNO? Berbaldi agaknya ludah mereka terhadap UMNO pada suatu ketika.
Mereka cukup bongkak mengatakan politik sudah menjadi sangat ‘fluid’ dan mereka berhak menentukan kiblat politik mereka. Ini sangat berbahaya YAB.
Harap dapat diselidik dan dinilai. Kami hanya berharap KESETIAAN YAB tidak berubah. Jangan cakap lain. Buat lain. Jangan YAB buat lain. ‘Turncoat brothers’ buat lain.
* sekali lagi kami tekankan: GAME ini sangat bahaya YAB.
Sekian. Wassalam.
AKTIVIS REFORMASI KEADILAN
1997 – 2006