Monday, 2 July 2012

PELIK TAPI BENAR : POKOK PISANG BERTANDAN 5

Pokok pisang bertandan 5
Che Amat menunjukkan pokok pisangnya bertandan lima dan mempunyai lima jantung.

KAMPUNG KUBANG BATANG (Tumpat) - Seorang warga emas di sini, terkejut apabila pokok pisang yang ditanam berdekatan rumah menantunya mengeluarkan lima tandan dan mempunyai lima jantung.

Warga emas berkenaan, Che Amat Che Mahmud, 70, berkata, dia menyedari kejadian pelik ini empat hari lalu ketika membersihkan kawasan pokok pisang itu.

Menurutnya, pada mulanya hanya tiga tandan kelihatan, tetapi selepas itu kelihatan dua dari tandan tersebut bercabang pula menjadikan lima kesemuanya.

“Pakcik tidak mengetahui spesies pokok pisang ini kerana benihnya dari Sabah, namun buah yang keluar itu seakan buah nangka.

“Pokok pisang ini dibawa pulang oleh menantu saya, Saupi dari Sabah. Kalau berdasarkan cakapnya, pokok pisang ini berasal dari Bugis,” katanya.

Menurutnya, pada mulanya dia tidak yakin pokok pisang ini boleh hidup subur kerana akarnya pendek seperti dipotong.

“Bagaimanapun selepas dijaga rapi, ia berbuah tetapi agak pelik kerana mengeluarkan lima tandan,” katanya.

Menurutnya, kejadian pelik itu menyebabkan pokok pisangnya sering menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat kekuasaan Allah.

“Pakcik akan biarkan pokok pisang ini berbuah hingga masak, buahnya lebat di setiap tandang walaupun di tandan yang bercabang,” katanya. 

~ SH

SUSULAN KECURIAN RM1.17 JUTA DARI 4 MESIN ATM, WARGA MESIR DITAHAN...

Hiasan


Polis menahan seorang lelaki warga Mesir hari ini bagi membantu siasatan kes kecurian wang tunai berjumlah RM1.17 juta dari empat mesin juruwang automatik (ATM) di aras 1 pasar raya Carrefour, Wangsa Maju di sini, semalam. 

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata warga Mesir yang berumur 31 tahun itu ditahan pada jam 10 pagi tadi di tempat kerjanya di salah sebuah kedai di pasar raya tersebut.



"Pemeriksaan forensik polis hari ini mendapati kumpulan yang melarikan wang ATM itu terdiri daripada enam orang, dan dipercayai kumpulan warga asing yang ada kepakaran membuka mesin ATM," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

ANWAR, AZMIN DAN BADRUL DI DAKWA BERSUBAHAT......


be-anwarbukagate513
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Azmin Ali dan seorang pemimpin mudanya Badrul Hisham Shaharin pada Isnin didakwa lagi di mahkamah atas tuduhan bersubahat memecahkan sekatan ketika perhimpunan BERSIH 3.0.
Dakwaan baru itu merupakan tuduhan ketiga yang dihadapi tiga pemimpin berkenaan yang sebelum ini didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan melanggar perintah mahkamah.
Kesemua mereka didakwa menggunakan Seksyen 109 Kanun Acara Jenayah kerana bersubahat dengan tiga lagi ahli PKR, Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim.
Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkenaan.
Mahkamah menetapkan 3 September untuk sebutan kes berkenaan.
Pada 22 Mei lalu, mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah mahkamah yang menghalang perhimpunan tersebut.
Majistret Zaki Asyraf Zubir dalam perintah bertarikh 26 April itu melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.
Anwar dan Azmin boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut dan boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.
Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun 
~ AD

JUAL IJAZAH PALSU....3 DITAHAN


GEORGETOWN: Tiga ahli sindiket yang cuba mengaut keuntungan dengan menawarkan ijazah palsu untuk dijual menerusi laman web, ditahan sepasukan polis di sebuah rumah di Kampar, Perak, malam kelmarin.

Dalam operasi yang dilakukan sepasukan polis Pulau Pinang jam 8 malam itu, tiga ahli sindiket terbabit iaitu masing-masing dua wanita dan seorang lelaki berusia 20-an, ditahan selepas Universiti Sains Malaysia (USM) membuat aduan berhubung kegiatan itu sebelum ini.

Difahamkan, ahli sindiket terbabit menjual ijazah palsu itu dan menawarkannya melalui laman web dengan harga yang mencecah hingga RM5,000.

Sasaran mereka adalah pelajar yang tidak perlu bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran dan juga orang awam yang mahukan ijazah dengan mudah tanpa perlu menduduki peperiksaan atau mengikuti kelas.


myMetro

SIAPAKAH HARTAWAN MISTERI ITU..???


Hartawan misteri sedekah RM2.2 bilion bina masjid seluruh negara

ALOR GAJAH 1 Julai - Seorang hartawan misteri mencetuskan kejutan apabila menyatakan hasratnya untuk menyumbang RM2.2 bilion bagi membina masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Difahamkan, penderma tidak menetapkan jumlah khusus untuk disalurkan kepada setiap negeri tetapi bergantung kepada jumlah yang dipohon oleh jawatankuasa surau dan masjid melalui Jawatankuasa Program Amal Jariah dan Wakaf (AJWA).

Pengerusi jawatankuasa itu, Abu Bakar Mat Drom berkata, jawatankuasa berkenaan ditubuhkan bagi mentadbir dan mengelola wang penderma serta menjalankan amanah individu berkenaan untuk menyalurkan sumbangan itu kepada pihak yang layak.

“Sumbangan penderma ini besar jumlahnya yang akan digunakan untuk membina surau, masjid, madrasah, pusat tahfiz dan juga dewan sekolah serta pusat penempatan anak yatim di seluruh negara.

SUARAM CUMA BERNILAI RM2.......???


Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bukan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi sebaliknya sebuah syarikat swasta dengan modal berbayar RM2. Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati ia merupakan syarikat swasta yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn Bhd.

 "Menurut dokumen SSM, pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua-dua mereka sebagai pengarah pada 7 Jun 2004.
Kua kia siong pengarah SUARAM

 "Dokumen itu menyatakan bahawa jumlah pendapatan syarikat ini adalah RM497,137 pada 2009 dan RM411,226 pada 2010," katanya pada sidang media di sini, Ahad.

 Katanya Suaram, yang didakwa berjuang untuk demokrasi dan hak asasi manusia, turut tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai NGO. Oleh itu, beliau meminta Suaram memperjelaskan niat sebenar, motif dan identiti penyumbang sumber kewangan kepada badan itu.

 Katanya berdasarkan semakan dengan SSM, Suara Inisiatif adalah sebuah organisasi yang tidak bermotif keuntungan dengan aktiviti utamanya adalah menganjurkan kempen mengenai hak asasi kemanusiaan serta aktiviti berkaitan. BERNAMA