Monday, 19 March 2012

POLIS THAILAND SELAMATKAN GADIS MALAYSIA YANG DI CULIK

SHAH ALAM  - Seorang gadis berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang baru-baru ini berjaya diselamatkan polis Thailand di sebuah stesen keretapi di Bangkok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pihak Kedutaan Malaysia di Bangkok telah berurusan dengan pihak berkuasa Thailand untuk penghantaran pulang gadis itu ke Malaysia.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Mohd Adnan berkata, gadis itu telah menelefon ibunya yang tinggal di Seksyen 18 di sini pada pukul 4.57 petang 12 Mac lepas dan ibunya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini mengenai panggilan itu pada hari yang sama.

Mohd Adnan berkata, dalam panggilan telefon itu gadis berkenaan memberitahu ibunya bahawa dia dan beberapa orang warga Myanmar itu telah diculik oleh sekumpulan orang, lalu dibawa ke Thailand.

"Bagaimanapun, mereka berjaya meloloskan diri dan diselamatkan polis Thailand pada 11 Mac di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan iaitu menculik untuk tujuan pelacuran atau melakukan persetubuhan luar nikah, katanya.

Mohd Adnan berkata, kejayaan itu adalah hasil kerjasama erat antara pihak berkuasa Thailand dengan pihak Kedutaan Malaysia di negara itu. — BERNAMA

LAP UNTUNG RM104.32 JUTA

 

Lembaga Air Perak (LAP) sekali lagi menunjukkan prestasi cemerlang apabila mencatatkan peningkatan dalam jualan air sebanyak RM4.97 juta tahun lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, jumlah jualan air pada 2011 iaitu sebanyak RM 275.46 juta adalah suatu peningkatan yang baik berbanding dalam tempoh sama tahun sebelumnya iaitu berjumlah RM 270.67 juta.
“Susulan daripada peningkatan itu, ia sekaligus telah memberi keuntungan berlipat ganda kepada LAP dimana agensi itu telah mencatatkan jumlah keuntungan bersih sebelum cukai bagi tahun 2011 adalah sebanyak RM104.32 juta.
Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri juga telah meluluskan penstrukturan semula air dan perkara itu telah pun dimaklumkan kepada Kementerian Tenaga Hijau dan Air untuk proses seterusnya.
“Jadi kita telah maklumkan mengenai kelulusan ini kepada kementerian berkaitan pada 8 Januari lalu dan memorandum terbabit akan dibentangkan pada mesyuarat jemaah menteri berkenaan untuk kelulusan di peringkat kerajaan pusat.
“Sekiranya ia diluluskan maka perjanjian dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan dimeterai,” katanya.
Tambah Zambry lagi, penstrukturan semula itu menunjukkan LAP berjaya melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Perak.
Malah katanya, selain usaha penstrukturan semula, agensi terbabit juga akan meneruskan perlaksanaan pemberian subsidi air kepada rakyat miskin di negeri terbabit.
“Kita telah laksanakan pemberian subsidi air untuk rakyat miskin melalui bantuan bulanan menerusi agensi kerajaan yang ada seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Orang Asli.
“Jadi kerajaan negeri melalui LAP telah menggunakan pendekatan ini sepanjang 5 tahun lalu dimana ia telah memberi manfaat kepada 9,383 keluarga,” katanya.
Menurut Zambry, setakat ini kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2,615 817.20 khas untuk membantu golongan miskin di Perak melalui skim subsidi terbabit.
Malah katanya, dalam usaha untuk memastikan penggunaan air bersih bagi masyarakat luar bandar, projek bekalan air luar bandar melalui kementerian berkaitan telah pun dilaksanakan.
“Kita telah melaksanakan projek ini melalui  Kementeran Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah iaitu bagi tempoh 2007 hingga 2012 sebanyak 294 projek telah dilakukan di seluruh negeri.
“Jadi, paip atau saluran air sepanjang 314 km telah siap dipasang  dengan melibatkan kos sebanyak RM 68.6 juta.
“Kita harap dengan perlaksanaan projek ini ia dapat memberi manfaat kepada 6,780 keluarga,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga LAP di Ipoh, pagi tadi.

PLUS : HENTIAN REHAT SEBELAH SUNGAI PERAK AKAN DITUTUP MULAI RABU INI

 

Hentian Rehat Sebelah Sungai Perak arah Selatan Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup pada Rabu ini (21 Mac) untuk kerja penyelenggaraan.
Konsesi utama Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS Expressways Berhad (PLUS) berkata penutupan itu akan bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan dinasihati menggunakan Hentian Sebelah Bukit Gantang atau Simpang Pulai arah selatan bagi tujuan berehat atau mendapatkan keperluan lain dalam tempoh itu.
– BERNAMA

ALERT!!!BLOGGER PRIHATIN... LAGI PELAJAR HILANG....!!!

MOHON BANTUAN....!!!!

 

Mohon bantuan pembaca dan blogger.


Pelajar tingkat 3, Siti Nur Fatihah Mahadi 15, dilaporkan hilang sejak tengahari semalam 18 Mac 2012. Dipercayai telah diculik oleh tiga individu di Tama Tas, Kuantan, Pahang.

Kejadian berlaku semasa mangsa ke kedai telefon berhampiran rumah.

Kepada sesiapa yang ternampak dan boleh membantu, diminta menghubungi balai polis berhampiran. Bersama membantu keluarga mangsa dan pihak Polis. 

PARAH!!!PAS SEMAKIN HANYUT...!!!!

KOTA BHARU - Bekas penyokong Pas menyifatkan parti itu semakin hanyut sehingga sanggup menyokong mana-mana pihak termasuk umat Islam mengadakan kerjasama serta hubungan dengan Yahudi semata-mata memenuhi tuntutan nafsu hendak berkuasa.


 


Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu merujuk kembali perintah Allah dalam al-Quran yang secara terang menyatakan sifat-sifat orang Yahudi yang merupakan musuh umat Islam.


"Apakah Hadi, pemimpin Pas dan kawan-kawannya yang berangan-angan ke Putrajaya tidak nampak penjelasan-penjelasan Allah tentang Yahudi, pegangan hidup dan perjuangan mereka yang terpapar dalam al-Quran?.


"Saya minta Hadi rujuk kepada al-Quran dan sunah, usah bermain politik sehingga boleh menggadaikan maruah bangsa dan agama, menjadi alat golongan tertentu untuk menghancurkan kedaulatan Islam di tanah air sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi yang menyatakan pendirian Pas menyokong mana-mana pihak termasuk umat Islam mengadakan kerjasama serta hubungan dengan Yahudi.


Presiden Pas itu berkata, pendirian tersebut selaras dengan prinsip yang dipegang parti itu mengenai kerjasama dengan orang bukan Islam dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan.


Bagaimanapun katanya, kerjasama dengan Yahudi itu hanya terbatas kepada bangsa itu yang tidak berpegang kepada ideologi Zionis.


Mengulas lanjut, Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan berpendapat, Abdul Hadi sudah dihantui dan ditipu oleh rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang yang ghairah mendapatkan kuasa untuk memerintah negara.


"Sifat orang kafir memang nak gunakan orang Islam untuk menghancurkan kuasa politik orang Islam. Orang Islam yang sanggup dipergunakan bukanlah seorang mukmin, tetapi disifatkan oleh Rasulullah sebagai munafik sebagaimana terkandung dalam al-Quran dan hadis," jelasnya.


Dalam pada itu, tokoh agama dan Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berpendapat, Abdul Hadi tidak perlu mempertahankan kenyataannya dengan menyatakan bahawa Yahudi itu bangsa manakala Zionis itu ideologi.
Apa yang pasti kata beliau, al-Quran menjelaskan bahawa bangsa Yahudi adalah seteru yang nyata kepada umat Islam sehingga hari kiamat, berbeza dengan golongan kafir lain.


"Tindakan Pas yang berubah prinsip perjuangan ini disebabkan parti itu semakin meninggalkan perjuangan asalnya untuk menegakkan Islam. Ini merupakan suatu kehancuran kepada kedaulatan orang Islam.


"Kita tidak boleh terima Yahudi kerana Tuhan memberitahu (dalam al-Quran) al-Yahud, bukannya Zionis. Rakyat kena kenal dan sedar perjuangan Pas sekarang," katanya.

PENDEDAHAN : ANWAR BISEKSUAL, NALLA CABAR SAMAN DIRINYA...!!!


KUALA LUMPUR - Pengerusi Malaysia United Indian Party (MIUP) Dato' Nallakaruppan tidak gentar jika Ketua Umum Pembangkang itu mengambil tindakan saman ke atasnya atas pendedahan yang dilakukan. 
Beliau kelihatan cukup yakin apabila mendedahkan Anwar Ibrahim sebagai seorang manusia yang mengamalkan biseksual berdasarkan pengalamannya lebih 30 tahun mengenali Ketua Umum Pembangkang itu. 
Nallakaruppan juga berkata beliau kenal dengan sifat dan perangai Ketua Umum Pembangkang malah yakin 99.99 peratus pelaku dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim.
Ditanya pemberita apakah beliau tidak takut untuk diambil tindakan saman, Nallakaruppan melontarkan cabaran sekiranya Anwar Ibrahim anak jantan, beliau perlu menyahut cabarannya. 
Pengerusi MIUP itu turut menegaskan Anwar Ibrahim mempunyai tiga karektor yang cukup berlainan dan bertentangan apabila waktu siang, petang dan malam.

IKUTI KENYATAAN PENUH NALLAKARUPPAN MENGENAI BISEKSUAL ANWAR IBRAHIM DAN MENCABAR ANWAR SAMAN BELIAU.....


KREDIT TO : KL POS

IMBAS KEMBALI..... SEMUANYA DEMI KUASA!!!

BOLEH KAH BEGINI...???


 


***Depa ni.... agaknya kalau DAP suruh makan babi pun dema tibai.....!!!! 

ANWAR KE INDIA UNTUK SOKONG SALMAN RUSHDIE..?????

 

AIDCNews – “Delhi: indiaToday conclave – saya dan Azizah tidak akan hadir ke acara ptg esok kerana membantah kehadiran Salaman Rushdie yang secara biadab menghina Rasulullah”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam twitternya 16 Februari.
Walaupun dalam twitter itu nampak seperti Anwar tidak akan hadir dalam program ‘India Today Conclave’, namun dailymail.co.uk, 16 Februari melaporkan sebaliknya.
“Masanya telah tiba untuk India untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam penyebaran demokrasi”, kata Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Bercakap di persidangan India Today Conclave 2012, beliau berkata demokrasi India dan badan kehakiman adalah terpuji tetapi mengecewakan apabila perkara yang sama tidak dilaksanakan di kawasan kejiranan (luar India),” katanya.
Menurut laman itu, Anwar berkata beliau amat faham ‘makna kebebasan dan demokrasi’ kerana pernah dipenjarakan selama 6 tahun di Malaysia, sebab itu hari ini beliau terus memperjuangkan kebebasan.
Laporan kehadiran Anwar ke program itu turut disahkan oleh laman daijiworld.com yang melaporkan hanya Imran Khan, pemain kriket Pakistan yang enggan hadir ke program kerana memboikot kehadiran pengarang buku “The Satanic Verses”, Salman Rushdie.
Laman itu menyebut, Imran Khan enggan hadir ke program The India Today Conclave yang dijangka berforum bersama Anwar Ibrahim, Henry Kissinger (bekas Setiausaha Negara AS), Anna Hazare, Kapil Sibal (Menteri) dan Kareena Kapoor (artis Bollywood).
Namun, laman itu tidak menyebut Anwar Ibrahim juga memboikot program tersebut sepertimana yang dilakukan Imran Khan.
Bermakna laporan dailymail.co.uk mengesahkan kehadiran Anwar Ibrahim.
Dalam tentatif program yang disediakan The India Today Conclave menyebut Anwar Ibrahim akan memberi ceramah pada 16 Feb, bertajuk “FROM DICTATORSHIP TO DEMOCRACY: The Triumph of the People” dan Salman Rushdie akan memberi ceramah bertajuk “THE LIBERTY VERSES: I am What I am and That’s All That I am“.
Manakala Henry Kissinger, bekas Setiausaha Negara AS akan memberi ceramah bertajuk ” The Making of an Asian Century“.
Bukti kehadiran Anwar turut disahkan di laman rasminya sendiri, anwaribrahimblog.
Khoo Kay Peng, penganalisis politik seperti dilaporkan FMT berpendapat Memang wajar Anwar Ibrahim ‘bekerjasama’ dengan Salman Rushdie dan bukannya menjauhkan diri.
“Dan ini merupakan pandangan profesional saya, walaupun saya faham Anwar cuba untuk mengelakkan kontroversi”, kata Khoo.
Dua tahun lalu, ketika Anwar berceramah di pusat Islam Liberal Indonesia, Komuniti Salihara, Jakarta, Ketua Umum PKR itu membela Salman Rushdie.
“Bila Imam Khomeini, masa itu menjatuhkan hukuman bunuh terhadapnya (Salman Rusdie).. Saya sukar untuk bersetuju.. ”, kata Anwar ketika berucap dalam tajuk “Kebebasan Dan Musuh-Musuhnya” yang sekaligus menolak fatwa pemimpin agung Iran itu.
“Tetapi itukan (Satanic Verses) satu karya..Ini faham kebebasan..sebab itu kebebasan berwacana dan berpolemik itu perlu (kebebasan berpendapat)”, katanya di hadapan kelompok Islam Liberal Indonesia.
Menurut Anwar, tiada mana-mana tokoh agama mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman tanpa melalui proses undang-undang (rule of law).
Menurutnya, musuh utama kebebasan adalah golongan agama yang berpandukan Al Quran dan Sunnah dalam melaksanakan hukum.
“Kalau kita berikan kuasa kepada mana-mana tokoh atau alim (ulama) putuskan. Kalau di Malaysia yang bawa idea Asian Value (nilai ketimuran Asian) digunakan Islam.
“Jadi saya, kalau Islam itu mengonkong kebebasan..Islam yang sangat usang dan jumud..dan saya tidak sokong kefahaman Islam sedemikian.
“Saya berbeza pendapat yang besar..bahkan kalau di Malaysia..bertempur dengan kalangan yang menjadikan Islam itu sebagai faktor penghalang (kebebasan)”, katanya
Lihat rakaman video di sebelah untuk mendengar hujah-hujahnya selanjutnya dalam pembelaannya terhadap Salman Rushdie.
Ketika Salman Rushdie menerbitkan bukunya “Satanic Verses” pada tahun 1988, dunia Islam memprotesnya kerana memahami maksud Salman adalah menghina Islam dengan menyamakan Al-Quran sebagai Surah-surah Syaitan.
Akibat kemarahan memuncak umat Islam di seluruh dunia itu, pada Februari 1989, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini, mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam membunuh atau membantu membunuh Salman Rushdie dan penerbitnya. Kemudian, Salman Rushdie melarikan diri ke Britain dan bersembunyi dengan mendapat perlindungan polis di negara itu.
Ketika kemarahan umat Islam masih memuncak kepada Salman Rushdie itu, pada tahun 1993, wartawan ASIAWEEK menemui Anwar Ibrahim untuk mendapat komennya.
“Saya telah membaca The Satanic Verses, saya juga telah membaca Midnight’s Children lebih awal lagi dari itu, saya anggap Salman Rushdie adalah “profound writer” (penulis berpengetahuan mendalam)”, kata Anwar.
“Saya tidak bersetuju seseorang membuat pengumuman untuk mengutuk seseorang yang lain. Jika negara-negara mempertikaikan penulisan Salman Rushdie, seharusnya ia dibawa ke muka pengadilan (dan bukannya bertindak di luar pengadilan)”, katanya lagi.
Pendapat Anwar tentang Salman Rushdie disiarkan dalam majalah ASIAWEEK, 11 November 1993.
Profound writer
Anwar Ibrahim tidak mengkritik Salman Rushdie, sebagaimana yang dilakukan oleh majoriti umat Islam di seluruh dunia, sebaliknya memuji penulis itu sebagai ‘profound writer’ (seorang penulis yang mempunyai pengetahuan yang mendalam).
Dalam erti kata lain, pendapat Anwar senada dengan pihak Barat yang membela dan memuji serta memberi anugerah kepada penulis itu. Misalnya Britain selain memberi perlindungan, negara itu juga memberi anugerah ‘Sir’ kepadanya.
Pendapat Anwar itu senada dengan pendapat John Esposito, seorang orientalis yang menjadi guru Anwar di Universiti Georgetown yang mengatakan Salman Rushdie adalah seorang ‘intelektual yang bijak’.
Salman Rushdie, anak seorang Muslim dilahirkan di Bombay pada 19 Jun 1947 dan bersekolah di Gereja John Conon kemudian di King Kolej, Cambridge.
The Satanic Verses adalah karya keempatnya yang diterbitkan pada tahun 1988.
Buku ini berjumlah 547 halaman. Dicetak oleh penerbit Vikin (pemilik Yahudi) anggota jaringan penerbit Penguin.
Menurut sumber, Salman Rushdie menulis buku itu kerana diupah 850 ribu pound oleh pimpinan Viking (Yahudi), yang berniat untuk merosakkan imej Islam.
Antara isi kandungan buku itu yang menyimpang dengan akidah Islam antaranya adalah;
1. Salman mendakwa wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran
2. Kota Mekah adalah Pusat Pelacuran yang diuruskan oleh kesemua isteri-isteri Rasulullah.
3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.
**** ANWAR PEMBOHONG..ANWAR SESUMPAH!!!

EKSKLUSIF!!!PENDEDAHAN GOBALA - ANWAR SIMPAN DANA PERIBADI DI LUAR NEGARA!!!

AIDCNews – Bekas aktivis PKR, YB N Gobalakrisnan, Ahli Parlimen Padang Serai mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpan dana peribadi wang kertas RM1000 yang kesemuanya bernilai RM10 juta di luar negara.
“Saya terima satu dokumen melalui pos yang menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim simpan RM10 juta di luar negara. Jadi bila Dr Mahathir haramkan penggunaan duit RM1000 di negara ini membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tahu Anwar menyimpan banyak wang di luar negara.
“Sebab itu, beliau (Dr Mahathir) halang wang itu masuk ke dalam negara ini”, katanya.
Gobala mempercayai Anwar mempunyai banyak wang peribadi yang disimpan di luar negara.
“Dengan bisnes di Amerika Syarikat (AS).. (syarikat) Anwar Ibrahim Consulting..Azmin Ali juga simpan wang di luar negara..Singapura.
“Dr Syed Husin Ali..secara peribadi memberitahu saya..Azmin mempunyai jutaan wang di Singapura..Syed Husin adalah manusia yang berprinsip..dia menyatakan demikian”, katanya.
Katanya lagi, semua ini membuktikan kepimpinan PKR juga dibelenggu oleh masalah korupsi.
Baru-baru ini, pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) mendedahkan Datuk John Soh Chee Wen, individu yang merupakan key person telah membelanjakan RM20-RM30 juta untuk memastikan kebangkitan Anwar Ibrahim dan partinya sejak dari tahun 1998.
Anwar dan John Soh mula bercanggah pendapat tentang pembentukan kerajaan baru 16 September 2008, di mana menurut Anwar wang sebanyak RM300 juta adalah penting untuk membeli 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN), namun John Soh tidak bersetuju mengeluarkan dana itu kecuali Anwar mampu membuktikan bahawa beliau benar-benar berjaya dalam rancangannya.
“Apabila mereka akhirnya bertemu, Anwar dan John Soh mula bertengkar. Apabila Anwar berkata John Soh harus dipersalahkan kerana kegagalan 16 September, John Soh membidas, “Jika awak begitu yakin rancangan awak berjaya mengapa awak tidak membiayai dengan wang awak sendiri? Pulangkan semula beberapa bilion wang yang awak sembunyikan di luar negara dan bayar (balik) RM300 juta dari poket awak sendiri!”katanya, dalam kolum The Corridors of Power, “EPISODE 8: The man behind PKR (Part 2)

KEBANGKITAN GAY...

 


PENULIS makin terganggu dengan sekian banyaknya laporan kejadian seks sejenis termasuk jenayah berkaitannya kebelakangan ini.

Di Indonesia baru-baru ini, seorang ulama terkenal , Habib Hasan Assegaf disoal siasat berhubung dakwaan beliau melakukan penderaan seksual terhadap budak-budak lelaki.

Beliau didakwa berbuat demikian selama enam tahun. Menurut laporan agensi berita, kes itu mencetuskan kemarahan banyak pihak dan Habib dilabel sebagai ‘ulama gasang’.

Beliau mempunyai jemaahnya sendiri dikenali sebagai Nurul Mustofha. Jemaah itu adalah yang terbesar di Jakarta dan sering mengadakan ceramah di tempat-tempat awam sehingga menyebabkan banyak jalan ditutup.

Pendedahan mengenai perbuatan ulama itu menggemparkan Indonesia. Kisah tokoh dan individu berimej agama terjebak gejala songsang, makin kerap terbongkar di seluruh dunia.

Pada Januari lalu, seorang paderi Katolik dihukum penjara enam tahun oleh mahkamah di Jerman kerana melakukan penderaan seksual ke atas tiga budak lelaki, dua daripadanya adik beradik.

Kes tersebut turut menjadi perhatian ramai dan menggegarkan Gereja Katolik Roman di negara itu. Bukan satu atau dua tuduhan dihadapi oleh paderi berkenaan. Sebaliknya ia melibatkan 250 tuduhan yang dilakukan dalam tempoh lapan tahun.

PENULIS tertarik dengan kenyataan paderi itu yang namanya tidak didedahkan, ketika perbicaraan. “Adalah salah jika saya kata `tidak’ tetapi untuk menyatakan `ya’ akan menjurus kepada kebenaran.”

Tiada sindrom penafian mahupun pembohongan di dalam mahkamah. Paderi itu masih ada keberanian untuk bercakap benar.

Kes tersebut mengingatkan penulis kepada penderaan seksual ke atas 67 kanak-kanak pekak dan bisu di Institut Katolik di Verona, Itali oleh paderi-paderi antara tahun 1950-an dan 1980-an.

Dalam pada itu, penulis turut teruja dengan kelantangan individu tertentu dalam mengekang gejala gay. Pada awal bulan ini, pemimpin kanan Katolik Scotland, Kardinal Keith O’ Brien menyifatkan rancangan Perdana Menteri Britain, David Cameron untuk membenarkan perkahwinan sejenis sebagai gila.

Katanya, tindakan itu sebagai subversif keterlaluan ke atas hak asasi manusia yang telah diterima secara universal. ‘‘Perkahwinan sejenis akan menghapuskan keseluruhan asas kekeluargaan iaitu ibu dan ayah untuk setiap anak,” tegas beliau.

Baru-baru ini, Presiden Belarus, Alexander Lukashenko dalam satu pertikaman lidah mengkritik Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle yang dikatakan mengamalkan gaya hidup homoseksual.

‘‘Lebih baik menjadi diktator daripada gay, '.' Komennya itu mencetuskan kemarahan kerajaan Jerman.

Paling merunsingkan penulis adalah gejala gay di Malaysia. Ia bukan setakat kisah seorang pemimpin yang mengamalkan homoseksual (enggan membuat pengakuan walaupun sudah banyak bukti) dan gerakan mempromosi gejala seks songsang atas nama hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini.

Lebih daripada itu adalah ancaman gejala seks sejenis di peringkat akar umbi yang kian membimbangkan. Ahad lalu, Mingguan Malaysia dalam laporan utamanya menyiarkan hasil kajian seorang kaunselor terkenal, Hushim Salleh bahawa gejala LGBT meningkat secara mendadak.

Paling mengejutkan, daripada 10 lelaki, tiga adalah gay. Itu tidak termasuk pondan. Malah di sesetengah kawasan jumlahnya lebih tinggi iaitu lima daripada 10 lelaki adalah gay.

Penulis sedih kerana kebanyakan mereka adalah daripada golongan muda Melayu, sebahagiannya ‘dilindungi’ oleh rangkaian gay. Kelab-kelab gay yang beroperasi secara rahsia juga kian banyak. Begitu juga lawan web dan blog LGBT yang mempromosi budaya seks songsang.

Kini Malaysia berdepan dengan kebangkitan LGBT, yang bagaikan tidak terbendung. Mengapa peningkatannya begitu mendadak adalah kerana dua faktor. Pertama, ia berkait dengan fenomena global yang penularannya berjaya diperhebatkan ke negara ini menerusi perjuangan terancang pertubuhan hak asasi dan anasir asing.

Kedua, kerana sudah ada inspirasi baru dalam kalangan golongan LGBT iaitu seorang pemimpin politik sebagai ikon gay. Itulah pengakuan ramai pengamal seks songsang. Bayangkan jika pemimpin tersebut suatu hari nanti diangkat menjadi pemimpin negara. Nauzubillah.