Thursday, 2 August 2012

DI MANA BASHAR BERSEMBUNYI....???

Bashar Al-Assad

ALEPPO - Presiden Syria, Bashar Al-Assad memberitahu tenteranya semalam bahawa perang menentang pemberontak akan menentukan nasib Syria.
Namun, mesejnya tidak memberikan petunjuk berhubung di mana lokasi beliau, dua minggu selepas satu serangan bom mengenai beberapa orang pentingnya termasuk Menteri Pertahanan, Daoud Rajha.

NORYN AZIZ AKUI JADI ISTERI RAJA BAHRAIN 2 TAHUN YANG LALU


NORYN bersama Raja Bahrin ketika hadir pada satu majlis pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Noryn Aziz akhirnya secara terbuka mengakui bahawa sudah lebih dua tahun bergelar isteri kepada arkitek terkenal, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah atau lebih dikenali sebagai Raja Bahrin.
Sebelum ini, Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati Abd. Aziz, 36, bertindak untuk tidak bercakap mengenai soal peribadi apatah lagi memberi sebarang kenyataan berhubung desas-desus perkahwinannya.
Tegas Noryn, tindakan itu dibuat berdasarkan keputusan untuk menghormati keluarga pihak suami.
“Rasanya sudah lebih dua tahun saya mendiamkan diri dalam soal berkenaan. Saya fikir, kemunculan sekarang ini adalah masa yang paling sesuai.
“Cerita kahwin dahulu pun sudah tidak panas lagi, rasanya semua orang sudah tahu status saya selama ini,” kata Noryn dalam satu pertemuan bersama Kosmo!.
Jelas Noryn, dia dan Raja Bahrin berkahwin pada satu majlis tertutup di Terengganu pada 22 Januari 2010. Pernikahan dengan Raja Bahrin menamatkan kehidupan janda Noryn selepas 12 tahun berdepan kegagalan daripada perkahwinan pertamanya. KOSMO

ADUN KELABORAN NIKAHI ABBY SEBULAN YANG LALU........???????



SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi, yang bulan lalu menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.
Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.
Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.
“Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana  isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

DIHASUT MURTAD KETIKA BERBUKA PUASA

Dihasut murtad ketika berbuka

GEORGETOWN – Ketika sedang berbuka puasa di sebuah pusat membeli belah, Mohd Noor Farid Mohd Alwi, 28, dan tiga lagi rakannya didatangi dua lelaki asing yang juga dipercayai pelancong luar negara.
Pada masa itu, dia dan rakan hanya menunggu waktu untuk berbuka puasa, sementara dua lelaki yang dipercayai pelancong itu mendekati mereka secara tiba-tiba.
Mohd Noor Farid berkata, pada mulanya dia menyangka lelaki berkenaan mahu bertanya jalan atau tempat.

PARTI POLITIK GUNA NAMA ISLAM TIDAK JAMIN SEGALA DILAKSANA BERTERASKAN ISLAM...........

Datuk Mohd Nakhaie Ahmad

KUALA LUMPUR – Parti politik yang menggunakan nama Islam tidak menjamin akan melaksanakan atau berupaya untuk melaksanakan tuntutan Islam, kata pendakwah Datuk Mohd Nakhaie Ahmad.
Apatah lagi dalam kecelaruan hubungan kerjasama dengan rakan-rakan politik berkepentingan yang bukan Islam, semakin mustahil untuk parti berlabel Islam memastikan setiap yang dijalankan berteraskan ajaran Islam, katanya.
“Sebagai umat Islam kita wajib memilih pemimpin yang bukan sahaja mengakui mendukung perjuangan Islam tetapi menzahirkan tuntutan Islam itu dengan penuh bijaksana dan bermanfaat kepada rakyat dan negara.

SIAPAKAH WARIS KANAK-KANAK MATI DIDERA INI.......???

Sebarkan: Wajah Kanak-kanak Mati Didera

Kanak-kanak ini dianggarakan berusia antara tujuh ke sepuluh tahun.
Tidak ada sebarang maklumat lanjut mengenai dirinya.
Mengikut pihak polis, dia telah meninggal dunia selepas dihantar oleh seorang wanita ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 28hb Julai 2012.
Pihak Polis dengan itu memohon kerjasama dan bantuan waris atau ahli keluarga kepada kanak-kanak yang didera itu agar tampil membantu siasatan.
Orang ramai yang mengenali mangsa bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.
Sebarkan maklumat dan nombor di atas bagi memudah usaha mengesan manusia kurang ajar yang mendera kanak-kanak ini sehingga mati dapat dikesan.
*Kepada manusia-manusia hina yang hidup dengan mendera kanak-kanak, admin harapkan anda mati dalam keperitan dan berdoa agar tempat anda kelak adalah di neraka!
Sekiranya anda mengetahui mana-mana kes dera yang lain, sila hubungi polis atau talian Nur – 15 999

NELAYAN TEMPATAN....TOLONGLAH!! JANGAN BUAT MACAM NI............!!


Selama ini ada banyak larangan mengenai penggunaan bom untuk menangkap ikan. Selain membahayakan habitat lain yang ada di dalam air, risiko letupannya juga boleh mengenai diri sendiri. Tetapi rupanya dua pemancing asal Rusia ini lupa dengan peringatan itu. Bahkan keduanya menggunakan granat tangan. Dan hasilnya, nyawa mereka hampir saja melayang.

Aksi bodoh ini dirakam dalam video dan diposting secara online di situs LiveLeak.com. Dalam video itu, dua orang pemancing bodoh itu terlihat melepaskan sebuah granat tangan.

Dengan harapan meledak di dalam air, namun sebaliknya yang berlaku apabila granat itu meledak lebih awal, menjatuhkan kedua pemancing sekaligus menerbangkan berbagai barang yang ada di dalam bot.

Beruntung ledakannya tidak menghancurkan bot dan membunuh keduanya. Mereka hanya kelihatan sedikit terkejut sebelum akhirnya kembali berdiri.

Dari sudut rakaman, video ini kemungkinan diambil dari bot lain yang ada berdekatan.....


Granat cuba dilepaskan....



Boom! Granat itu meledak lebih awal.

Video ini sendiri telah menjadi hit di  Live Leak dengan lebih dari 100 ribu viewer. Berbagai komentar ditinggalkan mengenai video tersebut. Sebahagian besar komen tersebut  mencemuh adegan tongong nelayan tersebut.....


Ledakannya menyebabkan kedua pemancing jatuh.

Sebagai catatan, di beberapa negara, penggunaan granat tangan ternyata masih lazim digunakan untuk menangkap ikan. Biasanya granat diledakkan di dalam air untuk kemudian memudahkan nelayan menangkap ikan-ikan yang telah mati di permukaan.

Lihat video berikut :


(as/dailymail)

PBBS TETAP TEGUH BERSAMA BN....


Kamarlin Ombi (duduk, tengah) bersama para pemimpin tertinggi PBBS pada sidang akhbar khas di Beaufort, semalam.


BEAUFORT  - Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) akan terus berdiri teguh bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak akan terikut-ikut dengan keputusan yang dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin yang juga Presiden PBBS.

Timbalan Presiden PBBS, Kamarlin Ombi berkata, majoriti masyarakat Bisaya sebulat suara masih berdiri teguh dengan kerajaan BN yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

"Masyarakat Bisaya khususnya di Beaufort telah banyak menikmati hasil yang dibawa oleh kerajaan BN. Oleh itu, kami menetapkan pendirian untuk terus menyokong dan setia pada parti yang telah banyak mentransformasi negeri ini.

PEMUDA PAS AKUI DAP TAK TERIMA PERLAKSANAAN HUDUD...


KUALA LUMPUR  - Dewan Pemuda Pas Pusat mengakui DAP tidak menerima pelaksanaan hukum hudud selepas beberapa kali perbincangan dibuat dan atas pendirian itu Pas tidak akan memaksa parti berkenaan menerima undang-undang Islam tersebut.

Bagaimanapun Ketuanya, Nasrudin Hasan menegaskan bahawa DAP tidak boleh menghalang Pas mendaulatkan syariat Islam di negara ini kerana ia merupakan asas perjuangan parti itu sepanjang zaman.

"Saya akui hudud bukan agenda pakatan pembangkang tetapi ia adalah sebahagian daripada Islam yang tetap diperjuangkan oleh Pas sepanjang zaman, insya-Allah.

"Selebihnya menjadi dakwah berterusan Pas untuk memahamkan masyarakat terhadap hukum syariat Islam. Saya doakan semoga (Pengerusi DAP) Karpal Singh diberikan hidayah oleh Allah SWT, sebagaimana doa saya buat yang lain juga," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sosial Facebook semalam.