Monday, 19 November 2012

SAMIRA IBRAHIM.... SATU NAMA PALING DIGERUNI DI MESIR


Samira Ibrahim, nama paling ditakuti di Mesir ketika ini. Gadis berusia 25 tahun itu selayaknya dinobatkan sebagai gadis paling berani di negara pimpinan Mohammed Mursi.
Keberanian beliau menentang dominasi golongan Adam, terutama kerakusan tentera Mesir yang sering memperlakukan golongan hawa semahunya wajar dicontohi oleh wanita pada dekad ini.

MUKASURAT AL-QURAN YANG HILANG...........


APA KATA HASSAN ALI...???


ULASAN YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI MENGENAI DOA SELEPAS SOLAT HAJAT MUKTAMAR PAS DI STADIUM SULTAN MOHAMAD KE IV 
Saya terkejut bila melihat dan mendengar sendiri doa yang dibacakan melalui kaca tv malam semalam. Ada lima perkara yang menyebabkan saya tersentak. 


Pertama, inti apa yang dipohon melalui doa tersebut, kedua, bahasa yang digunakan, ketiga, nada suara yang dilafazkan, keempat, orang yang terlibat membaca doa itu sendiri dan kelima, ribuan makmum yang mengaminkan doa tersebut.

SATU PENEMUAN BARU YANG MENAKJUBKAN DI MALAYSIA : ISLAM DIMUSUHI OLEH ORANG ISLAM....!!!



Sebelum mereka melafaz dan mengaminkan doa itu, terlebih dahulu mereka telah melakukan solat hajat 2 raka'at, solat diimamkan oleh adik kepada poknik tersohor, Nik Razi Nik Mat....

Belum pernah dalam sejarah Islam, baik pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, para Sahabat r.a, tabiin dan tabiit tabiin, doa seperti itu dilakukan dan dimegah-megahkan. Namun pada zaman di mana teknologi maklumat sangat maju dan segala macam maklumat boleh diperolehi tanpa perlu lagi menyelak kitab-kitab kuning bertulisan Arab atau jawi kuno, rupa-rupanya lebih ramai manusia yang mengaku Islam, tetapi mengamalkan perbuatan takliq yang luar biasa taksubnya.

PILU..... LAMBAIAN TERAKHIR SEBELUM MAUT DALAM HUJAN PELURU....

Muhammad al Durrah Muhammad al Durrah   si syahid remaja

Pada 30 September 2012 adalah merupakan hari ulang tahun ke 12 kesyahidan remaja Gaza yang bernama Muhammad al-Durrah.
Peristiwa kesyahidannya telah berlaku berdekatan persimpangan Netzarim, di Semenanjung Gaza pada 30 September 2000, iaitu pada hari ke dua Intifada Al-Aqsa.
Seorang penduduk tempatan di bumi Gaza yang bernama Jamal al-Durrah dan anak lelaki kesayangannya yang berumur 12 tahun iaitu Muhammad al Durrah telah diserang secara berkumpulan oleh tentera pengganas rejim Zionis pada tarikh tersebut.

CHONG WEI TIDAK DIPAKSA ......!!!


Sebelum tumpuan anda terarah ke pembacaan seterusnya.... lihat dulu ....  <  di sini  >

Satu persatu fitnah dilemparkan ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh golongan-golongan tertentu yang begitu tidak senang dengan keperibadian beliau.
Walaupun pelbagai kebaikan melalui amalan kebajikan yang telah dilakukan oleh Rosmah namun ia sering kali disalah ertikan oleh pihak-pihak terbabit.
Terbaru, kedatangan Rosmah ke Majlis Perkahwinan Pemain Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei dikontroversikan hanya kerana kedudukan kerusi beliau berada di tengah antara kedua-dua pengantin.