Kata Datin Seri Faekah (Isteri Bekas MB Kedah, Datuk Seri Azizan Razak)…
“Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan.
“Mereka langsung tidak hormat beliau sebagai seorang pemimpin dalam parti yang juga bekas menteri besar, Azizan tidak wajar dikecam sebaik sahaja Kedah gagal dipertahan, kerana kejatuhan Kedah bukan berpunca daripada beliau semata-mata.