Wednesday, 30 May 2012

HALALKAH RASUAH BOLASEPAK MALAYSIA..???

ISU rasuah yang membelenggu arena bola sepak negara kini jelas menggusarkan peminat tempatan yang selalu mengikuti perkembangan sukan nombor satu di Malaysia ini.

Mencegah lebih baik daripada merawat adalah perumpamaan terbaik dapat digunakan supaya gejala jijik ini dapat dikawal, sekali gus menghalangnya daripada membunuh arena bola sepak tempatan.

Pengkritik sukan tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim ketika dihubungi Sinar Harian semalam berkata, rasuah bukanlah suatu perkara baru kerana ia telah berlaku sejak 1970-an apabila akhirnya penonton mengambil keputusan memulaukan pasukan termasuk perlawanan yang diadakan.




Kay Kim gusar isu rasuah bola sepak 

“Perkara sama juga dapat dilakukan oleh peminat kini dengan memulaukan perlawanan mahupun pasukan seandainya terdapat unsur penipuan supaya memberi pengajaran kepada pemain mahupun mereka yang terlibat.

“Jika rasuah masih berlarutan, penonton akhirnya akan kecewa dengan pasukan dan memberi kesedaran kepada pemain supaya bermain dengan ikhlas dan bersungguhsungguh dalam perlawanan,” katanya ketika mengulas mengenai pendedahan akhbar ini semalam mengenai pemain dalam sebuah pasukan di utara Semenanjung dikhuatiri terlibat dengan rasuah kerana gagal mempamerkan aksi sebenar meskipun pernah mewakili negara di pentas antarabangsa.

Mengakui tawaran yang diberikan dalam jumlah yang tinggi, beliau menyifatkan ia antara penyebab pemain mahupun pengadil sukar untuk menolak ganjaran ditawarkan dengan memastikan perlawanan berlangsung mengikut percaturan yang telah sedia dirancang.

“Penonton mahupun penyokong kini sudah semakin bijak untuk menilai, meskipun mereka tetap hadir ke stadium tetapi sekadar tanda sokongan kepada negeri masing-masing,” katanya yang mengakui gusar mengenai mutu bola sepak tempatan kini.

Semalam, akhbar ini melaporkan sebuah pasukan bola sepak negeri di utara Semenanjung berkemungkinan terlibat skandal rasuah dengan sengaja tewas dalam perlawanan walaupun dibarisi pemain yang pernah bermain di pentas antarabangsa.

Bagi rekod, Liga Malaysia pada 1994 pernah dipalit titik hitam apabila seramai 126 pemain dan jurulatih dipanggil untuk membantu siasatan. Akibatnya 58 daripada mereka dikenakan hukuman gantung selama satu hingga empat tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)  -   Sinar Harian

Seramai 21 pemain dan jurulatih diberhentikan, manakala beberapa pemain dibuang daerah dan seumur hidup tidak dibenarkan menyertai pertandingan bola sepak kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

KEMPEN PRU 13 : SPR LARANG GUNAKAN LUKISAN KARIKATUR..???!!!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan parti-parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dilarang memasang poster atau banting yang memaparkan karikatur individu atau personaliti.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana bahan kempen seperti itu adalah perkara menyindir, tidak serius, budaya tidak baik serta memperlekehkan seseorang sekali gus tidak sesuai digunakan pada kempen pilihan raya.

Menurutnya, SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk melaksanakan perkara tersebut termasuk menanggalkan atau menurunkan mana-mana poster atau banting seumpama itu.

"Pilihan raya ini satu aktiviti yang serius dan kita tidak boleh benarkan parti-parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang dan jika kita dapati ada berlaku perkara seperti itu, SPR tidak akan benarkan.

"Jadi, SPR akan memberi tumpuan kepada bahan-bahan kempen yang melanggar seksyen itu pada pilihan raya umum nanti," katanya selepas taklimat kepada Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) peringkat negeri Johor di Senai di sini hari ini. - UTUSAN

WWW 1 : NIZAR PANAS BONTOT DISIASAT POLIS JOHOR BAWAH AKTA HASUTAN....

Nizar muka seposen.....

Polis Johor berkata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin akan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan berkenaan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor.

Polis Johor menubuhkan satu pasukan petugas untuk menyiasat selepas lima laporan dibuat di negeri itu berhubung perkara berkenaan sejak semalam.

Laporan The Star menyebut, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan bahawa pasukan petugas telah memulakan siasatan.

“Kami akan menyiasat perkara ini secara telus dan profesional. Marilah kita menjalankan tugas tanpa sebarang tekanan yang tidak wajar untuk memastikan keadilan dilakukan untuk kedua-dua pihak,” katanya.

Kelmarin, Nizar mengkritik mengenai bidaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar untuk mendapatkan WWW 1, menerusi akaun Twitter beliau.

Sultan Johor membida nombor itu pada harga RM520,000.

Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsul Bari Jamali menambah, Nizar sepatutnya perlu meneliti fakta sebelum membuat sebarang komen.

Beliau berkata, kerabat diraja Johor sentiasa bermurah hati untuk menderma kepada Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim bagi membantu pembangunan negara dan memperbaiki hidup rakyat.

Dalam mesej Twitter lewat kelmarin, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

"Kerabat diraja Johor tidak ambil wang kerajaan. Sejak era Almarhum Sultan Ibrahim," titah baginda menerusi mesej Twitter lewat semalam.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Dalam mesej itu, baginda juga bertitah bahawa wang yang diperuntukkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan baginda sendiri dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

"Tujuan yayasan-yayasan ini ialah untuk membantu rakyat dan untuk membantu Kerajaan Negeri Johor," kata Tunku Ismail sambil menambah, baginda sendiri, sejak menjadi Raja Muda, tidak mengambil "satu sen pun daripada kerajaan, sehingga ke hari ini."

Laman web jabatan Pengangkutan Jalan (www.jpj.gov.my) semalam mengatakan Sultan Ibrahim sebagai pemenang dan mengalahkan 9998 orang yang membida no plat WWW1 dengan tawaran kemenangan sejumlah RM520,000.

BEREBUT KERUSI PM ~ PAS, DAP CUBA TIKAM BONTOT ANWAR..!!!


Nampaknya isu siapa bakal memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raua umum ke 13 nanti masih menjadi polemik hangat di kalangan pemimpin mereka.

Satu perkara yang jelas timbul daripada perdebatan siapa PM Pakatan Rakyat ialah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi pilihan eksklusif PAS dan DAP.

Ini berdasarkan kepada kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP bahawa beliau akan berjuang untuk impian Malaysia mempunyai PM daripada kalangan bukan Melayu akan menjadi realiti pada suatu hari nanti.

Maksud beliau, DAP, dengan bantuan sekutu rapatnya, PAS, sudah berkeyakinan untuk merampas Putrajaya, walaupun tanpa sokongan PKR.

Ini kerana DAP melihat PKR sebagai sebuah parti pembangkang yang penuh dengan masalah dalaman terutamanya yang membabitkan peribadi dan moral Anwar.

Oleh sebab itu Karpal pernah mendakwa masalah terbesar dalam Pakatan Rakyat ialah Anwar lalu memintanya meninggalkan perkongsian tiga serangkai itu serta bertaubat.

Untuk menyemarakkan api perselisihan antara PKR-DAP, Mursyidul PAS, Nik Aziz Nik Mat pula menyokong pendirian Karpal dengan menyatakan cadangan beliau boleh dilaksanakan asalkan calon PM beragama Islam, tidak kira apa bangsa sekali pun.

Dalam polemik PM yang berlaku sekarang, Anwar tidak berani berkata sepatah pun, malah terus membisu dan bersikap seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Kononnya untuk menjaga keharmonian dan keutuhan perpaduan, Anwar tidak mahu memberi sebarang komen, namun hakikatnya beliau kini tidak lagi dianggap pemimpin besar Pakatan Rakyat tetapi lebih kepada bangkai hidup yang terpaksa digalas oleh PAS dan DAP.

Anwar tahu PAS dan DAP telah memainkannya dan menikamnya dari belakang, bukan sekali tetapi beberapa kali.

Perasaan saling tidak mempercayai di antara PKR-PAS-DAP diketahui umum.

Anwar dikatakan telah menyatakan secara peribadi kepada beberapa pemimpin PKR yang rapat dengannya, betapa beliau tidak mempercayai DAP dan merasa sangsi terhadap PAS yang gila kuasa.

PAS dan DAP pula tidak mempercayai Anwar dan tidak menganggap bekas Timbalan Perdana Menteri itu individu paling sesuai menjadi PM.

Bagi Karpal dan Nik Aziz, PKR adalah parti yang membawa paling banyak masalah kepada mereka.

Sebagai parti carca marba dan paling kecil dari segi jumlah kerusi dalam parlimen (setelah lima ahli parlimennya melompat jadi anggota bebas), PKR pula mempunyai nafsu paling besar untuk menerajui Pakatan Rakyat dan seterusnya membolot jawatan PM dengan mengenepikan PAS dan DAP.

PAS dan DAP pula tidak mungkin berdiam diri kerana mereka berfikir sebagai parti yang lebih besar, lebih lama dan lebih tersusun organisasi serta disiplinnya, hak menjadi PM seharusnya jatuh kepada mereka.

Bekas senator dan mantan Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, secara sinis membayangkan senario di mana Anwar, Lim Kit Siang (mungkin juga Karpal) dan Abdul Hadi Awang (atau Nik Aziz) akan bergegas ke Putrajaya untuk menuntut jawatan PM sekiranya Pakatan Rakyat menang.

Akhirnya kata Tunku Aziz lagi, negara akan terjerumus dalam krisis yang amat serius disebabkan perebutan jawatan tersebut yang bukan sahaja menjadi impian Anwar, malah juga Kit Siang dan Abdul Hadi. 

Gambaran ini tidak mustahil berlalu melihat kepada insiden rusuhan yang berlaku semasa Bersih 3.0.

Pembangkang akan melakukan apa sahaja termasuk memporak perandakan negara yang aman dan makmur ini tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Sanubari pemimpin pembangkang dipenuhi dengan cita-cita politik rakus dan kepentingan masing-masing.

Bagi mereka rakyat hanya tunggangan yang digunakan untuk meraih undi dan sokongan, dan akan dicampak ketepi pabila mereka sudah menikmati kuasa.

Namun impian Anwar mahupun Karpal atau Nik Aziz untuk mengecapi jawatan PM hanya mainan mimpi di siang hari atau lebih tepat 'syok sendiri'.

Daripada sokongan yang semakin melonjak kepada pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM, rakyat sedari awal sudah membuat keputusan bahawa mereka mahukan permata bernilai bukannya kaca tiruan.

'KAILKAN' DIRI SENDIRI HANYA KERANA IKAN YU....!!!

Protes Penangkapan Ikan Yu

Seorang gadis bertindak berani dengan mempamerkan tanda protesnya terhadap penangkapan ikan yu yang dilakukan secara berleluasa hingga boleh mengancam dan menyebabkan habitat ikan yu menjadi pupus.
Cuma, aksi protes di gadis tersebut mengundang perasaan ngeri dan takut kepada penonton-penontonnya.
Alice Newstead gadis yang berasal dari Amerika telah menggantungkan dirinya dengan kail yang sama digunakan untuk memburu ikan yu.
Alice telah mencucukkan kail itu dibelakang badannya iaitu di tulang belikat dan mengantungkan dirinya seolah-olah seperti ikan yu sedang berenang.
Tindakan protes itu dilakukan di Butik Kosmetik LUSH di negara tersebut.
Ngeri. Memang ngeri!
 Ikan Yu

 Ikan Yu

 Ikan Yu

 Ikan Yu

 Ikan Yu

Sumber: borakkosong.com

RAKAMAN VHS 1 JAM 20 MINIT ADA PADA NALLA....


AIDCNews  – “Saya bukan baru kenal Anwar..saya sudah kenal 30 tahun lebih..dia pusing macam mana, saya tahu..tunggu lah…”, kata Senator Datuk S Nallakaruppan ketika sidang media semalam tentang karektor sahabat lamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam afidavit Musa Hassan Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada tahun 1998, Nalla dikenalpasti sebagai orang perantara Anwar dengan wanita-wanita termasuk Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali. Bacaan lanjut klik di sini
Nalla dalam sidang media semalam mengakui pernah merakamkan aksi panas Anwar dan Shamsidar dalam bentuk VHS berdurasi selama satu jam 20 minit untuk tujuan keselamatan.
“Saya sudah serahkan pada peguam. Nanti pergi mahkamah kita sama-sama tengoklah
“Saya jaga safety dia takut apa-apa berlaku pada dia..Kalau saya mahu (saya sudah serah dulu lagi) , masa polis tangkap saya pada 1998, saya tidak serah (pada polis) saya tidak tunding jari pada Anwar, kalau tidak Anwar masih dalam penjara,” katanya.

BONGKAR!!! ANWAR ARAH BPR TUTUP KES RASUAH AZMIN...!!!


AIDCNews – Satu kenyataan daripada pegawai penyiasat BPR didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) di dalam lamannya hari ini, menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung memberi arahan kepada Ketua Pengarah BPR Datuk Shafee Yahaya supaya menutup kes rasuah Azmin Ali.
Siasatan kes itu berlaku pada tahun 1995, di mana ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Azmin Ali adalah Setiausaha Sulitnya.
BERIKUT ADALAH KENYATAAN PEGAWAI BPR YANG ASAL :
Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya-raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.
Di sini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pegawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.
Kronologi Kes
Siasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang ditandakan sebagai Lampiran A).
Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah Gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995.
Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lampiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saham Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati, seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke?
Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali.
Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR’s style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.
Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset? Meaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.
Di ketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee.
Namun, saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (lihat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes).
Usaha mendapatkan Notis berjaya dan lihat Minit-minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996.
Rujuk minit 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya lihatlah Minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato’ Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah di luar kemampuannya.
Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim. Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) “Telah maklumkan kepada YAB TP” dan beliau menulis “KUS”. Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.
Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.
Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapi pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali.
Pengisytiharan harta secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang surirumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.
Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah masyarakat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri.
Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat penyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this. Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.
Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali, Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun 1995. Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia.
Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75.
Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35.
Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?? Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin digunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi di mana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.
Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 di mana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan.
Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana taknya kalau dilihat gaji Setiausaha Sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.
Saham yang dimiliki oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisnessman. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki di dalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian??
Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yang berlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya. MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT
Untuk makluman, pada waktu itu Ketua Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahaya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bila mana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM2 ribu lebih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin. TETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung? Ataupun sama dah NYANYUK????????
Kite cuba renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload bersama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya.