Semudah itu kah permohonan maaf Ngeh Koo Ham setelah hati dan perasaan Umat Islam di Malaysia diperlekehkan ...???
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham akhirnya memohon maaf dan bersedia menarik balik mesej yang dipaparkan melalui laman mikro Twitter berhubung tindakan umat Islam mahu mengadakan demonstrasi membantah filem Innocence of Muslims.
Demonstrasi akan diadakan esok.
Dalam satu kenyataannya kepada media, Koo Ham berkata, apa yang dinyatakan dalam mesej berkenaan hanyalah satu pandangan dalam konteks protes ganas seluruh dunia.
“Saya menarik balik dan meminta maaf kepada Islam yang tersinggung dengan ‘tweet’ saya kerana ia tidak pernah bertujuan untuk menjadi begitu,” katanya.
Tahniahlah kepada Koo Ham.!!!
Pertama, tahniah kerana dia berjaya membuktikan siapa dirinya dan ‘isi hati’ parti itu dalam erti kata yang sebenarnya.
Kedua, tahniah kerana dia akhirnya tahu umat Islam cukup pantang apabila agama mereka ‘disentuh’, apabila junjungan besar mereka Rasulullah SAW dihina sebegitu rupa.
Ketiga, tahniah kerana dia berjaya menyedarkan orang Melayu dan Islam bahawa perjuangan dia dan partinya tidak lebih dari sekadar hendak memancing undi, bukan sangat hendak memperjuangkan keadilan seperti mana yang dimomok-momokkan itu.
Koo Ham boleh bagi sejuta alasan untuk mengjustifikasikan kenyataannya tetapi dia lupa pada pepatah – terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!
Permainan Koo Ham dan DAP dalam ‘membeli’ sentimen orang Melayu untuk menyokong mereka sebenarnya boleh dibaca dari dulu lagi.
Malangnya masih ada orang Melayu amnya dan Islam khususnya, yang gagal membaca apa yang tersirat di sebalik apa yang tersurat.
Mereka hanya menilai kulit, tetapi bukan isi.
Mereka hanya menilai buku dari segi luaran, bukan dari segi kandungan.
Akhirnya lahirlah orang-orang Melayu yang sanggup bersekongkol dan menyokong perjuangan Koo Ham serta juak-juaknya dalam DAP.
Mereka cukup seronok apabila ‘menang sorak’ tanpa mereka sedar tentang ‘kampung yang tergadai’.
Sebab itu orang macam Koo Ham berasa dirinya kuat dan hebat kerana dia tahu, dia juga ada penyokong di kalangan orang Melayu, di kalangan orang Islam.
Dia tahu dia tidak berseorangan.
Tetapi kini dia sedar, taktik dan muslihat politiknya semakin berjaya dihidu.
Akhirnya dia sendiri yang membuka pekung di dada, bukan musuhnya dalam Barisan Nasional (BN) atau UMNO.
Apa yang Koo Ham tulis dalam twitter itu bukan permainan ‘spin’ dari Utusan Malaysia atau TV3.
Ayatnya dalam twitter itu langsung tidak diubah walaupun satu abjad.
Tahniah kepada Datuk Ngeh Koo Ham atas semua ini.
Cuma satu perkara yang dia perlu ingat.
Dalam mempertahankan kesucian Islam dan agama yang dianuti ini, tiada istilah BUANG MASA DAN TENAGA buat para penganutnya.
Kalau siapa-siapa termasuk Koo Ham meragui kenyataan ini – silalah ‘test market’.
Masa tu, bak kata arwah Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk, mari kita lihat siapa yang kenaaaaaaaaaaaaa!!!
~ MyNewsHub ~