1. KUANTAN, 19 Jun 2015 - MT ORKIM HARMONY bebas dari tawanan perompak setelah 8 perompak melarikan diri ketika dalam pelayaran menuju ke Kepulauan Natuna, Indonesia. Sebelum kejadian, kapal pengiring KD TERENGGANU telah diugut oleh ketua perompak untuk menjarakkan kedudukan kapal kepada tidak kurang dari 5 batu nautika dan sekiranya tidak, kru kapal akan dicederakan. Ketua perompak menyatakan rancangan untuk meneruskan pelayaran ke Kepulauan Natuna.