Monday, 11 March 2013

OPS DAULAT : KOMANDER MUSA TUMPAS..!!!

Ini antara gambar mayat penceroboh di telah dihantar ke Hospital serta telah dibungkuskan

SATU DARIPADA 18 MAYAT PENGGANAS DIPERCAYAI KOMANDER MUSA

Lahad Datu, 11 Mac - Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa. 

"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa," kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan. 

Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang. 

RUMAH PENGGANAS SULU AKAN DIROBOHKAN

SALAH sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna yang tidak diketahui siapa pemiliknya akan diroboh.

SEMPORNA - Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Simunul akan merobohkan sembilan buah rumah termasuk tiga daripada rumah yang dijadikan tempat pengganas Sulu melakukan serangan hendap hingga menyebabkan enam anggota polis maut pada 2 Mac lalu.
Ketua Kampung Simunul, Ramlee Saraman berkata, tindakan merobohkan rumah itu bagaimanapun hanya akan dilakukan sebaik mendapat laporan daripada pihak polis mengenai maklumat yang mendakwa pemilik ketiga-tiga buah rumah tersebut dipercayai bersekongkol dengan pengganas.

OPS DAULAT : BENARKAH ORANG AWAM TURUT TERBUNUH...???


KENAPA ADA KEMATIAN YANG MELIBATKAN ORANG2 AWAM DI INSIDEN LAHAD DATU

Dan kenapa PENJELASAN melalui POSTING ini PERLU DIBUAT…?

Berita yang terbaru melibatkan seorang remaja berusia 12 tahun terbunuh, manakala s...eorang lelaki dewasa cedera di bahagian kaki selepas terkena tembakan pasukan keselamatan di Kg Sg Bilisberhampiran Kg Tg Batu.

ADAKAH KEDUA2 MEREKA INI ORANG AWAM, BUKAN PENGGANAS SULU…?

ANWAR - NUR MISUARI..... SENADA SEIRAMA


Tengah hari ini, Mymassa sekali lagi menyiarkan sekeping gambar mesra antara Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari. Gambar ketiga yang didedah group Mymassa ini menampakkan kemesraan yang luar biasa, pelukan mesra, sehati dan sejiwa, "aku jatuh TPM kau pun jatuh Gabenor Mindanao". Kita sama-sama jatuh, kata hati mereka.

Anwar jatuh kerana Rasuah dan Perempuan, Nur Misuari pun jatuh kerana Rasuah dan Perempuan kata Kerajaan Filipina yang memecat Nur Misuari tempoh hari. 

AZLAN ENGGAN BERSUMPAH...... SERTAI PKR KERANA MINAT ANWAR...!!!

Tak takut bersumpah...tapi enggan bersumpah.... cakap macam gampang!!!!

Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim menegaskan beliau tidak akan membuat sumpah laknat bagi membuktikan dakwaannya bahawa kes liwat II membabitkan anaknya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu fitnah.

Tegas dengan pendirian bahawa dakwaannya Jumaat lalu adalah benar, Azlan berkali-kali menolak gesaan pelbagai pihak yang mahu supaya beliau melakukan sumpah laknat sama seperti yang dilakukan Mohd Saiful pada 2008 yang mengakui diliwat Anwar.

WAJAH PEMBELOT NEGARA DIKENAL PASTI...???



Menurut sumber ... gambar di atas dikenal pasti sebagai  Musuh dlm selimut... Iaitu pembelot.. pengkhianat negara keturunan Sulu yg bertugas sbg anggota polis di Sabah. 

Dikatakan baru ini mempunyai hubungan dengan penceroboh dan  barua ni lah yg bg line pd penceroboh2 tu masuk ke Sabah.



NUR MISUARI BANTU ANWAR KE PUTRAJAYA....!!!


Nur Misuari mempertikaikan cara PM, DS Najib Razak mengendalikan pengganas2 Sulu yang direkrutnya untuk datang 'menuntut' Sabah... Misuari berpendapat DS Najib tidak seharusnya bertindak tegas terhadap pengganas2 Sulu yang telah menyembelih, mengorek mata, mengelar muka & melapah jantung 8 anggota keselamatan Malaysia yang dibunuh kejam semasa berjuang mempertahankan kedaulatan negara.

LAGI PERTEMUAN SULIT ANWAR - NUR MISUARI DIDEDAHKAN.....

PERBINCANGAN YG RAMAI TAK TAHU, SUMBER INI ADMIN DPT DARI MEMBERS ADMIN , apa muslihat mereka , ada kah rancangan mereka ini nak menjatuh kan negara negara yg tak sehaluan dgn mereka  woooooooot

TERKINI !!!

Blog MyMassa di SINI menunjukkan yang Anwar (Bapak Pengkhianat Negara) telah melakukan perjumpaan-perjumpaan sulit secara tertutup bersama Nur Misuari (Pengganas Lahad Datu).

Perkara ini didedahkan sendiri oleh twitter rasmi Anwar Ibrahim Club. Apa lagi kasi samanlah! 

KISAH BENAR, SADIS, ZALIM DAN MENYAYAT HATI DI SEBALIK PERWIRA NEGARA TERKORBAN DI LAHAD DATU....

Lahad-Datu-standoff-300x202

KISAH di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Kini beliau lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Kami terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun kami merasakan ianya perlu diceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukan satu sandiwara sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

MEREKA DIPERANGKAP SEBELUM TERKORBAN DI KAMPUNG SIMUNUL..... ???


Menurut Ketua Kampung Simunul pemberontak Sulu nama sahaja Islam tetapi mereka terlalu kejam melebihi askar yahudi kerana membunuh wira keselamatan dengan tanpa perikemanusiaan di  Perkampungan Air, Lorong 5, Kampung Simunul.
Sebaik sahaja mendapat tahu terdapat pengganas berada di Kampung Simunul pihak polis terus ke sana tetapi mereka dikepung dari arah hadapan dan belakang. Kemungkinan itu adalah perangkap oleh dalang yang memberi maklumat kepada pihak polis.

SAAT MENCEMASKAN TERSEREMPAK DENGAN PENGGANAS SULU....

Anggota komando polis VAT 69 membawa penduduk dari Kampung Tanjung Labian keluar dari kampung mereka sebagai langkah keselamatan penduduk di situ pada hari keenam Op Daulat.

Akhbar The Star (semalam) melaporkan :  Perjalanan untuk membuat tinjauan keadaan di Kampung Tanjung Labian ternyata menjadi satu pengembaraan mencabar bagi kumpulan wartawan dan jurugambar yang terserempak dengan lelaki bersenjata berhampiran perkampungan pantai yang terletak kira-kira 160km dari sini.
Pasukan media termasuk jurugambar The Star, Normimie Diun, terlihat lelaki memakai baju-T dan seluar warna gelap berdiri di tepi jalan tidak lama selepas mereka tiba di kampung itu kira-kira pukul 10.00 pagi.

TAKHTA KESULTANAN SULU JADI REBUTAN KAUM KERABAT SENDIRI....!!!





MANILA - Di sebalik kesahihan Jamalul Kiram III sebagai waris Kesultanan Sulu, masih ada lagi pihak yang menuntut gelaran Sultan Sulu walaupun setakat ini tiada sebarang bukti untuk mengesahkan perkara itu.


Badaruddin D. Mohammed Bataraza mendakwa beliau sultan sebenar Sulu kerana merupakan anak kepada isteri pertama Sultan Jamalul Alam yang menandatangani perjanjian 1878 untuk memajak Sabah kepada British North Borneo Company.

Menurut dokumen lengkap dihantar kepada Philippine Daily Inquirer, wakil Badaruddin pernah cuba mendapatkan pengiktirafan kerajaan Filipina sejak 25 Julai lalu.

Pihaknya juga pernah menulis surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon untuk mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Sulu sebenar.

Jurucakap Badaruddin, Arturo Sampana berkata yang kononnya sultan yang sudah berusia 74 tahun itu masih lagi bersembunyi tetapi akan mendedahkan dirinya yang sebenar tidak lama lagi untuk bercerita mengenai sejarah dan susur galur keturunannya.

Difahamkan, Badaruddin merupakan putera keempat dari lima orang anak Almarhum Puteri Aishah bersama Datu Mohammad Bataraza.

Aishah pula merupakan puteri kepada Sharifah Zainab atau juga dikenali sebagai Puteri Indok, yang merupakan isteri kepada Sultan Badaruddin II yang memerintah Sulu dari tahun 1881 hingga 1884.

Katanya, Badaruddin II merupakan pengganti kepada Sultan Jamalul Alam selepas meninggal dunia akibat diracun manakala ahli keluarganya yang lain termasuk Aishah berjaya menyembunyikan diri.

Kata beliau, Jamalul Kiram III yang kini dikehendaki Malaysia  merupakan keturunan isteri kedua Jamalul Alam.

“Mengikut tertib Kesultanan Sulu, waris sah memegang tahta hanya dari keturunan isteri pertama sultan,” tambah beliau.

Ujarnya lagi, Badaruddin dan keluarganya tinggal di Sabah pada tahun 1970-an dan kembali ke Filipina pada tahun 2009 tetapi kekal bersembunyi untuk menjamin keselamatan mereka sekeluarga.

VIDEO DAN GAMBAR ANGGOTA PDRM DISEMBELIH PENGGANAS SULU....ADALAH TIDAK BENAR !!!!



VIDEO DAN GAMBAR PEMBUNUHAN ZALIM TIADA KAITAN DENGAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN OP DAULAT PDRM

Ingin ditegaskan disini bahawa video seorang lelaki dipotong jari dan kemudian disembelih yang kini tersebar secara viral dalam youtube dan media sosial adalah BUKAN anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tidak tepat tersebut. PDRM juga ingin menegaskan bahawa gambar mayat yang telah hancur seperti dipaparkan oleh sebuah akhbar dan mengaitkannya dengan anggota pasukan keselamatan dalam Op Daulat adalah BUKAN mayat anggota polis yang berkaitan.

EDITOR KEADILAN DAILY SAHKAN KENYATAAN TIAN CHUA BENAR TETAPI SALAHKAN BLOGGER PULAK....!!!!!

FADZALLAH Pit (kiri) dan Aisha Geoffrey

Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit mendakwa kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua yang menyatakan insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah, merupakan satu konspirasi UMNO seperti yang disiarkan di dalam portal itu adalah benar.

Fazallah yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini berkata, wartawan yang menulis berita itu, Aisha Geoffry menghubungi sendiri Tian Chua dan membuat laporan berdasarkan kenyataan ahli politik tersebut.

RAJA MUDA SULU... SELAMAT TETAPI KELAPARAN....

Ceroboh Sabah: Pengikut Sultan Sulu enggan serah diri

MANILA - Agbimuddin Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, dilaporkan masih berada di Lahad Datu tetapi beliau bersama pengikutkan dipercayai berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan kerana sentiasa melarikan diri bagi mengelak daripada bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani  berkata, pengikut Agbimuddin berkumpul semula selepas diserang pada 1 Mac lalu.

KEKEJAMAN PENGGANAS SULU PENGGAL DAN LAPAH MAYAT MANGSA...!!!


Tidak ada sebarang kompromi untuk membawa pulang pengganas Sulu sebelum tindakan perundangan sewajarnya diambil ke atas mereka, tegas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pihaknya mahu setiap penceroboh terbabit ditangkap dan tidak terlepas daripada kepungan pasukan keselamatan negara kerana tindakan dilakukan mereka melampaui batas dan tidak berperikemanusiaan.

OPS DAULAT : KETUA DEWAN PEMUDA PAS BERSAMA UNIT AMAL PAS AKAN KE SABAH...???


Salam 2 all.
Teman menghargai kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasharuddin Hasan At-Tantawi yang menyatakan kesediaan beliau menghantar ahli-ahli PAS ke medan tempur di Lahad Datu dan lain-lain demi mempertahankan negara daripada pencerobohan pengganas dan anasir subversif asing daripada Filipina.

Cuma teman agak musykil dengan kenyataan Nasharudin ini dengan satu persoalan: pasukan asykar mana yang dia bercadang nak hantar tu? Dewan Pemuda PAS? Unit Amal PAS?

BLOGGER AMENOWORLD NAK JOIN UMB...???


SEKADAR SINDIRAN ATAU KEINGINAN....???

Melalui akaun twitternya, blogger tersohor pembangkang kaki fitnah, Amenoworld telah menyatakan ingin menyertai UMB (Unit Media Baru Pemuda UMNO).... Mimpi apakah betina itu...??? Sama ada mimpi dunia telah kiamat atau bulan jatuh ke riba....tidak teman ketahui. Sama ada sindiran atau memang itu niat hatinya.... juga teman tidak diberitahu.....

TETAPI.... teman percaya ianya cuma sindiran untuk UMB.... 'Gaji kecik' yang dimaksudkannya seolah-olah dia memikirkan bahawa blogger UMB dibayar lebih lumayan dari yang diterima olehnya dari pimpinan pembangkang....