Friday, 18 November 2011

CIPTA KEJUTAN RAIH EMAS .... TETAPI TIDAK ADA DI PODIUM ....???


Datang bersama kontroversi dan langsung tidak diletak harapan, kuartet 4x400 meter lelaki negara melakar kejutan terbesar pada penghujung cabaran hari ketiga Sukan SEA XXVI apabila menghadiahkan pingat emas paling tidak diduga di Stadium Olahraga Jakabaring, Palembang, Indonesia.




Kombinasi Muhammad Yunus Lasaleh, Schzuan Ahmad Rosely, P. Yuvaraaj dan S.Kannathasan pada awalnya tidak disenaraikan ke Sukan SEA dan hanya mendapat tempat dalam kontinjen pada saat akhir, mengetepikan segala ujian dengan menggondol emas menerusi catatan masa 3:10.49s dengan meninggalkan jauh pencabarnya, Filipina di tempat kedua dengan masa 3:11.16s




Skuad negara bermula baik dengan Kannatashan dan Vuvaraaj yang bersaing rapat dengan pelari Indonesia, Thailand, Myanmar, Filipina dan Singapura.  Kebangkitan wira-wira negara itu bermula dengan pelari ketiga, Schzuan Ahmad yang berjaya menjarakkan diri lebih kurang 30m daripada pelari lain dan sbaik saja baton menyentuh tangan Mohd Yunus, beliau terus  memecut untuk meninggalkan pihak lawan jauh di belakang.


"Macam mimpi........ yang saya tau, saya lari sekuat hati tadi", kata Mohd Yunus selepas perlumbaan itu.


Vuvaraaj berkata, penyertaan mereka dalam acara itu dilakukan pada saat-saat akhir setelah tiada penyertaaan dari atlet wanita.


"Kami memang sangat gembira, kami hanya nak buat yang terbaik dan tak sangka kami menang malam ini", katanya.




Sebelum ini, Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) memutuskan untuk menyenaraikan kuartet 4 x 400 m itu di saat akhir selepas majoriti atlet sukan itu sudah tiba di sini.


Namun begitu, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia Dan Sukan pada sidang Dewan Rakyat, semalam, Kementerian Belia Dan Sukan diminta membuat penjelasan bagaimana kuartet 4x400 meter lelaki negara terpaksa meninggalkan Sukan SEA XXVI tanpa sempat menaiki podium untuk menerima pingat emas.


Ianya dibangkitkan oleh Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan beliau berkata bahawa perkara itu adalah sesuatu yang memalukan dan tidak sepatutnya berlaku.


Difahamkan, Kuartet 4x400 meter lelaki negara terpaksa meninggalkan Sukan SEA tanpa sempat menaiki podium untuk menerima pingat emas kerana perlu pulang ke tanah air lebih awal ekoran tiket penerbangan yang sudah ditempah tidak boleh dipinda.


Thumbs up to BERNAMA  Malaysia Online

PERUT BUNCIT TANDA AWAL PENYAKIT....

Hari ini... penulis nak memperkatakan sesuatu yang tiada kaitan dengan politik tetapi sebahagian besar orang politik "memilikinya"....... dan yang tidak pernah ambil tahu pasal politik pun kena ambil tahu mengenai perkara ini.....

PERUT BUNCIT..!!!!!!