Tuesday, 29 May 2012

NIZAR YANG DENGKI SAMPAI KE USUS..!!!

Wajah kuda kayu DAP Perak..... mcm komunis pun ada!!!

Semalam lu dah kantoi sbb mengata DYMM Sultan Johor gunakan duit rakyat utk membeli WWW 1 dengan harga RM520k.... Lihat DI SINI

Hari ini, lu semakin meroyan... tuduh Baginda main JUDI pulak....
Lu ni jenis apa Nizar oiii.... tak cukup2 Lu nak DERHAKA kat SULTAN.... 


Hari ini lu cuba2 libatkan pulak Majlis Fatwa Kebangsaan untuk beri pendirian mengenai isu pembidaan plat kenderaan ni. Lu tak tau ke Niza.... BIDAAN ni bukan BET (taruhan) la badigol!!! Kang kata lu tak sekolah, gerentu lu marah punya.... Penjuan no plat tu adalah atas kaedah LELONGAN AWAM!!! 
Ulang.... LELONGAN AWAM!!! LELONGAN AWAM la sialll!!!

Bak kata waris amp  : Kao suka, aku pun suka, kao nak beli, aku pun nak beli, Kau sanggup bayar 5, aku sanggup bayar 10! Itu pun susah pada pemahaman kao kah sampai nak libatkan Majlis Fatwa? Apa ke benak kao nih???

Kalaupun kao nak kata Lelongan Awam adalah haram, kao kena sedar negara kena menjana pendapatan untuk bayar gaji rakyat dan beri keselesaan kepada rakyat! Jadi, di mana salahnya, jika perkara yang menjadi rebutan itu dimiliki sesiapa sahaja yang sanggup membayar dengan harga yang mahal dan tinggi??

Kao ni memang sial la Nizar. Apa lagi boleh aku tulis untuk manusia sial macam kao ni. Sudahlah kao pernah derhaka sebelum-sebelum ini. Kao tak faham perkataan CUKUP permainkan institusi diraja??!  APA KAO DAH PUAS JADI RAKYAT MALAYSIA?????


Kao kata "ramai lagi rakyat yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang", TAPI ADA YANG KAO TAK SEDAR! Kerana atas dasar inilah kao kena lihat, betapa kasihnya Tuanku kepada rakyat dengan ihsan menyumbang pendapatan negara dengan wang Tuanku sendiri.



Twitter Nizar seolah-olah menghina Tengku Mahkota Johor.

Biarpun hanya RM 520 ribu / setengah juta. Sekurang-kurangnya wang berkenaan dapat digunakan untuk tujuan kemudahan yang kita rakyat Malaysia rasa sehari-hari dalam hidup kita. SEMUA JUGA MAKLUM BUKANNYA KERABAT ISTANA ITU TIDAK MEMPUNYAI PLAT TERSENDIRI YANG LEBIH ISTIMEWA!



PLAT KHAS untuk setiap kereta yang Baginda miliki

Apakah kao ni tak kenal erti SYUKUR Nizar??? Sia-sialah kau duduk bersama Parti Islam kalau erti SYUKUR pun kau tak kenal!! Mungkin semasa kao bersama PAS, ia dah tak terkenal sebagai Parti Islam tetapi lebih kepada Parti Ajaran Sesat!

SIALLLLLL punya Nizar (Aku pinjam ayat Nuwa Al Juburi! tuihh lugar!! habih caro!!) 



LU CUBA JAWAB YANG NI NIZAR BADIGOL :

Bape Rege No Plat Nie Semua?
16 Toyota Camry Untuk Kegunaan Exco Perak Masa lu Jadi Menteri Besar 11 bulan....???

AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828, AEU606

Harga 16 Biji Toyota Camry RM148,000 X 16 = 2.36 Juta
Boleh Buat Beratus Rumah PPRT, Belum Campur Duit No Pendaftaran Lagi Tu!

ORANG JOHOR SEMUA NAK TAHU!
ORANG PERAK SEMUA NAK TAHU!
RAKYAT MALAYSIA SEMUA NAK TAHU!



DAN..... BERAPA PULAK  BET (MCM YG LU KATA TU KAN...) MEMBER KAMCING LU UNTUK BIDA NO PLAT KAT BAWAH NI..... LU TAK SIBUK PUN.... LU TAK KECOH PUN....


SEBENARNYA LU DENGKI KAN.... LU BUSUK HATI..... LU MAU ITU WWW 1, TAPI TAK DAPAT KAT LU... ADA ORG KATA LU TAK CUKUP 10 SEN.... wakakakaka.... LEBIH KURANG MCM MUKA LU.... muka seposen!!!!





KISAH KAABAH....


Sedikit maklumat berkaitan Kaabah...

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui

MUFTI PERAK : PAS 'GHULUB'



Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Pas sebagai ‘ghulub’ ataupun melampau kerana mengenakan syarat untuk bermuzakarah bersama Umno hingga menyebabkan usaha itu tidak menjadi kenyataan.

Kecewa keadaan itu, beliau turut menyatakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat keras hati dan sukar dilembutkan apabila tetap mengulangi pendirian tidak dapat melupakan sejarah lampau parti itu bersama Umno.

Harussani berkata, sikap pemimpin Pas itu jelas menggambarkan mereka langsung tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Malah katanya, beliau sendiri sentiasa bersedia menjadi orang tengah dalam memastikan muzakarah antara Pas dan Umno menjadi kenyataan dan ia demi kepentingan Islam. “Saya sudah biasa bersemuka (dengan Pas), tapi kalau keras juga hati macam mana nak lembutkan. Saya juga sudah kemuka perkara ini (muzakarah) sekian lama dan minta jangan ada perpecahan orang Islam.

“Kita boleh berbeza pendapat dan parti tapi jangan berpecah namun jawapannya, kita tidak boleh lupa benda itu,” katanya selepas mesyuarat Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Primula Beach Hotel, semalam.

Menurutnys, dalam konteks agama, mereka yang keras hati boleh tergolong dalam kumpulan melampau dan sikap itu ditolak oleh Islam.

“Dalam Islam, kalau kita berkelahi tidak boleh melampau, begitu juga hal lain termasuk makan, perlu ada kesederhanaan. Kalau melampau kita berpecah dan akan hancur.

“Pas memang sudah melampau kerana tidak menghiraukan hal lain, apa nak jadi dengan bangsa dan agama kita, mereka tidak peduli sebaliknya hanya mahukan kerusi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam buang sikap negatif dan mementingkan diri sendiri, sebaliknya bersatu padu tanpa mengira fahaman politik.

Sementara itu, Harussani turut bersetuju dengan kenyataan ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr Sulaiman Saloomi bahawa fatwa yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Beliau berkata, perkara ghaib seperti syurga dan neraka adalah hak ALLAH SWT dan manusia tidak boleh menjamin seseorang itu akan ditempatkan di syurga hanya kerana menyokong parti tertentu.

“Masuk syurga atau neraka bukan hal kita, manusia hanya boleh memohon keredaan ALLAH. Ini kejahilan, kita tidak boleh kafirkan orang. Kalau kita maki orang, kutuk orang ia naik ke langit dan turun balik ke bawah (berbalik kepada kita semula).

“Orang percaya fatwa ini juga jahil. Dalam ilmu kita ada dua iaitu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Fardu Ain kena tahu secara asas manakala Kifayah kena ada alim ulama yang ajar dengan betul," katanya.

Katanya, yang menjadi masalah sekarang mereka tidak tahu agama pun turut bersuara.

“Hendak keluarkan hukum bukan senang, kita kena lihat ayat dan kedudukan macam mana, baru boleh keluarkan hukum selain ada nas tertentu,” katanya.



SUMBER

WAHAI ANAK.... KENAPA MERAJUK...???




MENGGANTUNG DIRI DENGAN TALI KASUT AKIBAT MERAJUK....



RANAU: Kecewa tidak tidak dapat pulang ke kampung bertemu datuknya sempena cuti sekolah dipercayai punca seorang murid tahun enam nekad menggantung diri menggunakan tali kasut dalam bilik di rumahnya di Kampung Lembah Permai, Kundasang, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa dikenali sebagai Md Rabin Ginin, 12, ditemui tergantung oleh kakaknya sejurus memasuki bilik adiknya itu untuk menyiasat selepas adiknya tidak keluar dari situ sehari suntuk.


Difahamkan, sebelum kejadian murid berkenaan meminta bapanya menghantarnya pulang ke Kampung Tompios, dekat sini, untuk bertemu datuknya sempena cuti sekolah.

Bagaimanapun, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas mendakwa terlalu sibuk dan tidak sempat membawa mangsa ke kampung.



Ketika kejadian, ibu mangsa memanggil anaknya beberapa kali, namun tiada jawapan, sebelum mengarahkan anak perempuannya masuk ke bilik mangsa.



***BP ucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa....

13 PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA BERASRAMA HIDAP KEPIALU..???


IPOH: “Saya cemas melihat keadaan Muhammad Syazrin yang tidak bermaya dan memerlukan alat bantuan pernafasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sejak seminggu lalu,” kata pesara kerajaan, Roslan Ariffin, 59, mengenangkan nasib anaknya antara 13 pelajar yang dimasukkan ke wad kecemasan hospital itu dipercayai akibat serangan demam kepialu di sekolah.  

Menurut Roslan, anaknya yang juga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah agama berasrama di sini tidak pernah ditahan di wad kerana masalah kesihatan. 

“Pada mulanya saya dimaklumkan pihak sekolah yang memberi alasan keadaan anak lelaki yang mengalami demam disebabkan keracunan makanan begitupun selepas dirawat di hospital baru doktor memberitahu keadaannya itu disebabkan demam kepialu.

“Sebelum ini dia tidak pernah sakit, keadaannya ini membimbangkan kami sekeluarga lebih-lebih lagi peperiksaan SPM akan tiba tidak lama lagi secara tidak langsung sedikit sebanyak mengganggu pembelajarannya di sekolah,” katanya ketika ditemui di hospital itu.

Menurutnya, Syazrin yang kerap pulang ke rumahnya di Lumut tidak lagi cergas dan ceria seperti dulu menyebabkan dia bimbang keadaan anak lelakinya itu berlarutan sehingga boleh menjejaskan kesihatannya. Dia dan isteri, Rahimah Omar, 50, juga terpaksa berkampung di hospital itu demi memastikan keperluan harian selain berdoa setiap hari supaya keadaan anaknya yang kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu beransur pulih.

“Syazrin ada pulang ke rumah seperti biasa Jumaat lalu bagaimanapun keadaannya ketika itu hanya demam biasa. Anak lelaki saya itu memberitahu badannya berasa seram sejuk dan menggigil bagaimanapun selepas makan ubat keadaannya bertambah pulih,” katanya.

“Begitupun selepas pulang ke asrama Ahad minggu lalu keadaannya kembali demam sehingga Selasa lalu dia dimasukkan ke wad kecemasan HRPB kerana tidak dapat bernafas,” katanya.

Dia turut meluahkan perasaan terkilan dengan pengurusan pihak sekolah yang langsung tidak mengambil berat keadaan pelajar yang dirawat di hospital itu.

Sementara itu, seorang kakitangan kerajaan, Siti Suryana Awang, 48, berkata anaknya, Muhammad Hakim Sabran, pelajar tingkatan empat sekolah itu menerima nasib sama apabila mengalami masalah sukar bernafas sehingga terpaksa menjalani rawatan di wad ICU hospital berkenaan.

“Sejak Selasa lalu Hakim berdepan masalah sukar bernafas sehingga terpaksa mendapat perhatian rapi, demamnya juga tidak menentu sehingga mengakibatkan kami sekeluarga bertambah risau melihat keadaannya yang masih belum pulih,” katanya.

Peniaga, Sharimah Mohd Yunus, 44, ketika ditemui di hospital itu berkata, anaknya pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan, Muhammad Ariff Mohd Yusof, turut dimasukkan ke hospital itu sejak seminggu lalu.

Menurutnya, akibat penyakit itu anaknya sering mengadu mengalami masalah demam tidak menentu, sakit kepala berlarutan dan sakit di belakang badan. Bimbang keadaannya membuatkan dia mengambil tindakan melaporkan perkara itu kepada polis.

“Saya sudah membuat laporan di pondok polis hospital semalam (kelmarin) kerana bimbang melihat keadaan anak dan rakannya yang menderita akibat diserang penyakit berkenaan.

“Saya juga mewakili ibu bapa dan pelajar lain di sekolah itu memandang serius mengenai perkara ini dan berharap supaya dapat ditangani dengan segera,” katanya.

Sejak seminggu lalu, seramai 13 pelajar sekolah menengah agama berasrama di sini dikejarkan ke wad kecemasan HRPB dengan empat daripadanya sudah dibenarkan pulang manakala sembilan termasuk dua pelajar masih dirawat di wad kecemasan hospital berkenaan.

Usaha Harian Metro mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan sekolah berkenaan gagal apabila pengetua enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. 

***BP difahamkan, sekolah tersebut terpaksa ditutup awal iaitu 2 hari sebelum musim cuti sekolah penggal pertama ini bermula, akibat dari ramai pelajarnya yang menghidap demam tersebut..... 

IKAN MILIKI 3 CIRI SPESIS BERBEZA..

SAWYER dengan ikan Frankenstein yang ditangkapnya.
SAWYER dengan ikan Frankenstein yang ditangkapnya.

LONDON: Pemancing, Mark Sawyer terkejut apabila dia menangkap ikan ‘Frankenstein.’

Sawyer, 53, pengarang majalah Angling Times berkata, ikan itu kelihatan terdiri daripada tiga spesies berbeza. 
“Kepala ikan itu seperti ikan lipas, badan dan ekornya seperti ikan emas coklat sementara sirip duburnya seperti ikan kakap,” kata Sawyer.

Dia menangkap ikan berkenaan ketika memancing ikan kap di Tasik Magpie di Cambridge. - DM





UNDI PARTI MASUK SYURGA FATWA SESAT.....


KUALA LUMPUR  - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

''Antara amalan ketaatan kepada Allah dan penolakan daripada apa yang telah dilarang ialah menolak kepuakan dan menjauhi kepartian. Tidak ada dalil al-Quran dan Sunah untuk melibatkan diri dengan kepartian atau menjadikannya jalan kepada perkara baik dan betul.

''Bahkan ia adalah bidaah dari Barat (iaitu kepartian). Ia tidak wujud pada umat Islam dalam kurun terawal (zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan at-tabiin),'' katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.

Sulaiman yang kemudiannya ditanya tentang seruan pemimpin parti tertentu terhadap kepelbagaian agama dan mengatakan semua agama adalah sama berkata, pendapat itu adalah kufur dan golongan yang berpegang dengan pendapat sedemikian di zaman silam ialah Ikhwan Safa.

Mereka ini katanya, terdiri di kalangan Syiah Batiniyah yang muncul di abad ketiga Hijrah serta telah dihukum kafir oleh semua ulama Hanafi, Shafie, Maliki dan Hambali kerana berkata secara literal bahawa : ''Pandangan kami mencakupi semua mazhab dan agama kami mencakupi semua agama.''

''Pendapat itu adalah suatu kekufuran kerana agama yang sebenarnya di sisi Allah ialah Islam sahaja dan tiada agama lain yang setanding dengannya. Pada zaman moden ini lahir doktrin Freemason yang menyeru supaya mengingkari semua agama atau menyeru kepada penyatuan semua agama dalam satu mazhab.

''Ini adalah perbuatan murtad dan keluar dari agama Allah,'' tegas beliau.

Mengenai usaha menumbangkan kerajaan sedia ada di negara ini serta menyeru supaya diadakan demonstrasi jalanan, katanya, usaha itu bukanlah jalan kedamaian.

''Agama rasmi Malaysia adalah Islam dan syiar Islam (di negara ini) adalah nyata. Maka adalah menjadi kewajipan untuk nasihat menasihati dan membuat perdamaian. Ini adalah Manhaj (Prinsip Dasar) Nabi Muhammad SAW.

''Manakala demonstrasi jalanan adalah meniru perbuatan Barat yang jauh lebih banyak mendatangkan kerosakan dan kemudaratan ke atas umat Islam daripada kebaikan yang diharapkan,'' jelasnya.

Sementara itu, Sulaiman ketika memberi reaksi terhadap kaedah kafir mengkafir yang digunakan oleh sesetengah orang Islam dan ahli politik untuk memancing undi berkata, ia tidak dibenarkan terutama jika digunakan terhadap seorang muslim yang masih lagi mengamalkan amalan Islam yang zahir serta masih mengucap dua kalimah syahadah.

Katanya, sesiapa yang menggunakan pendekatan itu terhadap umat Islam maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud : ''Sesiapa yang berkata kepada saudara Islamnya 'Wahai Kafir' tuduhan itu akan kembali kepadanya.''

''Adalah menjadi suatu kewajipan ke atas setiap muslim untuk berbaik sangka dengan saudara seIslam dan bergaul dengan cara yang baik,'' jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan seseorang muslim tidak dibenarkan untuk bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa jua keadaan sekalipun untuk menentang saudara seagama.

Kata beliau, sejarah dengan jelas telah membuktikan minoriti bukan Islam tidak akan mengundi untuk parti Islam melainkan jika parti Islam itu berkompromi sesuatu dari agama dan perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya besar kepada umat Islam.

NIZAR BIADAP!!! MULUT LONGKANG!!!


Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan “WWW 1″, dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.
Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat “WWW 5″, dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat “WWW 15″.
Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.
Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan “MCA 1″ pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.
Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.
Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan “WWW”, yang merupakan singkatan bagi “World Wide Web”.

EKORAN DARI BERITA BIDAAN PLAT WWW 1 TELAH DIMENANGI OLEH BAGINDA SULTAN JOHOR, DYMM SULTAN IBRAHIM.....MAKA ADALAH SEORANG ORANG BIASA YANG PERNAH JADI MB PERAK SEKEJAP (11 BULAN SAHAJA) DAN DIGELAR SEBAGAI MB BONEKA, DI DALAM TWITTERNYA MEMPERTIKAIKAN JUMLAH RM YANG DIPEROLEHI BAGINDA SULTAN UNTUK TUJUAN TERSEBUT SEBAGAI 'DUIT RAKYAT'.... BIADAP SUNGGUH NIZAR!!!! DASAR MULUT LONGKANG!!!


PENGKHIANAT DAN PENDERHAKA ADALAH PAKATAN RAKYAT.

Berkenaan bidaan WWW1 yang heboh diperkatakan semenjak malam tadi yang telah menjadi milik Tuanku Sultan Ibrahim, ramai yang membuat tanggapan sendiri. Malah ada yang berkata Sultan Johor membeli plat nombor kereta guna duit Rakyat. Penulis berpendapat kalau orang biasa yang mampu membeli nombor plat mahal dikatakan orang itu berkerja keras, sebaliknya kalau pemerintah beli no plat mahal dikatakan pemerintah itu makan duit rakyat? Mana keadilannya.

Sebenarnya Keluarga Diraja Johor dari dulu lagi ada bisnes sendiri. Semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar lagi kita sudah disajikan dengan cerita yang memeranjatkan seperti Yang Dipertuan Agong Ke-8 mendermakan kesemua elaun kepada badan kebajikan sebanyak RM3.8 juta sehinggakan Almarhum dilabelkan sebagai "Raja Yang Tak Bergaji". Sifat ini diwarisi oleh Sultan Ibrahim, contoh yang kita tahu Sultan Johor kurnia 11 kereta, 8 Harley Davidson kepada PDRM. Jika difikir logik, mengapa hendak membeli kereta atau nombor plat menggunakan duit rakyat?

Dan pembaca  juga perlu ingat Sultan Johor mempunyai kekayaan mereka sendiri. Malah Sultan Sir Ibrahim moyang Sultan sekarang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia satu masa dahulu. Apabila kita membaca senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan "Senarai Permohonan Tender Yang Berjaya", pembaca dapat melihat diatas sekali tertulis "D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM JOHOR". Penulis merasakan Rakyat Johor tidak akan terperanjat, sebab Rakyat Johor memang percaya Tuanku berkemampuan. Dan berbalik pada senarai tersebut, itu menunjukkan yang Tuanku menggunakan saluran dan prosedur yang betul apabila berurusan dengan kerajaan. Tuanku juga tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.



BERIKUT KENYATAAN DARI ISTANA JOHOR....