Tuesday, 22 November 2011

8AM.... SKUAD HARIMAU MUDA TIBA DI LCCT





SAMBUTAN YG CUKUP MERIAH DAN GILANG GEMILANG DI LCCT, SEPANG, MENYAMBUT KEPULANGAN SKUAD HARIMAU MUDA MALAYSIA..... UMPAMA MALAYSIA JUARA SUKAN SEA XXVI.




SEPANG – Mynewshub.my telah berada di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) seawal jam 3.00 pagi tadi bagi menunggu kepulangan Skuad Harimau Muda yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta, semalam.
Setibanya di lapangan terbang berkenaan, dianggarkan lebih seribu penyokong dan peminat bola sepak tanahair sudah berkumpul di situ bagi meraikan wira-wira muda yang berjaya memalukan Skuad Garuda dua kali di tempat sendiri.



Sorakan dan nyanyian semangat tidak putus-putus dinyanyikan, diiringi paluan gendang yang menunjukkan kebanggaan yang tidak terkata sambil menunggu kepulangan anak-anak muda yang bakal menentukan masa depan sukan bola sepak negara.



Bagaimanapun, kami terpaksa menunggu sehingga jam 8 pagi ini untuk bertemu dengan mereka yang tiba dengan wajah ceria meskipun keletihan setelah berjuang bermati-matian demi memartabatkan nama Malaysia sebagai antara pasukan bola sepak yang perlu digeruni pasukan lawan.


Diketuai oleh Pengurus pasukan Harimau Muda, Datuk Hamidin Mohd Amin, yang diiringi jurulatih pasukan, Ong Kim Swee, mereka melangkah keluar dari balai ketibaan LCCT dengan disambut sorakan dan jeritan kegembiraan ribuan penyokong yang menanti lebih enam jam di situ.
Hamidin menjelaskan bahawa kepulangan mereka agak lewat dari waktu yang dijadualkan ekoran terpaksa menaiki ‘barracuda’ untuk kembali ke hotel penginapan sebelum bergegas ke lapangan terbang untuk kembali ke tanahair.


Ekoran layanan yang sangat tidak memuaskan dan kesukaran yang dihadapi oleh delegasi skuad Harimau Muda itu, beliau bercadang untuk membuat bantahan rasmi kepada pihak penganjur Sukan SEA, Indonesia.
Kim Swee pula menjelaskan bahawa beliau sangat yakin bahawa anak-anak didiknya itu mempunyai semangat yang kental untuk menghadapi tekanan dan provokasi melampau dari penyokong-penyokong negara jiran.
Beliau juga percaya bahawa kemenangan yang amat bermakna ini membuktikan bahawa skuad Harimau Muda mampu pergi lebih jauh selepas ini.


Bagi Ketua Pasukan Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar, yang menjadi wira menjaringkan gol penalti yang paling berharga dan dramatik semalam, beliau melahirkan rasa syukur atas kemenangan tersebut dan yakin bahawa rakan-rakan sepasukannya mampu menghadapi pelbagai rintangan lagi selepas ini.


DETIK KEMENANGAN
Justeru itu, Mynewshub.my amat berbangga untuk berkongsi kegembiraan penyokong-penyokong skuads bola sepak tanahair yang menunggu selama lebih enam jam di LCCT untuk menemui sekawanan harimau yang telah membaham garuda semalam di gelanggang sendiri!

 KAMI TEWASKAN INDONESIA 4-3 DALAM SEPAKAN PENALTI, SERI 1-1 SELEPAS TAMAT MASA TAMBAHAN

 PENJAGA GOL CEMERLANG - KHAIRUL FAHMI (APEK) CHE MAT

KAPTEN PASUKAN HARIMAU MUDA MALAYSIA - PENJARING TERAKHIR SEPAKAN PENALTI SEKALIGUS MENAFIKAN TUAN RUMAH UNTUK MENGGONDOL EMAS BOLASEPAK SUKAN SEA XXVI.
>>>   BADDROL BAKHTIAR   <<< 


KEKALAHAN DI TEMPAT SENDIRI YG SUKAR DITERIMA

SUMBER   ::::   mynewshub.my

HARIMAU DAH BAHAM GARUDA.... SYABAS!!!!!..... TAHNIAH..!!!!!

GAMBAR DARI AAKJ DLM NADI RAKYAT....

JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA, 'IBU’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia. 

Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka dikaca televisyen malam tadi.



Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan dan kita bangkit semula hingga menjadi JUARAsekali gus membuatkan lebih kurang 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam. Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.

Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga. Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar menyempurnakan sepakan penalti yang ke-5 sekali gus pasukan Harimau Muda menjadi JUARA.

Ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.
Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.
Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan.
Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat!!!!!!
Bagi kontinjen negara pula, sasaran baru 60 pingat emas yang diletakkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dua hari lalu sepatutnya dalam jangkauan jika petinju kita, Muhamad Farkhan Mohd. Harun mampu meraih pingat emas ke-59 kita.
Malangnya, dia ditumbangkan secara kontroversi oleh peninju tuan rumah, Alex Tatontos di Palembang.



Video saat semua wira negara dikalungkan pingat emas oleh Menteri Belia dan Sukan , Datuk Seri Ahmad Shabery Chik. Pingat emas ke 59 kontinjen negara ke Sukan Sea XXVI di Palembang, Jakarta, 
Indonesia.


Gambar di atas suasana di LCCT jam 3.00 pagi, peminat dan penyokong pasukan Harimau Muda menanti dan menyambut kepulangan Wira negara kita. Kepulangan mereka disambut oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB. Dato' Razali Ibrahim bersama penyokong dan peminat bola sepak negara..

Penulis :  Kemenangan berprestij pasukan Harimau Muda Malaysia mengalahkan Indonesia di bumi "Bung Karno" itu, membuatkan mereka menangisi sendiri sindiran yg dilemparkan terhadap skuad muda bolasepak negara yg bersemangat tinggi itu.... Ternyata, Indonesian menjadi MALING di bumi sendiri...
Menangislah kamu sehingga 2 tahun akan datang..... BAKARLAH BENDERA SENDIRI...!!!! hahahaha...




Sebelum perlawanan bermula...., gara2 tidak mendapat tiket kerana tiket 'sold out', khabarnya mereka telah membakar kaunter tiket :

Rujukan   ::::   Klik   DI SINI..... dan     DI SINI....   juga    DI SINI..... serta    DI SINI.....