Tuesday, 31 January 2012

MEMANG BENAR MALAYSIA AKAN BANKRAP!!!!... JIKA PKR PERINTAH NEGARA..!!!

ramonTan Sri Ramon Navaratnam, Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam, Institut Strategik dan Kepimpinan Asia (Asli), berkata membuat kesimpulan bahawa Malaysia akan bankrap berdasarkan hakikat bahawa hutang kerajaan berbanding nisbah keluaran dalam negara kasar (KDNK) semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, adalah kenyataan yang mengelirukan.

"Jika sesuatu tidak dilakukan untuk mengawal hutang yang semakin meningkat ini, memanglah perkara ini sesuatu yang serius, tetapi mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab akan mengambil langkah-langkah seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan yang ada sekarang untuk mengurangkan hutang, nisbah hutang berbanding KDNK serta defisit belanjawan," katanya kepadaBernama.

Dakwaan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) baru-baru ini bahawa nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK semakin meningkat saban tahun. 

Navaratnam berkata sudah difahami bahawa pinjaman perlu dibuat untuk meneruskan pelaburan kerajaan dalam sekolah, hospital, jalan raya, landasan kereta api, lapangan terbang dan prasarana-prasarana utama lain.

"Diharapkan, hutang (yang ditanggung) yang telah dilaburkan untuk membiayai kemudahan-kemudahan prasarana ini akan menghasilkan pulangan pelaburan yang berdaya maju dan merangsang pertumbuhan ekonomi.

"Apabila KDNK meningkat dan hutang berkurangan, nisbah hutang berbanding KDNK akan lebih baik," tegas beliau.

Dengan menjadikan seseorang yang diserang selesema sebagai analogi, Navaratnam berkata: "Jika seorang itu tidak mengendahkan selesema itu, tidak mengambil ubat, tidak mengambil langkah-langkah untuk melawan selesema itu dan tidak membina kekuatannya, penyakit itu mungkin melarat dan menjadi radang paru-paru.

"Sesiapapun yang rasional akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk sembuh daripada selesema itu dan mencegah penyakit lain.
"Inilah juga cara ekonomi bertindak," kata beliau.

Navaratnam menegaskan, ada kalanya ekonomi Malaysia mengalami tekanan yang hebat, khususnya sekarang, daripada kesan sampingan prestasi lemah ekonomi di AS, Eropah dan Jepun.

"Kita tidak perlu merasa cemas dengan dakwaan tentang negara menjadi bankrap, kerana ini tidak benar," tegas beliau.

Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan,  Dr Sundaram Annamalai, pada bulan Oktober tahun lepas telah berkata yang kerajaan komited untuk memastikan nisbah hutang berbanding KDNK berada di bawah 55 peratus menjelang 2020.

"Kita mahu pastikan yang ia tidak melebihi 55 peratus pada 2020," kata beliau pada majlis Dialog Pasca-Belanjawan 2012 yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi Malaysia.

"Di bawah Model Ekonomi Baru, kita sepatutnya membawa ia hampir kepada keseimbangan, tepat menjelang 2020," kata beliau.

Nisbah hutang berbanding KDNK kerajaan persekutuan untuk 2011 dijangka sekitar 53.8 peratus dan 54.8 peratus tahun ini.

Menjawab pertanyaan yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada hari Ahad telah menolak dakwaan serupa yang menyatakan negara akan menjadi bangkrap menjelang akhir dekad ini, sambil menambah yang ia adalah permainan politik pihak pembangkang dalam usaha menakutkan orang ramai.

Beliau berkata perbelanjaan domestik telah meningkat setiap tahun.

"Jika orang ramai mempunyai kebimbangan terhadap kerajaan, mereka tidak akan berbelanja.
"Tetapi, ia berlaku sebaliknya. Perbelanjaan domestik meningkat setiap tahun.
"Orang ramai tidak takut untuk berbelanja kerana mereka tahu negara ini amat progresif,"
 kata beliau.

Nor Mohamed berkata sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, rakyat telah menikmati taraf hidup yang lebih baik dan seseorang itu tidak seharusnya melayan dakwaan yang negara akan bankrap.

Beliau berkata sejak beberapa tahun lepas, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai strategi untuk meningkatkan tafa kehidupan rakyat dan ekonomi negara menerusi pelbagai program, dan yang terbaru, antaranya, ialah Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Luar Bandar.  mymassa

BUKTI - KPN SIHAT WALAFIAT....

GAMBAR: Bukti Ketua Polis Negara Masih Sihat Walafiat...

Kelmarin kecoh satu Malaysia bila Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar didakwa telah meninggal dunia di London.
Ia dikatakan tersebar seawal pukul 3 pagi tadi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial.
Yang pastinya Ismail masih sihat walafiat.
Di atas itu antara gambar-gambar kiriman beliau di London sempena lawatan kerjanya bersama polis United Kingdom.
Penulis memperolehinya dari laman Facebook PDRM.
Beliau dijadualkan akan menyampaikan taklimat tentang keselamatan semasa di Malaysia selain melawat pameran peralatan keselamatan terkini yang dikhaskan kepada pihak berkuasa dan keselamatan masyarakat yang memfokuskan kepada tiga aspek iaitu jenayah dan kepolisan, keselamatan dan ‘counter terrorism’ serta keselamatan sempadan.
Sementara itu dalam akhbar Sinar Harian, anak sulungnya menyatakan rasa kesal di atas berita tersebut.
“Ayah saya sedang bersiap untuk menghadiri majlis makan malam sewaktu khabar angin mengatakan beliau meninggal dunia.”
Demikian kata Muhammad Amsyari, anak sulung Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, ketika menafikan berita kematian ayahnya.
Menurut Amsyari, beliau mendapat khabar angin itu melalui SMS dan panggilan telefon daripada kenalannya, kira-kira jam 1 pagi.
“Anak mana yang tidak terkejut apabila mendengar berita kehilangan insan tersayang. Inikan pula ayah dengan mak (Puan Sri Suriati Md Sobri) berada di London.
“Selepas mendapat berita itu, saya terus menghubungi mak bagi mendapatkan penjelasan sebenar. Mujur ia hanya khabar angin.
“Pagi tadi, selepas selesai solat Subuh, saya dapat bercakap dengan ayah dan ibu. Syukur, mereka sihat dan selamat,” katanya - MNH

AZIZ BARI - KINI BUKAN SEORANG PROFESSOR!!!

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.
Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.
”Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.
”Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, SAKINAH melalui ruangan Forum akhbar itu pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan – Utusan

Monday, 30 January 2012

DUTA PALESTIN TERKEJUT......????!!!!


Duta Palestin ke Malaysia Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai “pelik dan ganjil” kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.
“Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel,” katanya dalam kenyataan di sini Isnin.
Abughoush berkata oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.
“Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.
“Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah,” katanya.
Abughoush mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kerana menyatakan pendirian kerajaan Malaysia tentang perkara itu.
“Kami yakin kerajaan dan rakyat Malaysia yang berbudi tinggi akan terus memberi sokongan padu kepada rakyat Palestin serta perjuangan suci mereka,” katanya.
Dalam kenyataannya pada Ahad, Anifah berkata tindakan yang disifatkan oleh Israel sebagai langkah yang perlu diambilnya untuk memelihara keselamatan negara itu termasuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap Gaza; menangkap dan menahan rakyat Palestin tanpa bicara; membunuh rakyat Palestin termasuk pemimpin mereka melalui serangan misil dan bom; dan melaksanakan dasar bersifat menindas dan menekan rakyat Palestin seperti merampas rumah mereka dan membenarkan rakyat Israel membina penempatan haram di tanah milik penduduk Palestin.
Beliau berkata kerajaan Malaysia bukan saja tidak pernah menyokong sebarang tindakan-tindakan itu, malah berganding bahu dengan masyarakat antarabangsa untuk mengkritik dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa – Bernama

JAWATAN HINGGA HUJUNG NYAWA...




Rupa-rupanya Nik Aziz nak ajak Haji Hadi pegang jawatan sampai mati.

Nak jadi keramat hidup tu, jadi sorang-sorang dah la. Tak payah ajak geng.


*Sekali lagi Nik Aziz menjual nama Islam untuk mempertahankan jawatan duniawi. Haji Hadi tak setamak ganjaran dunia seperti Nik Aziz. Ni sorang lagi keramat hidup yang gila jawatan.
 

MASYARAKAT CINA TAK PERLU UNDI DAP....!!!

 China Press : MASYARAKAT CINA TOLAK DAP, MENANG BANYAK KERUSI PUN TIDAK BOLEH JADI MB SELANGOR OR MB PERAK


Perlu Bekerjasama Dengan Orang Melayu
Kaum Cina Tidak Mungkin Dapat Tubuhkan Kerajaan

26hb Labis,  presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi mengingatkan, orang-orang Cina tidak mungkin dapat perintah kerajaan pusat, dengan itu cuba menyokong DAP, bermakna membantu parti Pas untuk membuka jalan menjadi Bos.

Soi Lek berkata, orang-orang Cina terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak mungkin dapat tubuhkan sebuah kerajaan untuk memerintah kerajaan pusat, sebanyak 222 kerusi parlimen itu, hanya ada 46 kerusi yang kawasan majoriti orang-orang Cina, walaupun parti berdasarkan kaum Cina boleh menang semua kerusi, namun tidak mungkin dapat memerintah kerajaan pusat.

Soi Lek menyatakan, ditambah dengan jumlah penduduk kaum Cina sebanyak 24.5 peratus, dengan itu perlu mendapat kerjasama dari parti berdasarkan dari orang-orang Melayu, barulah dapat memerintah kerajaan pusat.

Beliau berkata, selama ini BN mempunyai agenda yang jelas, sebaliknya dari segi Pakatan Rakyat  jika Pakatan Rakyat memerintah pasti  parti Pas yang lebih besar ataupun pemilihan perdana menteri pasti dari kalangan mereka.

“Pengundi kaum Cina selalu silap faham, menganggap DAP boleh perkasakan kekuatan orang-orang Cina, tetapi sebenarnya ia hanya memperkukuhkan DAP dan memberi ruang kepada Pas berkuasa.

Wakil-Wakil Rakyat Perlu Berani Bersuara

Chua berkata demikian semasa menghadiri majlis makan malam di kampung Baru Bekok, menyatakan perkara itu adalah sangat mudah, sebelum ini Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak, DAP mempunyai banyak kerusi, tetap tidak boleh jadi menteri besar, sebaliknya yang mempunyai kerusi yang sedikit, pemimpin Pas menjadi Menteri Besar.

Beliau mahu pengundi perlu fikirkan dengan hati-hati kelebihan dan kemampuan calon-calon yang dipilih, dan berkata, jika calon dari MCA tidak memberi perkhidmatan, mereka sendiri tidak mungkin disokong oleh pengundi.

Soi Lek berkata, seorang wakil rakyat bukan sahaja rajin berkhidmat, mereka juga perlu berani bersuara, bukan hanya pandai bercakap.

Beliau anggap, di kalangan calon DAP memang ramai yang pandai bercakap tetapi tidak buat kerja, mereka bukan sahaja tidak tahu menyelesaikan masalah, selepas mereka kalah dalam PRU mereka terus menghilangkan diri tak jumpa batang hidung, sehingga pusat khidmat mereka pun tidak ditubuhkan, mereka tunggu sehingga menjelang PRU baru kembali semula.

Selain dari itu, Chua juga memberi sumbangan kepada 23 buah NGO yang turun hadir pada malam itu, setiap NGO mendapat RM3,888.00 ringgit untuk dana aktiviti pertubuhan.

'TWO STATE SOLUTION'..... SAH!! ANWAR SOKONG ISRAEL..???!!!

AIDC – Akhirnya Anwar Ibrahim sendiri mengaku bahawa dia mahukan formula ‘two state solution’(formula dua negara) ketika menjawab isu Wall Street Journal (WSJ), 26 Januari 2011 yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
“Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai ‘Two-State Solution’
Petikan di atas adalah jawapan Anwar sendiribertajuk ‘Jangan putar belit kenyataan demi menghambur fitnah’.
Ini sebahagian Jigsaw Puzzle Games untuk mengenali siapakah Anwar Ibrahim.
Di sini juga bermulanya kotak pandora.
Blogger Jebat Must Die menjawab siapa sebenarnya yang putar belit dan siapa pula yang menabur fitnah.
Katanya, jawapan Anwar yang ditujukan kepada masyarakat Malaysia selepas terdedah isu tersebut tidak sama dengan apa yang diucapkannya khusus kepada masyarakat antarabangsa seperti dilaporkan WSJ.
Katanya lagi, ini sekaligus mengesahkan laporan The Economist 2009 yang menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai seekor binatang sesumpah atau ‘chameleon’ yang boleh bertukar warna mengikut keadaan dan tempat.
Dan benarlah seperti kata sahabat setahanan ISA, Ibrahim Ali, memang sikap Anwar, apabila tersepit, dia akan bersandar kepada orang lain untuk menutup pekung di dadanya.
Bersandar Pada Orang Lain
Kini Anwar sudah tidak kekuatan sendiri, kecuali hanya bersandar pula kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Katanya, Anifah Aman pun sama dengannya, sokong ‘Two State Solution’.
Anifah menjawab, Anwar telah memfitnahnya untuk menyelamatkan diri. Katanya, konteks yang dikemukakan Anwar yakni mendahului Israel, tidak sama dengan kontek yang dikemukakannya yakni mendahului Palestin semasa di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
“Saya ingin menegaskan kerajaan Malaysia tidak pernah menyokong tindakan Israel seperti dijelaskan, malah telah bersama-sama masyarakat antarabangsa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas melanggari perundangan antarabangsa.
“Seperti yang kita ketahui, kenyataan Anwar di Dewan Rakyat pada Mac 2010 yang menuduh konsep 1Malaysia ditiru daripada konsep regim Zionis Israel telah membawa kecaman daripada pemimpin-pemimpin Yahudi.
“Dengan kenyataan yang dibuat oleh Anwar di Wall Street Journal itu, jelas sekarang di mana letaknya prinsip dan pendirian beliau berhubung isu Palestin dan saya yakin rakyat akan dapat membuat penilaian mereka sendiri,” kata Anifah dalam kenyataan medianya, semalam.
Anwar pula seperti dilaporkan wartawan WSJ, Shibani Mahtani lebih memfokuskan sokongan kepada Israel dan mengkesampingkan isu Palestin.
WSJ, 26 Jan melaporkan dalam wawancara bertajuk “Malaysia’s Anwar Presses On Despite Appeal“, Anwar telah berkata; “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians
Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan Negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.
Anwar ketua pembangkang Malaysia mendahului kepentingan Israel, sedangkan Anifah, Menteri Luar Malaysia mendahului kepentingan Palestin.
Perbezaan paling ketara antara kedua tokoh itu, Anwar mengiktiraf konsep Negara Israel, sedangkan Anifah tidak mengiktirafnya.
Kedua, Anwar sudah bermain dengan andaian melampau iaitu ‘ada hasrat untuk membuka hubungan diplomatik dengan Israel sedangkan Anifah tidak pernah membuat andaian seperti itu, kerana beliau tahu kedudukannya hanya sebagai Menteri Luar dan bukannya individu yang sering bermimpikan untuk menjadi Perdana Menteri.
‘Two State Solution’
Isu berkenaan ‘Two State Solution’ bukan baru, malah sudah didedahkan sejak laman AIDC dibina sekitar April 2008.
Pencetus idea ‘Two State Solution’ adalah badan yang ditaja George Soros, ICG (International Crisis Group), di mana Anwar juga salah seorang anggotanya.
Anwar Ibrahim turut dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG pada 30 Jun 2006, ketika menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony’s College, Oxford, UK yang di bawah kawalan Chris Pattern, kroni Soros.
Anwar sendiri mengaku turut hadir dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada 23 Mac – 24 Mac 2007, ketika membincangkan isu Israel/Palestin.
Menurut kenyataan media ICG bertarikh pada 26 Mac 2007, cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel/Palestin dengan mengikuti resolusi yang telah diputuskan oleh UN Security Council resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David peace accords (1978), the Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) yang bermatlamat mengiktiraf sebuah Negara Israel yang sah serta diiktiraf oleh seluruh dunia, termasuk dunia Islam.
Anwar Ibrahim satu-satunya individu muslim yang berada dalam mesyuarat itu bersetuju dengan konsep ini.
Ini cara halus, badan tajaan Soros untuk mendapatkan status sebuah ‘Negara Israel’ dengan berselindung di sebalik solusi ‘Two State Solution’.
Usul ICG adalah mencadangkan kerajaan Palestin (yang dipimpin oleh Abu Manzir/ Mahmoud Abbas dari Fatah) bekerjasama dengan Hamas supaya bersetuju menerima kemerdekaan Palestin, tetapi syaratnya mesti iktiraf Negara Sah Israel.
Isu utama adalah keselamatan dan Negara Sah Israel.
Nama Anwar Ibrahim turut tercatat sebagai individu Islam yang bersetuju pengktirafan sebuah Negara Israel. Klik di sini
Kenyataan media yang dikeluarkan oleh ICG pada 26 Mac 2007, memutuskan beberapa perkara penting untuk menyelesaikan krisis tersebut, antaranya;
Pertama, mengesa dunia Islam membuka diplomatik dengan negara Israel, termasuk membuat lawatan ke negara tersebut.
Kedua, menggesa semua pihak mematuhi The Quartet yang diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan mencadangkan ‘two state solution’ iaitu mengiktiraf ‘dua negara’, Israel dan Palestin sebagai sebuah negara sah.
Resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir, antaranya; Lord Patten (Pengerusi bersama), Thomas R. Pickering (Pengerusi bersama), Gareth Evans (Presiden), Morton Abramowitz, Kenneth Adelman, Anwar Ibrahim, Shlomo Ben-Ami, Kim Campbell, Maria Livanos Cattaui, Wesley Clark, Carla Hills, Stephen Solarz, George Soros dan lain-lain.
Rentetan daripada mesyuarat itu, pada 10 Oktober 2007, ICG sekali lagi meneruskan usaha apabila bergabung dengan dua lagi badan pemikir Amerika Syarikat iaitu United States Middle East Project (USMEP) dan New America Foundation/American Strategy Program, menghantar surat lobi menyokong usaha Presiden Bush dan Condoleeza Rice supaya diadakan satu rundingan di antara Israel dan Palestin, yang kemudiannya dikenali sebagai Annapolis Summit.
Dalam surat lobi kepada Presiden Bush itu, ICG, USMEP dan New America Foundation mencadangkan agar kerajaan Amerika Syarikat mengutamakan konsep ‘two state solution’ iaitu sebuah negara Israel dan Palestin yang sah, Jerusalem menjadi ibu kota kedua negara dengan kawasan kejiran Israel akan menjadi milik Israel, manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin.
Annapolis Summit
Steve Clemons, dari New America Foundation yang turut sama terlibat menandatangani surat sokongan kepada Presiden Bush turut mendedahkan satu-satunya tokoh Islam dari Asia Tenggara yang menyokong Annapolis Summit itu adalah Anwar Ibrahim dari Malaysia.
Bukti pembabitan nama Anwar yang didedahkan oleh Steve Clemons itu, klik di sini dan di sinidan di sini
Nama Anwar Ibrahim diletakkan sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA.
Selain pendedahan Steve Clemons, ICG,USMEP dan New America Foundation turut menyebarkan di internet penama-penama yang menyokong usaha Annapolis Summit dalam bentuk PDF di prospectsforpeace.com dan druckversion.studien-von-zeitfragen.net.
Nama Anwar Ibrahim tercatat dalam kedua-dua PDF tersebut. Klik di sini dan di sini
Pada 27 November 2007, Presiden Bush telah menganjurkan Annapolis Summit atau The Annapolis Conference di United States Naval Academy, Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat dengan menjemput wakil Palestin, Presiden Mahmoud Abbas, dan wakil Israel, Ehud Olmert (Perdana Menteri Israel) bersama-sama mencapai ‘perdamaian’.
Namun usaha Annapolis Summit itu menemui kegagalan kerana ditolak oleh majoriti rakyat Palestin yang tidak mengiktiraf Mahmoud Abbas sebagai wakil mereka. Negara-negara Islam yang lain seperti Iran dan Syria turut menolak perjanjian yang lebih menguntungkan Israel itu.
Anwar’s Apology Tour

Dua tahun lepas, episod paling menyayat hati Anwar. Dia marah apabila B’nai B’rith International, pertubuhan Yahudi tertua di Amerika Syarikat mendesak kerajaan Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar.
Ini gara-gara keceluparannya membangkitkan isu APCO di parlimen Malaysia.
“Tak ada anti Yahudi..saya dah ulang kerana ini bukan soal anti Yahudi”, kata Anwar ketika ditanya oleh wartawan Mstar, adakah beliau anti -Yahudi ketika membangkitkan isu APCO di Malaysia. Klik di sini
Dengan perasan sayu Anwar berkata, “Saya sudah menjangka serangan (dari kumpulan Yahudi) APCO, bahkan telah menghantar surat rasmi ke ICG mengatakan yang saya anti-Yahudi”.
Menyedari kedudukannya tergugat, maka Anwar merancang satu misi memohon maaf ke AS yang pihak Barat gelarkan sebagai ‘Anwar’s Aplogy Tour’.
Jackson Diehl dari The Washington Post lapor memang Anwar betul-betul melutut kepada Yahudi untuk memohon maaf.
Salah satu program dalam ‘Anwar’s Aplogy Tour’ adalah berucap di Woodrow Wilson International Center (WWIC).
Video rakaman hujah Anwar yang diletakkan di sini (kanan-bawah) perlu difahami betul-betul kerana itu asas mengenali Anwar khususnya dalam konteks hubungannya dengan Yahudi.
Peserta bernama Stanley Kober dari Cato Institute yang bertanyakan Anwar berkenaan tuduhan anti-semitik yang dilemparkan kepadanya:
Soalan : Baru-baru ini, saya membaca satu jurnal yang mengkritik anda (Anwar) kerana telah mengundi di Parlimen Malaysia untuk menyokong usul mengkritik Israel berkaitan insiden flotila. Jadi, saya ingin bertanya anda kenapa anda menyokong usul tersebut ?
Jawapan Anwar : “Perdana Menteri Najib (yang) telah mengemukakan usul tersebut, mengkritik tindakan kejam negara Zionis Israel. (Saya dan) Pihak pembangkang, (sebenarnya) rasa sangsi, (untuk) menyokong resolusi tersebut.
“Tetapi saya fikir, secara umumnya, rakyat Malaysia tidak mempunyai pandangan yang kompleks, seperti soalan yang dikemukakan. Sebagai contoh, sentiasa terdapat kekeliruan di antara istilah Yahudi, Israel dan Zionis, di mana kesemuanya dilihat sebagai satu.
“Tetapi ramai di kalangan kami(Anwar dan pakatan Rakyat?) sedar bahawa tidak perlu untuk bersikap anti-Yahudi, anti-Semitik kerana sama seperti perkauman.
“Saya fikir, saya mempunyai hak untuk menyatakan seperti apa yang telah kita nyatakan sebelum ini. Banyak contoh, seperti menentang rasuah di dalam Pentadbiran PLO pada masa lalu.
“Saya mewakili (International Crisis Group?) telah memberikan pendapat mengenai “Two State Solution” (penyelesaian dua negara), bagi konflik Palestin – Israel.
Jawapan Anwar di atas nampak seperti berbelit-belit tetapi dapat dirumuskan bahawa yang anti semitik adalah PM Najib dan bukan dirinya. Kata Anwar, Najib yang kemuka usul tersebut dan menuduh Israel kejam, dia hanya menyokong kerana terpaksa, hakikatnya Anwar mengaku dia sangsi dengan usul tersebut tetapi terpaksa menyokong juga.
Adakah Anwar anti semitik ? Anwar jawab tidak. Dia telah menjawab berkali-kali sebelum ini bahawa dia bukan anti semitik kerana dia menyokong “two state solution” (Pengiktirafan Dua Negara Sah iaitu Israel dan Palestin).
Malah Anwar turut mengkritik korupsi dalam PLO (kumpulan Fatah) yang menyebabkan cadangan ‘two state solution’ gagal.
Maknanya, memang sah Anwar adalah penyokong Negara Israel melalui slogan ‘two state solution’.