Monday, 23 May 2011

HAK DAN TANGGUNGJAWAB NON-MUSLIM DALAM NEGARA KHILAFAH


Dalam Negara Khilafah, Non-Muslim Adalah Ahlu Dzimmah

Allah SWT menurunkan syariat Islam kepada Rasulullah SAW sebagai rahmat bagi seluruh umat manusia, apapun warna kulit, agama, ras atau latar belakang mereka,

“Dan tidaklah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam” [TMQ al-Anbiya (21):107].

SIAPAKAH YANG SESAT

Dari Abdullah bin Amru bin Ash, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan cara mewafatkan para ulama. Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka." (Sahih Bukhari 2297)

Parti PAS mengakui bahawa mereka mempunyia ramai ulama. Ini bertentangan dengan maksud hadith di atas yang mengatakan di akhir zaman, tiada ulama atau ulama sudah habis diwafatkan. Menurut hadith: " Allah tidak menghapuskan ilmu (agama) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia, tetapi dengan jalan mewafatkan para ulama".

Kalau benar PAS mempunyai ramai ulama tentulah kita ingin tahu dari mana datangnya mereka ini semua ?  Menurut Hadith ini : Apabila ulama sudah habis, umat manusia mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka.

Oleh itu jelaslah yang parti PAS mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Apakah bukti bahawa mereka ini orang bodoh ? Menurut hadith di atas : Si Pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak, maka sesatlah mereka semuanya.

Kalau diteliti, ternyatalah kebenaran hadith dari Rasulullah SAW ini, kerana didapati bahawa Dato' Nik Aziz banyak mengeluarkan fatwa, yang sebelum ini tidak pernah dikeluarkan oleh ulama yang muktabar atau imam yang mujtahid seperti Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Al Ghazali, Imam An Nawawi dan lain-lain lagi. Persoalan yang timbul ialah adakah kesemua imam-imam ini kurang alim, sehingga tidak dapat mendahului Dato Nik Aziz mengeluarkan fatwa  yang menghalalkan perbuatan memaki dan menghina sesama Islam ? Bagaimana pulakah fatwa Dato' Nik Aziz yang mengatakan Allah mencarut ?

Persoalan seterusnya ialah PAS berkata "Cuma ulama sahaja yang layak menjadi  pemimpin". Kalau begitu sudah tentu semua calon dari parti PAS,  mestilah terdiri dari ulama. Masaalahnya ialah sejak bila Fadzil Nor, Mohammad Sabu dan Mahfuz Omar menjadi ulama. Mereka semua mengaji kat mana ? Berapa juzuk AlQuran yang mereka hafal ? Jangan-jangan mereka ini orang bodoh yang diangkat oleh PAS sebagai ulama.

Ketahuilah! Sesuatu disampaikan oleh Rasulullah  SAW adalah benar  dan sebagai orang Islam kita kena yakin dan berpegang teguh kepadanya. Oleh itu marilah kita renung bersama-sama siapakah manusia yang dimaksudkan sebagai sesat dalam hadith tersebut di atas.

INGIN IMBAS KEMBALI....

Suqiu

Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina Malaysia telah ditubuhkan pada 16/8/1999, dengan ringkasnya Rayuan Pilihanraya atau Suqiu, merupakan senarai agenda persatuan-persatuan Cina Malaysia dalam Pilihanraya Ke-10.  Ianya disertai oleh 13 persatuan Cina  dan tidak satupun persatuan bangsa lain menyertainya.

Disini ternyata  Suqiu tidak membawa agenda bangsa Malaysia keseluruhannya, sebaliknya lebih membawa agenda kaum yang diwakilinya. Ini dapat disimpulkan melalui kesemua ahli yang menyertainya yang mana semuanya adalah persatuan-persatuan kaum Tionghua.

Kenapakah Suqiu ditubuhkan ? Dari agenda yang diberikan, ianya lebih banyak tertumpu kepada penghapusan hak-hak yang dinikmati oleh bangsa yang dipanggil Bumiputera terutamanya Melayu. Walaupun ringkasan tuntutan itu nampaknya agak umum, tetapi isu utamanya ialah ke arah pembentukan sebuah negara yang mengamalkan dasar meritokrasi dimana tiada keistimewaan ke atas mana-mana kaum di negara ini. Suqiu ditubuhkan pada masa dimana orang Melayu terutamanya amat lemah. Mereka mengambil peluang dari kelemahan dan perpecahan Melayu ini untuk membuat tuntutan tersebut. Mereka merasakan inilah peluang mereka untuk menuntut menghapuskan apa saja yang keistimewaan yang diberikan kepada kaum bumiputera. Inilah masa bagi mereka meminta apa yang selama in mereka inginkan. Peristiwa 16 mei 1969 tidak langsung menjadi ingatan kepada mereka. Meraka ingin samarata!

PAS dan KeAdilan secara langsung dan terang menyokong kumpulan ini. PAS yang diwakili Subki Latif menghadiri upacara ulantahun setahun Suqiu. Di Lunas, Mat Sabu dalam ceramahnya pada Malam Sabtu 25/11/2000 (10.00 mlm) memberi tahu hadirin diceramahnya yang PAS menyokong Suqiu, Dong Zong dan JiaoZong. Dia berbangga dengan apa yang diucapkannya di atas pentas. Ini disambut dengan sorakkan dari ahli-ahli PAS dan KeAdilan dihadapan beliau yang rata-ratanya orang Melayu. (Tape masih disimpan). Ini adalah tanda pengiktirafan mereka kepada Suqiu dan tuntuan mereka. Begitu juga KeAdilan yang terang-terang mengakui mereka bersependapat dengan Suqiu. Suqiu menjadi penyokong KeAdilan dalam Pilihanraya kecil dan umum. Mereka berkempen untuk calon Keadilan di Lunas. Satu lagi parti yang dianggotai oleh orang Melayu menyokong Suqiu.

Kenapa perlu kita teliti tuntutan ini ? Kalau dikaji secara teliti ianya bermaksud penghapusan segala kuota dan keistimewaan yang diberikan kepada kaum Bumiputera. Contohnya, penghapusan kuoata kemasukkan ke Universiti, penghapusan bantuan kepada usahawan Bumiputera dan sebagainya. Ini semua dilakukan dengan berselindung di sebalik perkataan perpaduan kebangsaan, reformasi institusi politik, hak asasi manusia, ekonomi dan pembangunan sosial, pendidikan, multi-culturalisme, perlindungan alam sekitar, wanita, media, pekerja serta orang asli. Itulah helah mereka sebenarnya.

Dari sektor pekerja mereka mahu sektor awam dibuka seluas-luasnya kepada kaum lain juga, tetapi dalam masa yang sama mereka tidak menyebut pembukaan sektor swasta kepada bumiputera seluas-luasnya. Syarikat-syarikat milik mereka masih mengamalkan 'family bisness' dimana mereka memberi peluang lebih kepada kaum sebangsa mereka. Begitu juga di sektor ekonomi, mereka tahu yang ekonomi mereka amat kukuh dan tidak dapat ditandingi kaum lain. Mereka amat susah membantu kaum lain dalam memajukan diri dalam bidang ekonomi. Kalau boleh semua bidang ekonomi mahu dibolot mereka. Inilah yang mereka sebutkan ekonomi dan pembangunan manusia, helah yang digunakan untuk menghapuskan peluang bumiputera menjadi sama taraf dengan mereka. Begitu juga dengan institusi agama yang ada disebut dalan tuntutan itu. Apa yang dimaksudkan ialah belanjawan untuk agama lain perlu diadakan dalan belanjawan negara. Ini bermaksud kerajaan perlu memberi kebebasan agama lain membina kuil, tokong atau gereja menggunakan duit peruntukan kerajaan , sama taraf yang diberikan dengan agama Islam. Ianya juga membawa maksud, Islam bukan lagi menjadi agama rasmi negara. Semuanya kalau dikaji secara teliti akan dapat memberi sedikit sebanyak helah yang diselitkan. Hanya mereka yang buta saja tidak memahami maksud itu.

DAP sudah lama berjuang untuk semua ini. Kali ini mereka begitu gembira kerana perjuangan mereka diterjemahkan oleh satu kumpulan lain. Harapan DAP menjadi kenyataan apabila selama ini UMNO yang majoritinya didokong oleh orang Melayu menolak perjuangan DAP itu. Sebaliknya DAP mendapat nafas baru daripada penubuhan Suqiu ini dan ianya mendapat sokongan rakan seperjuangan dalam BA. DAP sudah dapat separuh daripada apa yang diperjuangkan selama ini. PAS, KeAdilan dan PRM telah sehaluan dengan DAP dalam perjuangan Malaysian Malaysia DAP. Cuma hanya tinggal undi orang Melayu saja yang DAP perlukan untuk mendapat 50 peratus lagi. Ini dapat dilakukan melalui PAS dan KeAdilan.  Apakah rela orang Melayu membiarkan ini berlaku ?

Sedarlah wahai orang Melayu Islam tentang tentang agenda mereka ini. Janganlah kita membabi buta menyokong mereka. Mari kita pertahankan hak kita bumiputera. Kita telah membuat satu pengorbanan yang amat besar dan tak ternilai dengan memberi taraf kerakyatan kepada mereka. Apakah mereka sudah lupa ? Apakah kita sudah lupa ? Sekarang setelah mereka merasakan kita agak lemah dan berpecah belah, mereka mahu merampas semuanya dari kita. Bangunlah wahai umatku. HAK KITA JANGAN DIGANGGU.