Tuesday, 4 December 2012

KEPALA AHLI SILAP MATA DIBAKAR OLEH HOS TV....!!!

HOUCHIN berlari turun dari pentas selepas kepalanya terbakar.
HOUCHIN berlari turun dari pentas selepas kepalanya terbakar


CALIFORNIA  -   Seorang ahli silap mata Amerika semalam menjalani rawatan di Republik Dominica selepas seorang hos televisyen membakar kepalanya.

Berasal dari Chico, California, Wayne Houchin berkata, dia dimasukkan ke hospital akibat terbakar. Bagaimanapun, doktor mengatakan ia tidak akan meninggalkan kesan parut. Kenyataan dalam Facebook miliknya mengatakan Houchin ‘sedang berehat dan semakin pulih menjalani rawatan di negara Caribbean’ itu, di mana dia membuat persembahan dengan sekumpulan ahli silap mata. 

AWAS !!! APPLE UBAH AYAT AL-QURAN..!!!


Satu versi baru Al-Quran telah dikeluarkan Apple App Store oleh komuniti kafir ahmadiyyah
dan qadiani, nama aplikasi ini adalah “The Holy Quran Arabic text and English translation”. diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali dan Ahmadiyyah Muslim Community telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store itu.

Umat islam yang bermazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan mazhab apa saja perlu peka untuk
tidak membeli atau memuat turun aplikasi ini kerana isi Al-Quran melalui sofware ini adalah
sangat meragukan lagi cuba untuk mengubah fakta isi Al-Quran.

Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah dan mengelirukan serta bercanggah dengan
ayat Al-Quran yang asal. Kami memohon untuk anda kongsikan kepada semua supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan android atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain insyaallah.


Kena perhati betul-betul. Sangat bahaya kerana usaha untuk memesongkan akidah umat Islam tidak pernah berhenti. hati-hati ketika memilih.

K7L

KENAPA LIM GUAN ENG JEMPUT BJ HABIBIE KE PENANG...???



PERHATIKAN LINK INI: YB Liew Chin Tong (DAP Bukit Bendera) CEO Penang Institute, sebelum ini CEO SERI, Penyelidik Pelawat di ISEAS, Singapura, CEO REFSA, satu badan pemikir bekerjasama dengan NDI iaitu cabang NED.

Lim Guan Eng dalam kata pengantarnya (hanya dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin - Bahasa Malaysia dipinggirkan oleh LGE), berkata, Presiden Habibie diingati sebagai orang yang telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan demokrasi di Indonesia. 

Setelah mengambil alih sebagai Presiden, beliau membentuk Kabinet Pembangunan Reformasi untuk memastikan kemudahan yang diperlukan dalam membina semula negara dan untuk membangunkan demokrasi sebenar di negara ini...( LGE menekankan Reformasi dengan harapan Reformasi kuasa juga dilakukan di Malaysia)

{VIDEO} INILAH KONSPIRASI PALING JAHAT ANWAR...!!!!!

Anwar Ibrahim arahkan Sivarasa Mengajar Deepak
Fitnah Najib Razak dan Rosmah Mansor


Anwar Ibrahim dicabar untuk menafikan rakaman video sulit ini ... rakaman video secara terus terang Deepak Jaishakini mengaitkan, melibatkan nama beliau, Nurul Izzah dan R Sivarasa dalam komplot menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Anwar Ibrahim dicabar untuk mengambil tindakan saman dan mahkamah terhadap Deepak Jaishakini yang membocorkan nama beliau, Nurul Izzah dan R Sivarasa sebagai dalang dibalik tadbir untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor. 1Malaysia Tolak Fitnah !!! -Tok Guru.

EUROCOPTER EC725 - SENJATA PEMBANGKANG SERANG KERAJAAN....???

 Eurocopter EC725 - Malaysia Bakal dapat 2 buah

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima dua daripada 12 pesawat Eurocopter EC725 baru bagi menggantikan pesawat Nuri pada hari ini (3 Nov 12).

Helikopter Nuri seperti yang anda sedia maklum sudah menjangkau usia 40 tahun di dalam perkhidmatan TUDM.  EC725 yang dikhususkan untuk operasi menyelamat kombat (CSAR) akan mencetus sejarah baru dalam sejarah ketenteraan negara kita sebagai helikopter pertama seumpanya yang memasuki perkhidmatan aktif.

AKHBAR SINAR HARIAN ADALAH SUARA PEMBANGKANG....???

Teman masih teringat dengan tindakan seorang sahabat teman yang merupakan guru seorang wartawan wanita Sinar Harian (edisi Perak) yang bertanya kepada wartawan tersebut, mengapa akhbar tabloid Sinar Harian (SH) ekstrem pembangkang. Jika ada pun berita mengenai BN / UMNO, tapi tak sebanyak seperti mana pembangkang. Sahabat tadi bertanya bukan mahu mencampuri urusan berita Sinar Harian, lantaklah  nak siarkan berita apa pun, tetapi sekadar bertanya kerana wartawan itu sebelum itu telah menyatakan bahawa berita politik di dalam SH adalah seimbang.


Hari ini, rakan blogger telah mendedahkan bahawa Sinar Harian telah terbukti sebagai akhbar yang membawa lebih banyak suara pembangkang berbanding kerajaan, atau dalam bahasa yang paling mudah, menonjolkan berita yang menghentam kerajaan. Ikuti seterusnya apa kata HARAPAN ESOK ........

Untuk yang masih belum mengetahui apakah agenda SINAR ini, meh sini aku cerita ada seorang kenalan dari Kelantan mengatakan bahwa SINAR perlu letak gambar Nik Aziz di akhbar mereka bagi melariskan jualan mereka...jika tak ada muka Nik Aziz maka orang tak beli..kahkahkah

BILA JLO BERAKSI LIVE DI PENTAS STADIUM MERDEKA

alt

Bila sebut Jennifer Lopez... siapa yang tidak kenal..???
Ternyata Penyanyi terkenal Hollywood Jennifer Lopez (JLo) tidak mengecewakan para peminatnya di Malaysia setelah berjaya memberi persembahan terbaik menerusi Konsert Ulung beliau di Malaysia menerusi Dance Again World Tour Live In Malaysia 2012 pada malam tadi.

Konsert yang telah berlangsung di Stadium Merdeka Kuala Lumpur itu dibanjiri lautan peminat-peminat JLo dari Malaysia, malah juga dari Thailand dan Singapura

BANK NEGARA DEDAHKAN PENIPUAN GENNEVA


 sumber berita : mstar

Bank Negara mendedahkan lebih daripada 8,000 pelanggan syarikat pelaburan emas Genneva Malaysia Sdn Bhd masih belum menerima emas mereka dengan jumlah berat melebihi 4,000 kg, walaupun telah menyelesaikan bayaran.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, pihak bank menambah dokumen yang disita dari syarikat itu juga mendedahkan sesetengah pelanggan, yang telah menyerahkan emas mereka kepada syarikat itu, tidak pernah menerima bayaran balik tunai mereka yang jumlah keseluruhannya lebih dari RM80 juta.

“Perakaunan forensik awal telah mendedahkan kerugian besar yang dialami oleh syarikat itu pada tahun 2012. Syarikat mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.