MUAR: Seorang kerani sekolah agama di Bukit Pasir dipercayai telah dirogol dan dibunuh di rumahnya di Sungai Terap di sini, Isnin.
Azman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, ditemui mati terbaring dekat bilik tidurnya di rumahnya di Taman Setia Kasih di sini.
"Siasatan awal mendapati mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel dan terdapat juga kesan darah dan kunci rumah berhampiran mayatnya.
"Barang-barang kepunyaan mangsa seperti beg tangan, telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri juga telah hilang," katanya dalam satu kenyataan media.
Pihak polis bagaimanapun tidak menunggu lama apabila dilapor telah berjaya menahan enam lelaki warga Nepal yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang kerani Sekolah Agama Sungai Raya, Sungai Terap, Muar, petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kesemua suspek yang berusia 25 hingga 43 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.
Memetik laporan Harian Metro, Azman memberitahu, pihaknya menerima menerima panggilan kecemasan tentang kejadian tersebut kira-kira jam 5 petang pada Isnin.
Susulan itu, beberapa anggota polis telah bergegas ke lokasi iaitu rumah mangsa sebelum menjumpai seorang wanita terbaring dalam keadaan separuh bogel dengan kesan jerutan di leher di depan sebuah bilik.
“Berikutan itu, kami menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejak penjenayah berkenaan.
“Pada masa sama, kami menahan enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, pada Selasa.
Difahamkan, beberapa barangan berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri serta telefon bimbit didapati hilang.
Kes pembunuhan wanita bernama Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29; ini mendapat tumpuan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi mengenangkan nasib cahaya mata mangsa yang baru berusia 11 bulan.
No comments:
Post a Comment