Tuesday, 31 July 2012

GEMPAR!!! IBU PENULIS BLOG BAKAR DIRI PROTES KERAJAAN...???

Ibu penulis blog Vietnam bakar diri protes kerajaan
Ta Phong Tan


HO CHI MINH CITY - Ibu kepada seorang penulis blog, yang memprotes tindakan kerajaan menahan anaknya, mati selepas membakar dirinya di hadapan sebuah pejabat kerajaan di sini semalam.

Beliau memprotes terhadap penahanan anak perempuannya, Ta Phong Tan, yang menghadapi tuduhan menyebarkan propaganda antikerajaan, kata seorang lagi anaknya kepada BBC Vietnam.

Laporan itu menyebut bahawa Dang Thi Kim Lieng telah pergi seorang diri wilayah selatan Wilayah Bac Lieu.

Anak perempuannya, 43, dibicarakan pada bulan Ogos lalu dan boleh dipenjara selama 20 tahun.

Kim Lieng pergi ke bangunan kerajaan yang terletak di Bac Lieu secara bersendirian, tanpa memberitahu sesiapa, katanya.

Pihak polis tidak membuat sebarang komen. Tetapi aktivis dan peguam berkata dia mati sejurus dibawa polis ke hospital di Ho Chi Minh City.

Beliau amat bimbang dengan nasib anak perempuannya itu, yang tidak dapat dilihat sejak ditahan pada Sepetember lalu.

Phong Tan telah ditangkap oleh pihak berkuasa bersama beberapa penulis blog lain, yang juga dituduh menghasut untuk kebebasan media dan sedikit toleransi.

Beliau seorang bekas anggota polis telah membuat laporan ke atas polis yang telah menyalahgunakan kuasa.

Polis mengecam penulisan beliau sebagai bahaya dan didakwa  mengecam pihak komunis dan negeri.

Phong Tan telah menghasilkan sebilangan besar artikel dalam Free Journalists Club, yang telah diharamkan, untuk mengkritik kerajaan.

Beliau menafikan semua tuduhan terhadapnya.

Beliau menunggu untuk dibicarakan bersama penulis lain, Phan Thanh Ha, yang menulis tentang pelbagai isu sensitif, termasuk pertikaian dengan China ke atas sempadan maritim, tuduhan rasuah dan kajian terhadap penentangan terkenal.

Human Rights Watch menuduh kerajaan Vietnam menindas rakyat dengan menahan puluhan aktivis ~ Sinar Harian

TAHUKAH ANDA 'DAGING HARIMAU MENANGIS'...???

daging harimau menangis
Gambar Hiasan

Daging lembu yang bercampur lemak tidak tepu atau dikenali sebagai daging ‘harimau menangis’ menjadi rebutan pada bulan puasa memandangkan bahagiannya yang terhad pada seekor lembu.
Peniaga daging, Mohd Rozi Abdullah, 46 berkata, kebanyakan pelanggan di gerainya yang terletak di Pasar Cabang Tiga Pengkalan Chepa, di sini lebih gemar mendapatkan bahagian itu untuk dimasak secara bakar.
“Di Kelantan, daging ini lebih dikenali sebagai ‘daging senonok’ dan ada pula yang memanggilnya ‘daging batang pinang’ yang biasanya dibakar berempah untuk dijadikan lauk dalam nasi kerabu.
“Daging ini bercampur lemak tidak tepu dan ada juga di kalangan pelanggan yang gemar membakar daging ini untuk dicicah dengan air asam,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Mohd Rozi berkata, permintaan daging itu dua kali ganda pada bulan puasa berbanding hari biasa.
Menurutnya, daging tersebut dijual dengan harga RM20 sekilogram dan ia terhad kerana kedudukannya hanya berada dua bahagian pada seekor lembu yang disembelih.\
“Daging ini terletak di bahagian celah paha bahagian kaki belakang lembu dan biasanya bagi penggemar daging ini, mereka mendapatkannya seawal jam 8 pagi,” katanya.

Dia yang sebelum ini meniaga ayam di pasar itu (pada hari biasa) mengambil inisiatif meniaga daging lembu ‘harimau menangis’ bagi memenuhi permintaan pelanggan.
Katanya, sejak meniaga daging tersebut bulan ini, ia memberi kepuasan kepadanya dan berhasrat meneruskan perniagaan berkenaan bergantung pada permintaan pembeli.

INTERESTING AROWANA....

It is quite an ordinary fish at first sight, called arowana, but this fish has an interesting way of breeding.

A very unusual fish (5 pics)


The role of a "mom" is pretty minimal - lay eggs directly into the mouth of the "dad".
And the dad has to keep its young children in the mouth until they go out.


A very unusual fish (5 pics)



A very unusual fish (5 pics)



A very unusual fish (5 pics)



A very unusual fish (5 pics)



YDP AGONG PERKENAN PERLANTIKAN LAJIM UKIN DIBATAL SERTA MERTA


pic.twitter.com/jVxV4x0a

KUALA LUMPUR  – Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.
Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersamaFasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.
Beliau bagaimanapun masih kekal sebagai anggota Umno.
Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu, dilaporkan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Najib kemudian pada satu majlis di Pekan dilaporkan berkata kedudukan Lajim sebagai timbalan menteri akan diputuskan pada Isnin.
Lajim, 57, dipilih ke Parlimen pada pilihan raya umum 2008 menggantikan penyandang kerusi Beaufort, Azizah Mohd Dun selepas menewaskan Lajim Md Yusof (PKR), dengan majoriti 10,914 undi.
Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan pada tahun 2008 sebelum ditukarkan portfolio kepada Timbalan Menteri Perumahan dan KerajaanTempatan pada 2009.

INILAH PUNCA SEBENAR PAS SAYANG DAP...!!!


Hari ini segalanya terjawab sudah. Baru kami tahu mengapa "ulama' muktabar" PAS seorang ini begitu sukar untuk menerima salam perpaduan daripada UMNO.

Memang satu perkara yang agak memeningkan apabila PAS diajak bersatu, syarat utamanya UMNO perlu terima Islam dahulu. Walhal, orang UMNO sama akidah dan mazhab (mungkin) dengan mereka, tetapi mengapa DAP yang begitu kuat menentang Islam pula mereka begitu senang bersama?!!

Ini rupanya sebab sebenar mengapa PAS kini begitu akrab dengan DAP. Mereka bukan setakat mempunyai berkongsi tekad perjuangan untuk menumbangkan kuasa orang Melayu, bahkan mereka sebenarnya mempunyai AKIDAH yang sama!

Kepada pembaca yang kurang faham dengan apa yang kami maksudkan di atas, artikel-artikel di bawah ini boleh menjelaskan segalanya:

DI SINI....... DI SINI ....... dan..... DI SINI

Maka, terjawablah sudah sebab musabab mengapa pemimpin PAS begitu tegar..............
 


PAS JANGAN SALAHKAN UMNO....DAP KEKAL PENDIRIAN TOLAK HUDUD..!!!



SHAH ALAM – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sekali lagi menegaskan pendirian partinya, yang tidak menyokong perlaksanaan negara Islam di Malaysia dan perlaksanaan undang-undang hudud oleh Pas.


Menurut Guan Eng, pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah, namun bersetuju dengan pelaksanaan negara berkebajikan oleh Pas yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan.


Namun, menurutnya, DAP dan Pas sama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta perlaksanaan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus.
“DAP dan Pas boleh bekerjasama untuk masa depan rakyat Malaysia berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini.
“Ini kerana, DAP dan Pas, telah menandatangani dasar bersama yang menyatakan kerangka kerjasama kita dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan PR masa depan.
“Jelas dasar bersama tersebut tidak menyebut tentang perlaksanaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat masa depan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mendakwa, tindakan MCA dan Gerakan meneruskan serangan yang tidak bertanggungjawab dan tidak jujur kononnya DAP menyokong Pas dalam perlaksanaan undang-undang hudud dan penubuhan negara Islam menampakkan keadaan terdesak mereka untuk meraih kembali sokongan yang sudah hilang.
“MCA dan Gerakan seperti pesalah yang melemparkan tuduhan dahulu dengan cubaan mereka untuk menutup segala kegagalan menuntut tindakan terhadap pemimpin Umno yang menyokong perlaksanaan hudud malah ke atas bukan Islam,” katanya.
Justeru katanya, Umno yang ingin melaksanakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam adalah lebih ekstrim berbanding Pas yang hanya ingin melaksanakannya ke atas orang Islam. – Sinar Harian.


ANWAR TAWAR WANG KEPADA LAJIM...????

‘Lajim Ikut Nasihat Anwar’ - Puad Zarkashi

SHAH ALAM – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam keputusan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan perletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Sabtu lalu.
Beliau berkata, Lajim mengambil keputusan itu kerana mengikut nasihat Anwar yang didakwa berkemungkinan menawarkan wang kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.
“Tidak mustahil pendekatan kewangan telah digunakan oleh Anwar yang menasihati Lajim untuk meletakkan jawatannya setelah melihat kata duanya tidak didengari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kita tahu yang Anwar sekarang juga digelar ‘3 billion Man’ seperti yang dilaporkan media sebelum ini. Maka, berkemungkinan dia menggunakan sumber kewangan itu untuk memujuk Lajim meninggalkan parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya lagi, sebelum ini Lajim yang mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) sejurus selepas peletakan jawatannya dikatakan cuba bermain tarik tali dan melambatkan tindakannya melepaskan jawatan ahli Umno.
Menurutnya, Lajim sengaja melambatkan tindakan dan membuat urusan tawar-menawar kepada parti. Malah, apabila pendekatan yang digunakan tidak berkesan, dia mula merancang melepaskan kedua-dua jawatan itu.
“Tindakan itu tidak memberi implikasi buruk kepada Barisan Nasional (BN), kerana tiada impak ahli kita yang keluar beramai-ramai mengikut jejak langkahnya. Kita sedikit pun tidak hairan kepadanya,” katanya.
Katanya, tindakan Lajim itu tidak beri kesan kepada penentuan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dibuat Perdana Menteri. – SInar Harian.

ZUNAR MENANG SAMAN KE ATAS KERAJAAN

Zunar menang kes saman kerajaan

KUALA LUMPUR - Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar, hari ini menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Zunar.
Pada 15 Jun tahun lalu, Zunar memfailkan saman sivil ke atas kerajaan Malaysia dan empat defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj pada 2010.
Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Dipetik oleh The Star hari ini, Zunar berkata, keputusan mahkamah hari ini sebahagian kemenangan bagi kesemua kartunis politik memandangkan Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang, tetapi penahanan Zunar adalah sah pada waktu itu.
SH

PENANGGUHAN PENSWASTAAN PENANG PORT : BUKTI DAP RASIS




Reaksi buruk dari pemimpin cina DAP PulauPinang terhadap langkah Putrajaya untuk menjual Pelabuhan Pulau Pinang kepada jutawan logistik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary membuktikan cina DAP pulau Pinang memag rasis.

Mereka sanggup menangguhkan  penswastaan pelabuhan itu kepada selepas pilihan raya umum (PRU) hanya kerana Tan Sri Mokhtar adalah orang Melayu dan bumiputera.

Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) dan pemimpin cina DAP mahu menyerahkan pelabuhan tersebut kepada Seaport Terminal Sdn Bhd itu kepada ahli perniagaan cina sedangkan kerajaan BN mahukan pelabuhan itu dimiliki oleh Syed Mokhtar.

Ini bukti bahawa pemimpin cina DAP bersikap rasis didalam perniagaan dan cuba menyekat bumiputera daripada memonopoli seperti yang mereka lakukan di Malaysia.

SRO