Thursday, 12 July 2012
AIR LAUT TIBA-TIBA MEMBEKU {FOTO}
Ada sumber menyebut bahawa air laut yang tiba-tiba membeku ini terletak di Pakistan.
Walau bagaiamapun, terdapat juga sumber mengatakan ianya adalah lautan di Constanta, Romania.
Suhu di situ sangat rendah dan fenomena itu disebabkan olah percampuran antara air masin dan air tawar di lautan tersebut....wallahu'alam.
SEMAK KEPUTUSAN UPU MULAI ESOK, 13 JULAI 2012....
Keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM atau setaraf dengannya boleh disemak mulai 13 Julai 2012. Semakan UPU boleh dibuat secara online mahupun mengugunakan sistem pesanan ringkas (SMS). Kepada semua calon STPM 2011 yang telah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan melalui tarikh yang ditetapkan.
Keputusan permohonan boleh dibuat melalui langkah yang diberikan dibawah ni.
Menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS);
UPU RESULT (No. Kad Pengenalan) dan SMS ke 15888.
UPU RESULT (No. Kad Pengenalan) dan SMS ke 15888.
Calon juga boleh membuat semakan menrusi laman web Kementerian Pengajian Tinggi, upu.mohe.gov.my ataupun dengan menghubungi talian HotlineHelpline – 03-8870 67673-8870 6777 untuk bantuan dan pertanyaan lanjut.
GOOD LUCK......
SIAPA AKAN ISI BAKI 30 KERUSI PEMBANGKANG..???
Kekalutan pembahagian kerusi yang akan ditandingi oleh pakatan pembangkang dalam PRU 13 hingga ke hari ini seakan belum menemui titik noktahnya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP mendakwa partinya hanya akan bertanding di sekitar 60 kerusi parlimen sahaja, kurang 30 berbanding jumlah pembahagian yang didedahkan kepada umum sebelum ini.
BERAPA BANYAK RUMAHTANGGA RUNTUH GARA-GARA PAS...???
KOTA BHARU - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Hj Alwi Che Mat berkata isu-isu seumpama itu telah kerapkali didengar bukan sahaja hari ini malah sebelum ini lagi.
Cuma ujar beliau perkara berkenaan tidak didedahkan kepada umum dan tidak hairan isu perceraian akibat perbezaan ideologi politik berlaku di negeri yang dipanggil Serambi Mekah itu.
POLIS DAN BAPA BINATANG!!! ROGOL BUDAK..!!!
Hiasan
BANGKOK: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun memfailkan aduan polis terhadap lima lelaki, termasuk tiga anggota polis dan bapanya sendiri, kerana menuduh mereka merogolnya.
Polis Nong Sua menahan Somnuek Pokkati, 42 di rumahnya di tambon Nong Sam Wang sebaik saja anak perempuannya membuat aduan rogol, semalam.
Remaja itu berkata, bapanya merogolnya berkali-kali sejak usianya tujuh tahun.
Somnuek menafikan dakwaan itu.
Anak perempuannya membuat aduan di balai polis Nong Sua di wilayah Pathum Thani semalam dengan bantuan pekerja sosial, Siplachai Khenpa.
Remaja itu baru memulakan kerja sebagai polis lalu lintas sukarela di balai polis Pratunam Chulalongkorn di daerah Thanyaburi.
Katanya, tiga anggota polis trafik dari balai tempat dia bekerja, mabuk dan merogolnya di sebuah hotel.
Dia berkata, dia melarikan diri dan mendapatkan teksi. Selepas memberitahu kepada pemandu apa yang berlaku, dia dibawa ke sebuah hotel lain dan pemandu itu merogolnya.
Silpachai berkata, remaja itu dibawa ke rumah untuk kanak-kanak dan wanita didera di Pathum Thani oleh seorang dewasa yang dia percayai.
Ketua Polis Nong Sua, Kolonel Bancha Tipayanot berkata, siasatan akan mengambil masa kerana banyak perkara yang perlu diambil kira.
Katanya, tarikh tepat tuduhan rogol remaja itu terhadap anggota polis dan pemandu trafik masih belum dapat dipastikan lagi. - Bangkok Post.
sumber : myMetro
BOT MEWAH KARAM
LOS ANGELES - Sebuah bot mewah yang baru dijual pada harga AS$3.2 juta (RM10.17 juta) didapati karam di dermaga Tahoe Keys Marina di Tasik Tahoe Selatan, California pada Isnin lalu.
Menurut beberapa penduduk, mereka mendengar bunyi kuat pada malam Ahad lalu.
Bagaimanapun, punca yang menyebabkan bot itu karam masih belum diketahui. - Agensi
PENCURI KAIN KAFAN TEMUI 7 JENIS MAYAT PELIK
Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah Ta'ala. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
KELEBIHAN WANITA ISLAM.....
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu
lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
70 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,
derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan
dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan,
lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab
baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu
setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000
lelaki yang jahat.
22. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu badan)akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga
500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam
syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat
daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya
dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala
ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn), maka
malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib
baginya.
37. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
38. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala 7 tola perak.
39. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki syurga.
40. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.
41. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberatiauratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
SubhanAllah~~~
KEPALA BERLUBANG TAPI MASIH HIDUP...!!!
This man from Sichuan ws in some sort of accident that left a fist-sized hole in his head.
This photo was taken in Taiyun, China on the street, where you can clearly see the man getting along in a wheelchai, despite the massive hole in his head.
We have been unable to find out how it happened or what effect it has had on the man, but you have to admire this man's courage and strength to continue living.
RAKYAT MALAYSIA SUDAH HILANG SIFAT KEMANUSIAAN...???
Seorang ibu tunggal warga emas maut dipercayai setelah diragut dan terseret kira-kira 10 meter dalam kejadian yang berlaku di tempat letak motosikal di Blok J, Flat Padang Tembak dekat sini pagi semalam.
Lebih malang, kejadian yang menimpa mangsa, Tan Kim Chuan, 60, sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kepala itu hanya disedari dua orang penduduk berdekatan lapan minit kemudian.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi di kawasan tempat letak motosikal yang terletak di belakang blok flat yang agak sunyi.
Mangsa difahamkan baru keluar dari rumahnya untuk ke kedai kopi tempat dia bekerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.
Mangsa yang cedera parah di kepala akibat terhantuk di atas objek keras mati di Hospital Pulau Pinang selepas sembilan jam menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian otak.
Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan perumahan terbabit.
Berdasarkan rakaman CCTV itu, mangsa dilihat terbaring di kawasan letak motosikal tanpa dihiraukan beberapa penduduk yang lalu-lalang beberapa minit selepas dia dipercayai diragut.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman CCTV berkenaan bagi mengecam kedua-dua suspek.
Lebih malang, kejadian yang menimpa mangsa, Tan Kim Chuan, 60, sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di kepala itu hanya disedari dua orang penduduk berdekatan lapan minit kemudian.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi di kawasan tempat letak motosikal yang terletak di belakang blok flat yang agak sunyi.
Mangsa difahamkan baru keluar dari rumahnya untuk ke kedai kopi tempat dia bekerja di Lebuh Carnavon sebelum beg tangannya diragut dari arah belakang oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.
Mangsa yang cedera parah di kepala akibat terhantuk di atas objek keras mati di Hospital Pulau Pinang selepas sembilan jam menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian otak.
Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan perumahan terbabit.
Berdasarkan rakaman CCTV itu, mangsa dilihat terbaring di kawasan letak motosikal tanpa dihiraukan beberapa penduduk yang lalu-lalang beberapa minit selepas dia dipercayai diragut.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sedang meneliti rakaman CCTV berkenaan bagi mengecam kedua-dua suspek.
SUAMI PAS CERAIKAN ISTERI UMNO.... ANGKARA HASUTAN CERAMAH PAS..????
RAUT wajah Yahaya Ibrahim, keluar dari mahkamah selepas menceraikan isterinya, Che Hasnah Che Ahmad (kanan) dengan talak satu kerana tidak sefahaman tentang parti politik yang disertainya di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas, semalam. - UTUSAN
PASIR MAS 11 Julai - Usia perkahwinan yang menjangkau 14 tahun sepatutnya menjadikan hubungan kasih sayang antara suami isteri semakin erat.
Namun hanya disebabkan perbezaan fahaman politik, perasaan cinta yang terjalin hilang sekelip mata sehingga si suami sanggup menceraikan insan yang menjadi sebahagian daripada hidupnya.
Itulah nasib yang menimpa Che Hasnah Che Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, apabila suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, menganggapnya sebagai sesat kerana tidak menyokong Pas dan menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas di sini hari ini.
Proses penceraian ke atas beliau berlangsung di Mahkamah Syariah.
Menceritakan kisah yang menyedihkan itu, beliau merupakan seorang ahli Umno yang aktif di kawasannya, memberitahu beliau mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, dalam lingkungan 70-an, kira-kira 15 tahun lalu, atas dasar suka sama suka.
Menurutnya, ketika itu lelaki itu seorang penyokong Pas, tidak kisah dengan fahaman politik yang dipegangnya, tetapi beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan yang dipegang dalam Wanita Umno bagi menghormati pendirian suami.
“Bagaimanapun, awal bulan lepas, kami bergaduh besar. Ia berlaku selepas saya menghadiri majlis cabutan bertuah yang diadakan di Tanah Merah.
“Saya tidak tahu pun bahawa (bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr) Hasan Ali hadir dalam majlis tersebut,” katanya.
Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu kerana mengkritik parti secara terbuka.
Menurutnya, selepas beliau memaklumkan perkara itu kepada suaminya, suaminya mula mempertikaikan tindakannya turut berada di majlis yang sama.
Pergaduhan bermula di situ dan akhirnya, Awang memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu.
Mereka pernah berkahwin sebelum ini dan tidak mempunyai anak.
Beliau mendakwa, tidak pernah menghalang Awang menyertai mana-mana ceramah politik dan kecewa kerana suaminya pula mengugutnya hanya kerana beliau menghadiri satu ceramah yang dihadiri bekas pemimpin Pas.
Katanya, beliau sudah banyak kali berjumpa dengan imam di kawasan itu mengenai pertelingkahan dengan suaminya dan mendapatkan nasihat bagaimana hendak menyelamatkan rumah tangga mereka.
Bagaimanapun, katanya, perkahwinan mereka tidak dapat diselamatkan kerana suaminya terus mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan membuat keputusan untuk failkan cerai di Mahkamah Syariah.
Beliau juga mendakwa sikap bekas suaminya ini berubah menjadi terlalu sensitif dan panas baran apabila berhadapan dengan perkara berkaitan politik selepas sering menghadiri ceramah politik, yang diadakan setiap hujung minggu, di beberapa tempat di kawasan kediaman
mereka.
Beliau syak suaminya itu dihasut rakan-rakan yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas, sehingga berasa tercabar dan mengambil tindakan menceraikannya kerana perbezaan fahaman politik.
“Sebelum memfailkan cerai, bekas suami saya berkata dia tidak mahu lagi tinggal di rumah bersama saya, tetapi mahu berpindah ke rumah anak-anaknya, yang terletak hampir satu kilometer daripada rumah kami.
“Tindakannya itu menguatkan lagi telahan saya bahawa dia sudah tidak sayangkan saya lagi, sebaliknya mengutamakan politik daripada isteri sendiri,” katanya.
'IMAM MAHADI' SEDANG MENGASASKAN AJARAN SESAT BARU.....???
Kematian seorang blogger, Khalil Afandi Abd. Hamid selepas terkena tembakan di tangan dan bawah perut Isnin lalu menyebabkan satu demi satu sisi gelap lelaki itu dibongkar dengan terbaharu dia disyaki cuba menubuhkan kumpulan ajaran sesat sendiri berdasarkan pemikiran ekstremnya.
Sumber memberitahu, siasatan lanjut polis terhadap bapa kepada seorang anak tersebut mendapati dia tidak cenderung kepada mana-mana kumpulan ajaran sesat yang sedia ada di negara ini.
Katanya, pemerhatian di laman blog milik Khalil Afandi, jayanegara1234.blogspot.com mendapati lelaki itu masih tercari-cari ideologi songsangnya tetapi menggunakan nama Imam Mahdi sebagai langkah awal menyokong tindakan melampaunya itu.
“Pemantauan kami mendapati Khalil Afandi bukan seorang pengikut ajaran sesat. Sebaliknya dia mula berjinak-jinak untuk memperjuangkan ‘sesuatu’ berdasarkan pemikiran sendiri.
“Blog milik si mati juga baru beroperasi sejak Mei lalu dan gaya penulisannya semata-mata hendak menarik minat pembaca blog Jaya Negara. Bagaimanapun, dia masih belum mempunyai pengikut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Selasa lalu, Kosmo! melaporkan dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, Khalil Afandi, 47, yang menggelarkan dirinya sebagai Imam Mahdi mati selepas terkena tembakan di bawah perut dan tangan setengah jam kemudian manakala rakannya, Muhdalina Ahmad, 28, cedera di peha.
KAWASAN rumah Khalil Afandi yang sunyi
Subscribe to:
Posts (Atom)