GARA-GARA TEWAS DLM FINAL BOLASEPAK SUKAN SEA XXVI......Laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai telah digodam pagi ini.
Tinjauan ke laman tersebut hanya menemukan paparan yang memberitahu ia sedang dikemas-kini.
Sumber memberitahu laman tersebut digodam dengan penggodam meninggalkan gambar bendera Malaysia sedang dikencing atasnya oleh pihak tertentu.
Tindakan itu katanya tidak melibatkan kandungan penulisan atau bahan lain tetapi bersifat‘defacement’ iaitu mengubah visual laman web berkenaan.
Kemahiran seperti itu biasanya dimiliki ‘system crackers’ yang akan menceroboh masuk ke pelayan web (server) dan mengubah rupa hadapan sesuatu laman web itu.
“Kejadian itu dapat dikesan dengan pantas dan laman web 1Malaysia ditutup sebentar hari ini,” katanya.
Sumber itu bagaimanapun tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.
Bagaimanapun, menjangkakan sentimen anti Malaysia yang dipertontonkan penyokong Indonesia terutama semenjak kalah pingat emas pada Sukan SEA Isnin lalu mungkin petanda tindakan menggodam itu dilakukan oleh pihak dari negara berkenaan.
Mungkin penduduk negara itu masih menghadapi kesukaran dan tekanan jiwa yang agak tinggi apabila dimalukan pasukan Harimau Muda sebanyak dua kali dalam masa seminggu.
Difahamkan, pihak Cybersecurity Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) sedang berusaha mengaktifkan semula laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyifatkan perbuatan menggodam laman web 1Malaysia sebagai sabotaj luaran yang ada kaitan dengan kemenangan pasukan bola sepak negara di Sukan Sea di Jakarta baru-baru ini.
Menurut beliau, sejak Malaysia menang perlawanan bola sepak tempoh hari, sudah 129 godaman dilakukan terhadap laman-laman web di negara ini.
Malangnya tindakan undang-undang tak dapat diambil lantaran godaman itu berpunca dari luar negara.
Difahamkan, pihak Cybersecurity Malaysia serta Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) sedang berusaha mengaktifkan semula laman web 1Malaysia milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Demikian dimaklumkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.
Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan bila laman berkenaan akan aktif semula.
Sehingga pukul 6 petang tadi, laman web tersebut masih ditutup dan dikemas-kini.
SUMBER ::: mynewshub.my