Setelah beberapa kali menafikan penglibatannya dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu, pemimpin MNLF, Nur Misuari kini mengaku bahawa tenteranya terlibat didalam insiden berdarah di Sabah yang kini mengorbankan 30 orang tersebut.
Didalam satu temubual ekslusif bersama media tempatan Filipina, SunStar Davao, Misuari mengaku ada sebilangan tenteranya terlibat didalam pencerobohan keatas kawasan negara Malaysia.
Bagaimanapun, dia menafikan bahawa tindakan kumpulan tentera terbabit mendapat arahan dari beliau sebaliknya mereka bertindak di atas kehendak sendiri.