Laluan untuk ke Masjid Salam itu turut dicemari dengan darah babi
Awal tahun ini, negara digemparkan dengan penemuan beberapa kepala babi masjid di Selangor ....
Sebelum itu.... ianya juga berlaku di Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru.
Berita lihat Panglima
KUALA LUMPUR: Empat kepala babi bersama wang tunai diletakkan di dua masjid di sini awal pagi tadi. Masjid terbabit ialah Masjid Imam At-Tirmizi di Taman Seri Sentosa dan Masjid Jumhuriyyah Taman Dato’ Haron di Petaling Jaya. Masing-masing dua kepala dengan wang tunai RM35 dan RM40 diletakkan di setiap masjid berkenaan.
Lagi gambar dan berita lihat BERITA SEMASA.
Rupa-rupanya insiden pencemaran masjid dan cabaran kepada Umat Islam itu tidak hanya berlaku di Malaysia..malah di Perancis juga...
MONTAUBAN - Islamofobia dilihat telah meningkat di Perancis susulan daripada penemuan dua kepala babi di luar masjid di bandar Montauban, kelmarin yang turut mencetuskan kemarahan Orang Islam di kawasan itu.
Pengeruai Pemerhati Islamofobia, Abdallah Zekri berkata, perbuatan biadab seperti ity yang dilakukan pada bulan Ramadhan sememangnya berunsur provokasi perkauman.
Dalam satu kenyataan, Daruk Bandar Montauban, Brigitte Bareges turut mengutuk tindakan pihak yang tidak menghormati agama Islam dengan meletakkan dua kepala babi tersebut pada tiang berhampiran pintu masuk Masjid Salam itu.
Beberapa khabir angin mendakwa kejadian menggemparkan tersebut mungkin bermotifkan dendan susulan daripada insiden suspek dikenali sebagai Mohammed Merah yang menembak mati tujuh bangsa Yahudi di bandar tersebut pada Mac lalu.
Sementara itu konflik di antara pihak berkuasa Perancis dengan masyarakat Islam di Perancis juga dilihat semakin meningkat. Selasa lalu susulan pemecatan empat jurulatih di sebuah kem musim panas hanya kerana mereka berpuasa.
Dianggarkan 5 juta orang Islam di negara tersebut terpaksa berhadapan dengan layanan buruk sesetengah pihak yang terlalu mengamalkan perkauman dan diskriminasi agama - Sinar