Tuesday, 18 September 2012

APABILA KERJASAMA PAS + DAP LEBIH HARAM DARI SUMBANG MAHRAM...........



Status hubungan Pas-DAP masih menjadi tanda tanya banyak pihak setelah Majlis Syura Ulama Pas baru-baru ini memutuskan bahawa mantan Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa yang terlibat dalam konflik dengan Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan DAP berhubung tuduhan anti Islam dan anti hudud, kekal sebagai ahli Pas.
Kenapa kita kata tanda tanya? Sebab sekarang kita tahu bahawa DAP adalah parti anti Islam seperti yang disebutkan Nasha dan diperakui sendiri oleh Majlis Syura Ulama, tapi aneh Pas masih meneruskan kerjasama dengan parti berlambangkan roket tersebut.

NGEH KURANG AJAR..!!! BIADAP...!!! BLOGGER PCT BUAT LAPORAN POLIS..!!!





Kumpulan bloggers yang mewakili Perak Cyber Troopers (PCT)  dibalai IPD Ipoh membuat laporan polis terhadap kebiadapan Ngeh Koo Ham yang menghina umat islam dalam twitternya ....

Walaupun ianya sekadar soalan tetapi pertanyaan itu berbentuk provokasi mempersenda dan menghina umat Islam yang menentang filem menghina Nabi - Innocence of Muslims.

Siapa Ngeh Koo Ham untuk menghina tindakan umat Islam di negara ini...???

















Kenapa Ngeh tidak mempersoalkan demikian kepada umat Islam yang menyertai BERSIH yang turut disetainya dulu....???

TERBUKTI..... NGEH ANTI-ISLAM....!!!!
PAS MASIH NAK BERSEKONGKOL LAGI KE...???


APA TINDAKAN PAS BILA NGEH BIADAP DAN KURANG AJAR.. PERSOALKAN UMAT ISLAM BANTAH INNOCENCE OF MUSLIMS !!!

dapkurangajar

PETIKAN DARI Agenda Daily :

Makin menjolok mata perangai dan tutur kata pemimpin DAP sejak akhir-akhir ini, terbaru Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham cetus kontroversi dengan persoal apakah protes umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims sebagai buang masa dan tenaga.
Beliau tweet begitu sebagai mengulas tindakan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin yang sebelum ini kuat mengecam penyebaran filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu.
Khairy yang tidak tunggu lama terus balun Ngeh yang disifatkan beliau sebagai amat tidak sensitif dengan perasaan umat Islam juga kedudukan Nabi SAW di dalam Islam.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, perkara tersebut amat malang sekali memandangkan beliau seorang rakyat Malaysia tetapi masih tidak mempunyai pengetahuan asas tentang Islam dan juga sensitiviti Muslim.
"Saya harap PAS sebagai rakan kongsi DAP dapat mengecam kenyataan Ngeh sebab apa yang dia kata itu dituju juga kepada Pas dan takkan Pas nak terima penghinaan seperti itu," kata beliau lagi dipetik Sinar Harian.
Mesej Koo Ham antara lain berbunyi, "Khairy mahu Muslim protes membantah Sam Bacile. Bagi Islam atau bagi kepentingan politik? Adakah Muslim membuang masa dan tenaga dalam berhubung perkara ini?"
Sementara itu, Agendadaily sejak semalam menerima email-email dari Pemuda PAS yang meminta orang ramai termasuk para ulama turun berhimpun bagi membantah filem tersebut di Masjid Tabung Haji Jalan Ampang pada Jumaat ini.
Poster-poster yang disebarkan tunjuk himpunan tersebut dinamakan Himpunan Jutaan Umat yang dianjurkan oleh PAS dan bakal disertai NGO-NGO Islam lain.
Dengan tindakan Ngeh ini, ramai yang tertunggu-tunggu apakah komen atau reaksi dari PAS?
Apakah mereka hanya diam kerana DAP merupakan rakan politik atau sebaliknya. Sama-samalah kita tunggu reaksi PAS lepas ini

INDONESIA DESAK MALAYSIA DIKELUARKAN DARI ASEAN...????!!!!

Hiasan

Kenyataan melampau dari Indonesia yang tidak puashati dengan tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang menembak mati beberapa orang TKI (Tenaga Kerja Indonesia) di dalam beberapa kejadian rompakan bersenjata yang berlaku di negara ini. 

PDRM bukan suka-suka hati nak melepaskan tembakan terutama ketika bertugas. Biasanya tembakan terpaksa dilepaskan bila suspek enggan mematuhi arahan yang dikeluarkan ataupun pihak PDRM perlu mempertahankan diri apabila pihak suspek melepaskan dan berbalas tembakan.

Berikut adalah sebahagian petikan dari gatra news yang menyiarkan berita tersebut :


Jakarta  -  Malaysia harus dieklusi atau dikeluarkan dari anggota ASEAN karena sering menembak mati, seperti yang baru menimpa 5 orang TKI baru-baru ini karena dituduh hendak melakukan perampokan.
"Kasus penembakan WNI sudah menjadi trend baru, sehingga Malaysia sudah bukan lagi negara yang menganut hukum dan menghormati HAM. Sudah sepatutnya Malaysia dieksklusikan dari ASEAN," kata Anggota Komisi IX DPR RI Poempida Hidayatulloh di Jakarta, Sabtu.
Seterusnya baca di GATRA news

YOUTUBE MASIH BERDEGIL, TIDAK SENSITIF...!!!


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan YouTube sebagai tidak sensitif terhadap kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana ia masih belum membuang klip filem ‘Innocence of Muslims’ daripada senarainya.

“Itulah bagaimana mereka tidak sensitif,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Rais berkata, kebebasan bersuara tidak termasuk menyebab atau menimbulkan kebencian di kalangan umat Islam terhadap orang yang menghina agama mereka.

Memandangkan bantahan meluas dalam dunia Islam, beliau berkata, YouTube mempunyai setiap sebab untuk mengeluarkan filem anti-Islam daripada senarainya.

“YouTube nampaknya tidak sedar kepada kekacauan yang disebabkannya. Pemilik YouTube tidak layak dilepaskan daripada kemarahan umat Islam atau tindakan undang-undang,” katanya.

Rais berkata, pendakwa raya berhak untuk mengheret pihak yang menyebabkan keadaan tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, pihak berkuasa boleh menggunakan kuasanya mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia.

Filem itu dikutuk umat Islam dan Gereja Kristian Ortodoks Koptik sebagai ‘sebuah filem yang bersifat menghasut’ manakala Majlis Gereja Sedunia berkata filem itu ‘satu penghinaan kepada agama Islam’. - Bernama

BERSIH 3.0 PUNYA PASAL, 10 RIBU MASIH TUNGGU KELULUSAN TUNAI HAJI.....


MyMassa ingin menyampaikan permintaan para jemaah haji yang masih menunggu kelulusan tambahan sebanyak 10,000 lagi dari Kerajaan Arab Saudi kepada rakyat Malaysia. Malahan, syarikat-syarikat Swasta yang telah berpuluh-puluh tahun menguruskan jemaah haji melalui pakej turut merasa bahangnya apabila mereka dianggarkan kerugian lebih RMM50 Juta ringgit.

Antara syarikat-syarikat yang sudah establish seperti Tabung Haji Travel, Andalusia, Reyha, Gemilang dan Zahafiz serta anak-anak syarikat lain telah mengutus surat kepada YAB Perdana Menteri pada 10 September 2012 yang lalu supaya campurtangan atas kelewatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mereka sangat berharap hubungan baik DS Najib dengan pemimpin-pemimpin Kerajaan Arab Saudi dapat menyelesaikan masalah ini. 

Pada tahun-tahun lepas, mereka berkata biasanya agihan pakej sebanyak 10,000 orang itu biasanya akan dapat diketahui pada hujung bulan Ramadan ataupun pada bulan Syawal. Namun, pada tahun ini walaupun rombongan jemaah Haji Malaysia kumpulan pertama sebanyak 320 orang sudah berlepas pagi Isnin semalam, jemaah-jemaah Haji Malaysia yang mengikuti Pakej-pakej swasta masih belum mendapat khabar mereka.

Apakah ini Angkara BERSIH 3.0 yang menyebabkan Kerajaan Arab Saudi menjadi semakin berhati-hati memberikan kouta tambahan itu? Khabarnya begitu. Inilah angkara mereka, kesannya diterima oleh para jemaah Haji Malaysia.

Namun begitu, kita berharap semoga Allah SWT mempermudahkan urusan ini. Labbaikallah Humma Lakalabbaik.... 

BERLAKON GANTUNG DIRI, BENAR-BENAR MATI TERGANTUNG...!!!


Mati Selepas Berlakon Babak Gantung Diri!

Brazil – Pelakon Tiago Klimeck, 27, yang secara tidak sengaja menggantung diri ketika berlakon dalam satu babak sempena perayaan Good Friday meninggal dunia selepas koma selama beberapa hari.
Ketika kejadian, Klimeck melakonkan babak menggantung diri namun selepas empat minit, barulah seorang lagi pelakon menyedari sesuatu berlaku ke atas Klimek.
Mereka kemudiannya mengangkatnya, namun Klimeck sudah tidak sedarkan diri.
Imbasan yang dijalankan doktor mendapati dia mengalami sesak nafas sehingga mengakibatkan otaknya tidak menerima oksigen.
Mesin hayat yang dipasang padanya telah dibuka semalam dan bedah siasat akan dilakukan.
Sementara polis akan menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku.
Persembahan itu diadakan setiap tahun di Brazil dan mendapat sambutan hangat daripada penonton.  

DAPATKAN SOALAN PERCUBAAN SPM 2012



Peperiksaan SPM 2012 akan dilangsungkan pada 5 November – 6 Disember 2012. Pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM 2012 tidak lama lagi tentu sedang giat mengulangkaji pelajaran untuk mendapat keputusan yang cemerlang pada SPM nanti.


Sedikit info tentang SPM :


Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM adalah sejenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini adalah 17 tahun, iaitu semasa di Tingkatan 5. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan menengah atas.

SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM, Matrikulasi atau kursus asas universiti. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.

Percubaan SPM 2012: 


Sebelum menghadapi peperiksaan sebenar, calon akan diuji dengan soalan percubaan supaya calon SPM dapat menilai tahap dan keupayaan sebenar sebelum menduduki SPM yang sebenar.


Kertas Percubaan SPM 2012 

Kertas Percubaan SPM 2012 Sekolah Berasrama Penuh

Kertas Percubaan SPM 2012 MRSM

Kertas Percubaan SPM 2012

Koleksi Kertas Percubaan SPM 2011, 2010, 2009 dan 2008

Semoga semua calon SPM 2012 akan mendapat keputusan yang cemerlang dan selamat menghadapi Peperiksaan SPM 2012.

Semoga ilmu yang kita perolehi akan diberkati dunia dan akhirat.

zikron

'PAK SHEIKH' MENGAKU AL-HAFIZ TAPI BACAAN DALAM SOLAT TIDAK BETUL....!!!

MENIPU...Sheikh terbabit berbual dengan AJK surau.
MENIPU...Sheikh terbabit berbual dengan AJK surau.

SUSPEK...lelaki terbabit yang diberi kepercayaan sebagai imam dan mengajar tadarus al-Quran. 
SUSPEK...lelaki terbabit yang diberi kepercayaan sebagai imam dan mengajar tadarus al-Quran.

KUALA LUMPUR  :   Kemahirannya ‘menjual air liur’ kononnya bergelar hafiz dan mempunyai pendapatan lebih RM100,000 sebulan membuatkan seorang lelaki diberi kuasa dan dijulang dengan penuh hormat oleh kariah masjid dan surau.

Menggelarkan dirinya ‘Sheikh’, lelaki yang mengaku berusia 31 tahun dari Terengganu itu dilantik menjadi pengerusi masjid dan surau, malah mengislamkan seorang lelaki dan wanita dengan disaksikan jawatankuasa surau yang terpedaya dengan temberang kehebatannya.

Dia juga diberi kepercayaan sebagai imam dan mengajar tadarus al-Quran.

Namun, tembelangnya pecah apabila seorang hafiz sebenar menjadi makmumnya ketika solat dan menyedari kesalahan ayat dibaca lelaki terbabit, lalu menegurnya.

Bertitik tolak daripada itu, jawatankuasa surau satu kawasan perumahan di Kepong mula melakukan siasatan dan akhirnya mendapati Sheikh itu menipu mereka dan sejak itu dia tidak lagi kelihatan di situ.

KENAPA MUDAH PERCAYA PADA BOMOH...???


BOMOH TERLAMPAU  PERDAYA WANITA NIKAH BATIN 
Seorang bomoh terlampau yang sering menipu pesakitnya yang terdiri daripada golongan wanitauntuk melakukan “hubungan” dengan alasan perubatan akhirnya ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu semalam.

Bomoh Terlampau Di Tahan,Tipu Pesakit Wanita


Dikatakan, sebelum melakukan “hubungan” dengan pesakitnya, bomoh lelaki berusia 48 tahun itu turut mengadakan upacara nikah batin dengan wanita berkenaan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Husaini Mustafa berkata, lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan ketika merawat seorang wanita berusia 23 tahun.
Katanya, ketika ditahan, lelaki berkenaan hanya berseluar dalam manakala wanita terbabit masih berpakaian lengkap.

GUNUNG BERAPI LOKON MELETUS

Gunung Lokon Meletus Eksplosif

Jakarta : Dua gunung berapi paling aktif di Indonesia meletus semalam, memaksa pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk dekat kawasan berkenaan berjaga-jaga. 

Gunung berapi Lokon di Sulawesi Utara dan Gamalama di Ternate, Maluku Utara mula meletus semalam, lapor Agensi Bantuan Bencana Nasional (BNPB). 
Lokon memuntahkan abu setinggi 1,500 meter selain lahar manakala Gamalama mengeluarkan abu yang menyelimuti sebuah bandar berdekatan. 

OPRAH WINFREY - WANITA PALING BERKUASA DI AMERIKA SYARIKAT....???!!

Oprah Winfrey
Beri sokongan kepada Obama.

OPRAH WINFREY ~ Sebuah nama besar yang menempa kejayaan di sebalik kehidupan penuh cabaran.

Beliau menjadi wanita paling berkuasa dan berjaya dalam sejarah Amerika Syarikat (AS). Terlalu banyak kisah pahit manis yang mengiringi kehidupan Winfrey bermula saat beliau dilahirkan ibunya yang masih remaja dan belum berkahwin ketika itu.  

SOROS MUSNAHKAN EKONOMI MALAYSIA TAPI ANWAR BAGI DERMA ...?!!


KLIP VIDEO INNOCENCE OF MUSLIMS MASIH BOLEH DIAKSES DI NEGARA INI....???

Innocence of Muslims

Treler filem kontroversi Innocence of Muslims berdurasi 13 minit yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW masih dipaparkan menerusi YouTube dan boleh diakses dari Malaysia.
Penelitian Sinar Harian Online lewat petang ini mendapati, walaupun jumlah yang disekat oleh kerajaan Malaysia telah bertambah, namun masih ada yang boleh diakses melalui laman tersebut.
Dalam pada itu, melalui penelitian yang dibuat, satu sklip video tersebut telah diberi kata dua oleh YouTube dan peringatan kandungan video tersebut mungkin mengganggu sentiviti masyarakat Islam dan para pengguna perlu menggunakan budi bicara sendiri.
Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengakui usaha menyekat akses kepada filem kontroversi tersebut masih tidak sepenuhnya di Malaysia tetapi sedang meningkatkan kerjasama dengan pihak luar.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi juga memohon kerjasama masyarakat di Malaysia supaya membantu dan tidak mengakses filem tersebut yang dikatakan akan mengagungkannya.
Sementarai itu,  Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan YouTube sebagai tidak sensitif terhadap kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana ia masih belum membuang klip filem tersebut daripada senarainya.
Rais juga berkata, pendakwa raya berhak, mengikut Kanun Keseksaaan, untuk mengheret pihak-pihak yang menyebabkan keadaan tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama antara kumpulan orang-orang yang melanggar Seksyen 298A Kanun Keseksaan.