Thursday, 5 July 2012

RESPON GELABAH NIK AZIZ ANWAR NAK BERSARA....


Teknik terbaru Anwar Ibrahim yang mungkin akan bersara dari PKR dan semua dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya pada PRU13 telah membuat Pok Nick tersentak dan membuat beliau memberi kenyataan cukup pantas.

Lihat kenyataan Anwar di Financial Time, di sini

Pok Nick sebagai Mursyidul Am PAS, cukup-cukup tidak bersetuju dengan hasrat Anwar yang mahu kembali menjadi pendidik.  Ini katanya berpolitik juga adalah mengajar.

“Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik mengajar mahasiswa”

“Justeru, saya kurang bersetuju jika dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat!”  - Pok Nick


Ilmu kata laluan "Mokhtar", jangan lupa...


Yang menjadi peliknya, apa yang Anwar mengajar rakyat selain dari merusuh, memutar belit, mengumpul harta kekayaan dan bagaimana melepaskan diri apabila didapati bersalah kerana ber-ChinaDoll. Tidak lupa juga Anwar memberi pengajaran sonsang mengenai Lesbian-Gay. Termasuk mengajar ilmu mengumpul mat-mat Jambu sana sini.

Kita akan mengingati Anwar kerana mengajar rakyat bagaimana melepaskan diri setelah didapati membontoti Saiful.

Yang pastinya, Pok Nick telah mulai risau apa yang akan jadi pada nasib Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti, kerana hasrat menawan Putrajaya dikenal pasti amat tipis sekali.

Malahan pula, satu persatu Anwar dicaj di mahkamah mengenai kesalahan beliau semasa penglibatan Bersih 3.0.

Pok Nick sudah bersuara. Mana Lim Kit Siang? Mana Karpal Singh?
Khabarnya Karpal Singh terlentang tiga suku sedang bersabung nyawa.

Perginya Anwar bersama perginya Karpal akan menamatkan riwayat Pakatan Rakyat.

HHalem

WAJIB PERTAHANKAN SAR....




Ustaz Kazim Elias berceramah di atas Toyota Hilux bersebelahan dengan Sekolah Agama Rakyat yang paling dibenci oleh PKR dan Pas Gopeng.

Ustaz Kazim mengupas isu ini secara lebih mendalam kenapa kita sebagai umat yang beragama Islam wajib mempertahankan SAR ini. Bukannya kita sebagai umat Islam bersekongkol dengan kafir harbi iaitu kafir yang menentang Islam untuk membantah pembinaan SAR di taman Pegoh Aman ini.

Walau apa alasan sekalipun samada tiada papantanda dan tiada pagar keselamatan seperti yang didakwa hari ini, sebenarnya itu bukan isunya. Isunya adalah untuk membina sekolah untuk anak-anak umat Islam menimba ilmu kenapa banyak sangat songehnya.

Sebelum ini Pas membantah bersama Lee Bon Chye kononnya SAR ini telah menghalang pemandangan kaum cina ke arah padang tetapi apabila kita melihat kembali SAR terletak jauh dari rumah mereka.

Kemudian mereka mempertikaikan pula SAR tiada mendapat kelulusan, apabila kita menunjukkan kelulusan daripada exco dan kini Pas dan PKR mengatakan pula SAR tiada papan tanda dan pagar keselamatan.

Jadi sekarang isunya adalah PAS dan PKR memang mahukan Sekolah Agama Rakyat diruntuhkan supaya mereka mendapat undi cina sepenuhnya.

TEMPOH EDAH TIDAK HALANG TAN SRI INTAI RAJA AZMI


Walaupun baru memegang status single & available, produser filem sensasi Raja Azmi Raja Sulaiman semakin hot.

Khabarnya, Raja Azmi juga sudah punya admirer (peminat) dan ada di antara mereka ini berusaha untuk mendekati dirinya.

Salah seorang daripadanya berstatus Tan Sri. Khabarnya dia sudah lama meminati Raja Azmi. Namun, selepas mengetahui Raja Azmi sudah putus kahwin dengan pemain badminton negara, Jailani Sidek, Tan Sri berkenaan dikatakan mahu mengenali Raja Azmi secara serius.

Khabarnya Tan Sri berkenaan jarang berada di dalam negara kerana punyai beberapa bisnes di luar. Siapa agaknya Tan Sri berkenaan ya?  Bagaimana pula reaksi Raja Azmi bila Tan Sri berkenaan mahu mendekatinya?


LUNAS PINJAMAN PELAJARAN DISKAUN 30%


Tawaran kepada 4,000 peminjam bermula 1 Julai
 

Ipoh: Diskaun 30 peratus akan diberikan kepada mereka yang melunaskan pinjaman pelajaran kerajaan Perak secara sekali gus dalam tempoh 1 Julai hingga 30 November ini. Tawaran itu membabitkan 4,000 peminjam sejak 1973 dengan pinjaman keseluruhan bernilai RM40 juta.
 

SANGGUP MATI DEMI FUGU..!!!




SETIAP tahun ada saja rakyat Jepun dimasukkan ke hospital dan adakalanya meninggal dunia selepas menikmati sajian ikan buntal. Walaupun tahu bahaya yang bakal dihadapi, kerajaan Jepun masih belum mengeluarkan peraturan tegas dalam penyediaan hidangan ikan beracun itu.


Penggemar ikan buntal berkata, rasa mencucuk yang dirasai pada bibir selepas mengunyah daging ikan buntal disebabkan kandungan neurotoksin (kompleks protein beracun) itulah yang menjadi tarikan utama untuk terus menikmati hidangan laut itu. 


Ia tetap menjadi buruan walaupun ramai sedar rasa kebas akibat tetrodotoksin (protein racun yang kuat kesannya dan masih tidak ditemui penawarnya) boleh membawa kepada kelumpuhan dan masalah pernafasan.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (USFDA), memakan ikan buntal boleh menyebabkan kematian dalam tempoh empat hingga enam jam dan ‘mangsa mungkin sedar walaupun lumpuh sepenuhnya dan dalam sesetengah kes, mangsa boleh memahami percakapan orang sebelum meninggal dunia’.




Bagaimanapun, pengunjung di restoran milik Shigekazu Suzuki boleh menikmati makanan mereka dengan hati tenang apabila memilih sajian ikan beracun itu yang mempunyai rupa hodoh dari tangki ikan yang diletak berhampiran dapur.


 


HAYAT PARLIMEN DIPENDEKKAN 4 TAHUN...???


Tempoh sesuai pegang mandat beri peluang parti memerintah tunai tanggungjawab

Baru-baru ini timbul cadangan untuk memendekkan hayat Parlimen. Ada yang mencadangkan ia dikurangkan kepada empat tahun seperti di Amerika Syarikat. Sebelum ini Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mencadangkan supaya Parlimen hanya boleh dibubarkan selepas empat tahun. Cadangan ini agak dekat dengan perbincangan mengenai jangka hayat Parlimen, tetapi tiada cadangan untuk memendekkan jangka hayat yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan. 
"Walaupun pilihan raya awal ini tidak dimaktubkan dalam Perlembagaan, ia adalah amalan atau konvensyen Perlembagaan. Dalam sejarah negara, kecuali hanya sekali daripada 12 pilihan raya lalu iaitu pada 1974 dilaksanakan awal”
Dari sudut Perlembagaan, jangka hayat Parlimen sekarang ialah lima tahun. Jika Parlimen tidak dibubarkan dalam masa lima tahun, maka hayatnya akan berakhir secara automatik apabila mencapai lima tahun daripada tarikh mesyuarat Parlimen pertama selepas pilihan raya terdahulu.

 

EZAM : BUKAN MUDAH UCAP SELAMAT TINGGAL SETELAH LAKUKAN SEGALANYA....


'Bukan Mudah Saya Tinggalkan Anwar, Saya Lakukan Hampir Segala-galanya' 

AIDCNews  – “Bukan mudah untuk saya tinggalkan Anwar. Saya telah lakukan hampir segala-galanya yang boleh dilakukan sebagai seorang manusia biasa. Untuk berkorban, berjuang dan membela bos saya, Anwar Ibrahim. Bukan mudah untuk saya tinggalkannya,” begitulah luahan hati Senator Ezam Mohd Nor.
Ezam yang satu ketika dahulu pernah menjadi orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata satu peristiwa yang berlaku pada tahun 2005, di mana Wan Azizah menyuruh beliau melihat dan memastikan tiada mana-mana lelaki bermalam bersama Anwar menyebabkan beliau mula berfikir semula.
“Itulah sebenarnya yang menjadi titik-tolak saya untuk berfikir semula siapa sebenarnya Anwar… Dari tarikh itulah saya mula berfikir semula, saya mula mencari kebenaran, saya mengambil masa 6 bulan sebenarnya..”
Pada Oktober 2006, Ezam membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Ketua AMK PKR.

RAWATAN PEMULIHAN TETAPI DI CACAH TATU TANPA SEDAR....????

GAMBAR HIASAN

“Sebaik terjaga dari tidur, saya berasa sakit dan pedih pada kedua-dua pangkal lengan sebelum terkejut melihat tatu berlambang tengkorak bersama sarang labah-labah serta tulisan yang sukar difahami.
“Saya bersama rakan lain langsung tidak sedar ketika kedua-dua lengan dicacah tatu kerana kami semua diberikan pil tidur mengandungi dos terlalu kuat,” kata Fae.


'TAK LOGIK KERJA KAMI'


“Tidak logik,” begitu kata pengasas Pusat Rawatan dan Pemulihan Dadah Darul Hanan, Mohd Zain Abu Bakar, 77, menafikan dakwaan seorang pelatih yang melarikan diri dari pusat pemulihan itu selepas mendakwa diberikan ubat tidur sebelum tangannya dicacah tatu.

Mohd Zain berkata, pusat pemulihan dadah diasaskannya sejak 13 tahun lalu itu hanya menawarkan rawatan secara Islam dan tidak mungkin melakukan perkara bertentangan ajaran Islam.

“Persoalannya mengapa kami mahu lakukan seperti didakwa sedangkan kami tidak pernah menggunakan sebarang kekerasan dan tekanan untuk merawat pelatih.

“Kami menggunakan kaedah rawatan Islam menggunakan air penawar, solat hajat dan zikir dan jika pelatih itu yang dibawa ke sini mempunyai tatu, kami akan membuangnya,” katanya ketika ditemui di Pusat Rawatan Darul Hanan di Kampung Lembor.

Harian Metro mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan seorang remaja berusia 19 tahun yang dikatakan mendapatkan rawatan pemulihan di pusat terbabit, namun terkejut apabila mendapati dirinya ditatu tanpa disedari.

Mohd Zain menegaskan pihaknya tidak tergamak untuk menganiaya pelatih terbabit, apatah lagi pusat pemulihan itu berlesen dan dipantau sepenuhnya Kementerian Kesihatan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Segala ubat digunakan diperoleh dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) atas nasihat doktor.

“Tidak mungkin kami akan melakukan rawatan yang melanggar peraturan dan prosedur ditetapkan,” katanya.

Mengenai bayaran terlalu mahal dikenakan pihaknya, beliau berkata, perkara itu sudah dijelaskan terlebih dulu kepada ibu bapa pelatih.

“Selepas kita cerita dari A hingga Z, mereka faham dan bersetuju dan tidak sabar mahu menghantar anak mereka.

“Kami mengenakan bayaran berpatutan RM500 untuk makanan dan kos rawatan,” katanya.

BAYI HAMIL...???

Seorang budak berstatus bayi kecil telah menggemparkan dunia perubatan di negara Arab. Budak tersebut telah dianalisis dan doktor mendapati ada satu objek seperti bayi dalam perutnya.


Benar, bayi pelik itu yang baru berumur 1 tahun tetapi hamil. Awalnya saya sangat tidak percaya dan saya menganggap ini spekulasi, tetapi setelah melihat hasil analisa pasukan doktor lengkap dengan gambar – gambar bayi pelik dan kandungannya, seperti sukar untuk tidak dipercayai. Ini benar – benar fakta unik dan misteri kehidupan.



Budak berusia satu tahun ditemui hamil di Arab Saudi. Doktor mengatakan ini kes yang unik bagi dunia ini. Laporan Ilmu Perubatan mengatakan: ” Apabila ibu kanak-kanak ini hamil, dia mempunyai 2 janin dalam dirinya. Tapi salah satu janin tumbuh di dalam yang lain, inilah mengapa gadis ini lahir dengan janin dalam rahimnya. Pasukan Doktor Arab memastikan ini boleh saja terjadi dari sudut perubatan. Mari kita lihat gambar bayi pelik yang mengandung tu.

500 PELAJAR KOLEJ KEJURURAWATAN DIPAKSA BERHENTI BELAJAR...!!!

 Sebahagian daripada pelajar bersama barangan mereka  sebelum pulang   ke kediaman masing-masing di Kuala Lumpur, kelmarin. - Foto Sugumaran Suppiah/BH
Sebahagian daripada pelajar bersama barangan mereka sebelum pulang ke kediaman masing-masing di Kuala Lumpur, kelmarin. - Foto Sugumaran Suppiah/BH


Pengurusan kolej kejururawatan dipercayai tak mampu lanjut operasi


 
Seri Kembangan: Nasib hampir 500 pelajar kolej kejururawatan swasta, di sini, menjadi tanda tanya apabila terpaksa memberhentikan pengajian seterusnya mengosongkan asrama kediaman mereka.

ANWAR BERSARA DARI POLITIK DAN AKAN MENETAP DI USA..????


TUMPUAN NEGARA DI ISTANA NEGARA



Berita hangat 24 jam di kalangan elit politik membayangkan Istana Negara akan menjadi tumpuan hari esok. Mymassa dihubungi bertalu-talu untuk mengesahkan perkara tersebut. Apa pun, pembubaran Parlimen hanya Perdana Menteri tahu bila akan diumumkan. Rakan-rakan di Pulau Pinang hingga ke Sabah tidak henti-henti menghantar pesanan ringkas. Bagi Mymassa, kita menghormati haik dan kuasa Perdana Menteri. 



PERDANA MENTERI SEMAKIN YAKIN

FAN PAGE BN BERUBAH ARAH KECEWA TIDAK DAPAT IMBUHAN...???

Memang benar, sejak hari pertama page ini berubah arah, penulis telah perhatikan. Tetapi, tidak ingin berburuk sangka, penulis hampir percaya bahawa ianya telah di 'hack'.....


Rupa-rupanya tanggapan itu salah, terima kasih kepada Double - Y kerana pendedahan mengenainya di blog beliau.... Kita ikuti......



Kecewa Tidak Diiktiraf Peranannya - Seorang Lagi Pejuang Siber BN Bawa Diri




Tiga hari lepas page 'Isu Politik Semasa'atau IPS yang merupakan 'fan page' kedua terbesar dan terbanyak pro-BN mula menukar haluan perjuangan beliau ekoran kekecewaan beliau dengan Barisan Nasional yang gagal menjaga kebajikan para facebookers.

Admin page tersebut mula menyatakan sokongan terbuka kepada PAS dan Pakatan Rakyat malah mengutuk segala perbuatan BN yang beliau pertahankan selama ini.



Saya sendiri cuba menghubungi beliau untuk bertanyakan tentang permasalahan yang dihadapi, menurutnya tiada guna lagi untuk beliau terus mempertahankan UMNO jika UMNO serta para pembesar kerajaan sendiri tidak pernah mengiktiraf peranan facebookers seperti beliau.

Saya cuba memujuk beliau untuk kembali bersama BN tetapi ternyata kekecewaan admin 'Isu Politik Semasa' terhadap BN membuatkan saya gagal menulihkan semula semangat beliau untuk bersama UMNO.

Kita dah cuba membantu yang terdaya, akhirnya beliau tetap berpendirian ingin bersama Pakatan Rakyat. Katanya selepas beliau menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat, berpusu-pusu pihak sana menawarkan segala kemudahan untuk beliau terus berjuang.

Tidak mahu mengulas panjang, saya cuma mahu mengutarakan beberapa soalan kepada para pembesar BN yang hanya memuja segelintir pihak sedangkan masih ramai lagi pejuang-pejuang siber yang belum terbela.

Soalan saya...

Apa akan jadi sekiranya perkara ini berlaku kepada page-page pro BN yang lain pada malam sebelum hari pengundian?

Apa akan jadi jika semua admin group pro BN berubah arah dengan memainkan persepsi buruk kepada BN pada malam pengundian?

Apa yang BN mampu lakukan?

Sejak berubah arah saya lihat makin ramai pihak sana menyatakan sokongan kepada beliau, malah daya tarikan kepada page tersebut semakin banyak.



DI SINI