Monday, 4 June 2012

GERHANA BULAN DAN TRANSIT ZUHRAH MELINTASI MATAHARI.........

Foto - BERNAMA

Gerhana bulan separa dapat dilihat bermula jam 7.10 malam sehingga 8.10 malam di Pulau Mabul di Semporna, Sabah, malam Isnin. 

Rakyat Malaysia dapat menyaksikan dua fenomena falak iaitu gerhana bulan separa pada Isnin (4 Jun 2012) bermula jam 7.10 malam sehingga 8.10 malam, sementara Transit planet Zuhrah melintasi matahari pada berlaku pada pagi Rabu (6 Jun 2012) bermula 6.27 pagi dan berakhir pada jam 12.49 tengahari. 

Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari, dan keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan. 

Transit Zuhrah akan berlaku pada 6hb Jun (view paling cantik adalah di 

Sandakan, Sabah). 

Jika telepas, kena tunggu tahun  2117 Dec dan 2125 Dec.

JOM ikuti bagaimana transit itu boleh berlaku....




Gambar berikut pula adalah telah berlaku Transit Venus (Zuhrah).

 Tompokkan hitam (Venus) berlatarbelakangkan matahari. 

Suatu kejadian alam ciptaan Allah s.w.t ...


      


  


 

NIK AZIZ KENA BELASAH ULAMA KELANTAN..!!!


MURSYIDUL Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sememangnya diakui sebagai seorang ulama yang cukup berpengaruh di dalam Pas.Malahan kerana pengaruh itulah Nik Abdul Aziz mampu bertahan sebagai Menteri Besar Kelantan dan membolehkan parti itu terus memerintah negeri tersebut sejak 1990.Sememangnya kerana pengaruh Nik Abdul Aziz juga membolehkan populariti beliau dikatakan mengatasi Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau mana-mana ulama dalam Pas.Setiap pandangan beliau dalam soal perjalanan politik parti itu sentiasa menjadi perhatian.Di Kelantan,suatu ketika tidak ada ulama yang dilihat mempunyai kemampuan atau keberanian untuk menyanggah Nik Abdul Aziz.Namun sejak 2010 segala-galanya sudah berubah,di gerai-gerai kopi di Kelantan telah ada sosek-sosek yang memperkatakan mengenai kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz yang dilihat semakin kontroversi dari semasa ke semasa.

Ketika ini terdapat sekurang-kurangnya empat tokoh ulama di Kelantan yang secara terbuka berani menyanggah kata-kata dan tindakan Nik Abdul Aziz sehingga ia mula menimbulkan kesedaran di kalangan umat Islam khususnya di negeri itu mengenai tindak-tanduk Menteri Besar mereka yang dilihat bertentangan dengan seruan Islam.Keempat-empat ulama itu ialah Pengasas Pondok Geting,Abdullah Sa‘amah,bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas,Prof. Mohd Noor Deris,Mudir Pondok Pak Krau,Mohamad Zainal Abidin Awang dan terbaru,Mudir Pondok Lambor, Mohd. Zin Abu Bakar.

Turut menarik perhatian umat Islam ialah ketegasan Mufti Kelantan,Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang sentiasa tegas memberi pandangan berhubung isu politik melibatkan umat Islam.Ini belum lagi mengambil kira badan pemikir,Minda Pondok yang turut mempunyai keberanian menentang corak politik Pas dan Nik Abdul Aziz.Untuk rekod,kebangkitan golongan ulama menentang tindak-tanduk Nik Abdul Aziz di Kelantan boleh dikatakan bermula pada 26 Disember 2010 apabila Abdullah Sa‘amah membuat seruan supaya sebanyak 20 buah pusat pengajian pondok tradisional di negeri itu tidak menyokong kepimpinan Pas bagi menyelamatkan perpaduan Islam dan kepentingan Melayu di negara ini.Penentangan itu bukanlah bermotif politik tetapi kerana mereka semakin resah melihat corak politik Pas dan Nik Abdul Aziz yang dilihat sanggup mempertaruhkan segala-galanya demi mencapai cita-cita politik bersama-sama dengan sekutunya,Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.Namun apa yang lebih menjadi perhatian kepada semua ulama berkenaan ialah bagaimana tindakan Nik Abdul Aziz yang dilihat lebih banyak membuat kenyataan berlandaskan pertimbangan politik berbanding agama.

Oleh itu,mereka memberi teguran dan kritikan kepada Nik Abdul Aziz supaya pemimpin kanan Pas tersebut tidak terus hanyut dibuai keasyikkan memburu kuasa politik sehingga membuat kenyataan yang boleh mengelirukan umat Islam.Berikut antara beberapa isu dan hujah yang pernah melibatkan Nik Abdul Aziz dengan ulama-ulama tersebut.

Soal perpaduan umat Islam
- Ketika Nik Abdul Aziz menolak sebarang kerjasama dengan UMNO,Abdullah dan Mohd. Noor dengan lantang mengkritik tindakan itu. Mereka hairan dengan tindakan Nik Abdul Aziz yang lebih rela untuk berbaik-baik dengan PKR dan DAP tetapi tidak mahu berusaha menyatukan umat Islam di negara ini.Abdullah menegaskan,mengikut hukum Islam,menolak perpaduan seseorang itu boleh menjadi fasik kerana Allah dan Rasulullah SAW mewajibkan umat Islam bersatu padu.

Mohd. Noor pula mempersoalkan pendirian Pas yang suatu ketika pernah mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan bukan Islam tetapi kini mereka sendiri melakukan perikatan dengan DAP.Mohamad Zainal Abidin pula menegaskan,‘‘Kita kena betulkan persepsi Pas bukan Islam, Islam bukan Pas.Kalau mereka benar-benar mendokong Islam, Nik Abdul Aziz perlu menyokong usaha perpaduan dengan UMNO tidak kira apa cara sekali pun."

Mohd.Zin pula bertanya,‘‘Datuk Nik Abdul Aziz pernah berkata dia lebih rela bersahabat dengan syaitan daripada bersahabat dengan UMNO, apakah ini ajaran Islam sebenar?''.
Isu perhimpunan Bersih 3.0 - Nik Abdul Aziz menyokong penuh perhimpunan berkenaan biar pun ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan. Malahan Mursyidul Am Pas itu turut mengakui memberi wang poket kepada peserta dan bersedia berbuat demikian jika ia diadakan lagi.Tindakan Nik Abdul Aziz itu bertentangan dengan pandangan Abdullah yang menyifatkan tindakan pemimpin Pas dalam isu Bersih 3.0 menunjukkan mereka semakin hilang punca akibat kerakusan mengejar kuasa politik sehingga sanggup mempertikaikan keputusan majlis fatwa mengharamkan rusuhan jalanan.

Mohamad Shukri pula menasihatkan umat Islam supaya tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak yang akhirnya menyebabkan mereka didominasi.

Kenyataan Nik Abdul Aziz yang menyatakan siapa yang tidak mengundi Pas adalah Arab Jahiliah.Kenyataan yang dibuat ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang ini telah disifatkan oleh Mohd.Noor dan Abdullah sebagai kenyataan yang cetek dan tidak berlandaskan kepada ajaran Islam sebenar.Mohd.Noor berkata,kenyataan Nik Abdul Aziz itu jelas menyeleweng dan menimbulkan kekeliruan dan boleh memecah belahkan umat Islam.Abdullah pula berkata,Nik Abdul Aziz tidak faham istilah ‘jahiliah’ yang jelas merujuk kepada kaum Arab kafir ketika zaman Rasulullah SAW.
Sokong Pas masuk syurga - kenyataan Nik Abdul Aziz yang menegaskan bahawa parti itu dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya turut dibidas oleh ulama-ulama itu.

Mohd. Zin kesal kerana dirinya pernah terlibat dalam perjuangan Pas yang menggunakan ‘syurga dan neraka’ untuk meraih sokongan rakyat.Abdullah pula menegaskan,sebuah parti politik seperti Pas tidak dapat menentukan sama ada seorang itu akan masuk syurga atau neraka.
‘‘Sistem parti itu sendiri tidak ada dalam Islam,bagaimana pula dia mahu tentukan undi Pas masuk syurga, tidak undi Pas jahiliah,’’ kata Abdullah.

Sebenarnya banyak lagi isu yang mencetuskan kontroversi dan kekeliruan yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz.Namun begitu beliau perlu menyedari bahawa dengan hadirnya ulama-ulama seperti Abdullah, Mohd. Noor,Mohamad Zainal Abidin,Mohd Zin serta Mohamad Shukri ia sekurang-kurangnya akan memberi peluang kepada umat Islam untuk menilai sikap sebenar Menteri Besar Kelantan dan Pas.Walaupun mereka ini terpaksa menerima pelbagai kecaman terutama daripada penyokong tegar Pas yang sudah ditutup pemikiran mereka untuk membuat pertimbangan, namun ulama-ulama ini tetap tabah melaksanakan kewajipan mereka.Ini jelas apabila Abdullah yang dianggap pencetus kepada kebangkitan golongan ulama di Kelantan menyanggah Nik Abdul Aziz telah diperlekehkan oleh Pas.Namun bagi Abdullah,beliau tidak sedikit pun merasa gentar dengan segala cemuhan kerana menganggap sudah menjadi kewajipan untuk sama-sama membetulkan keadaan kerana tindak-tanduk Nik Abdul Aziz makin menyimpang.

‘‘Saya tidak mempunyai kepentingan selain mahu turut menghentikan segala penyimpangan yang berkait dengan nafsu politik.Saya belajar agama selama 37 tahun dan saya dapat membezakan tafsiran yang benar dan bukannya berteraskan nafsu serta menyimpang,’’ tegas Abdullah.

Demikianlah ketegasan Abdullah dan sentimen yang sama sudah pasti dikongsi bersama oleh ulama-ulama lain kerana mereka ‘bersimpati’ dengan Nik Abdul Aziz - seorang ulama yang terjebak dalam mainan politik kekuasaan.

SKANDAL SULIT 2 EXCO KEDAH TERPAKSA BERNIKAH....

Bendera_PAS

Sebenarnya cerita-cerita dalam kelambu sangat banyak di Kedah. Dan yang paling menariknya, maklumat-maklumat sebegini lebih mudah diperolehi daripada para pemimpin PAS yang gemar memakai lebai dan bercakap tentang pentadbiran Islam berbanding pemimpin-pemimpin UMNO yang lebih senang menjalankan tugas mereka tanpa melibatkan PAS dan Pakatan Rakyat. 
Seorang pemimpin besar PAS Kedah yang juga merupakan seorang ADUN telah menghubungi KEDAHAN69ERS.COM dan meminta untuk membuat pendedahan berhubung Siti Aishah Abdul Ghani yang merupakan ADUN Merbau Pulas merangkap Exco Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat dengan Hamdan Che Khalib, ADUN Tanjong Dawai merangkap Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan. 
Menurutnya, kemelut dan kontroversi berhubung Siti Aishah Abdul Ghani sebenarnya tidak pernah selesai. Siti Aishah yang lebih dikenali sebagai USTAZAH AISHAH sebelum ini dikaitkan dengan hubungan sulit dengan bekas pemandunya dan merupakan seorang BALU semenjak November 2010. 
Namun pada masa yang sama, Siti Aishah katanya lagi, turut menjalinkan hubungan dengan Hamdan Che Khalib. Hubungan sulit kedua-duanya semakin serius dan telah diketahui oleh pimpinan PAS Negeri, ADUN dan Exco. Kedua-duanya kerap berdua-duaan di bilik pejabat Exco. 
Bimbang isu tersebut bakal meletup, khususnya menjelang PRU13, pada April 2012, sejurus sebelum Mesyuarat Exco, Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak telah memanggil kedua-duanya bertemu di dalam pejabat Menteri Besar. Setelah ditanya, akhirnya kedua-dua Exco tersebut mengakui, mereka memang telah menjalinkan hubungan sulit seperti yang didakwa. 
Sebagai orang tua yang mahu menjaga air muka kedua-dua Exconya itu, Azizan Abdul Razak akhirnya menasihatkan kedua-duanya agar bernikah bagi mengelakkan sebarang tohmahan selain menjaga imej parti.
Berita ini bagaimanapun, disenyapkan begitu sahaja oleh pimpinan PAS Kedah yang masih meraikan 'kejayaan' mereka mengumpulkan ahli-ahli PAS di Stadium Darul Aman pada 1 Jun lalu. 
KREDIT TO kedahan69ers

GEMPA BUMI DI KUNAK SABAH DAN PANAMA

GEMPA BUMI LEMAH DI KUNAK, SABAH.


KUALA LUMPUR – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 pada skala Richter berlaku di Kunak, Sabah pada jam 2.36 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak di Kilometer 22 selatan Kunak.
Gegaran turut dirasai di Semporna dan Tawau. – BERNAMA

GEMPA BUMI DI PANTAI PASIFIK PANAMA.


PANAMA: Gempa bumi bermagnitud 6.6 menggegarkan pesisir pantai Pasifik Panama hari ini, tetapi tidak amaran ancaman tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu. 

Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, ia yang berlaku jam 6.45 pagi dikesan pada pusat gempa 370 kilometer (km) selatan David, di sini dengan catatan kedalaman 10.5 km.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, susulan kejadian itu tiada ancaman tsunami dikeluarkan. - Reuters

NAMUN KU PUNYA HATI..........


Walaupun tidak mempunyai kesempurnaan anggota tubuh badan seperti orang lain, tetapi sebagai manusia biasa, dia masih mempunyai hati dan perasaan, ingin disayangi dan menyayangi......

Semangat juangnya untuk menempuhi kehidupan dikongsi bersama si jelita yang ikhlas mengasihinya.... 








Begitulah setiap kejadian makhluk di muka bumi ini.... setiap daripadanya ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing.... 


KOMIK TINTIN DILELONG MELEBIHI 1.3 JUTA EURO

Koleksi muka depan komik Tintin yang dihasilkan oleh pelukis kartun tersohor Herge dipamerkan pada 30 Mei lalu di Paris, sebelum ia dilelong hujung minggu ini. Gambar menunjukkan bahagian yang paling istimewa dalam pameran itu yang digelar The Worlds of Tintin's Creator, selain gambar, mainan dan poskad. - AFP

PARIS  - Satu daripada koleksi muka depan komik Tintin yang dihasilkan oleh pelukis kartun tersohor Herge pada 1932, berjaya dilelong pada harga melebihi 1.3 juta euro (RM4.8 juta), di Paris, semalam.

Menurut jurucakap Firma Lelong Artcurial, ilustrasi bertajuk Tintin in America itu menggambarkan mengenai seorang wartawan lelaki dibeli oleh seorang individu yang tidak mahu dikenali.

Pemiliknya, yang merupakan pengumpul koleksi Tintin, membelinya pada harga 764,218 euro (RM2.9 juta) pada 2008, menjadikan ia kekal sebagai koleksi yang paling mahal sehingga hari ini bagi kartun yang popular pada abad ke-20 itu.

"Kami sememangnya menjangkakan harganya mampu mencecah satu juta euro walaupun tidak meletakkan sebarang anggaran pada awalnya," kata jurucakap itu.

Herge menghasilkan lukisan tersebut menggunakan dakwat India dan teknik warna gouache bagi edisi pertama bukunya, yang mula dipasarkan pada 1934.

Satu daripada lima karyanya dalam bentuk lukisan muka depan, menggambarkan seorang remaja pengembara memakai pakaian seperti cowboy duduk di atas batu dengan anjingnya bernama Snowy berada di sebelahnya, manakala terdapat tiga lelaki dayak sedang mengacu kapak di belakangnya.

Acara lelong semalam merupakan sebahagian daripada jualan lelong terbesar bagi barangan koleksi yang mempunyai kaitan dengan Tintin.

Februari lalu, sebuah mahkamah di Belgium menolak untuk menyekat jualan lelongTintin in the Congo yang difailkan oleh seorang lelaki bangsa Congo, Bienvenu Mbutu Mondondo, yang mendakwa ia mengandungi unsur perkauman kerana mempersendakan bangsa Afrika.

Herge atau nama sebenarnya Georges Remi, dilahirkan pada 1907 dan meninggal dunia pada 1983, pernah menyatakan bahawa senario itu adalah gambaran sebenar mengenai keadaan ketika itu.

Tahun lalu, pengarah filem Steven Spielberg menghasilkan filem 3 dimensi (3D),Adventures of Tintin: Secret of the Unicorn dan bercadang untuk menghasilkan sambungan bagi filem tersebut. - AFP

PENDEDAHAN WIKILEAKS : ANWAR IBRAHIM MILIKI SIMPANAN TETAP DI BANK ISRAEL


WikiLeaks telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim memiliki 20 acc simpanan tetap di National Israeli Bank. Begitu juga Nurul Izzah (20 acc), Azmin (20 acc), Shamsidar (20 acc), Wan Azizah (20 acc)  dan setiap satu dari akaun tersebut bernilai lebih dari RM500 juta.



Ramai yang tahu, selama 8 tahun Anwar menjawat jawatan Menteri Kewangan, Malaysia alami kehilangan sejumlah wang bernilai RM 750 billion.

Pada1996 anwar bertanggung jawab ke atas kehilangan 2 kontena yang berisi not Ringgit Malaysia (not RM1,000 & RM500) dan sehingga hari ini duit itu tidak dapat dikesan. Semuanya berlaku sebelum beliau dipecat pada tahun 1998.

Tun M telah bertindak bijak, beliau telah memansuhkan nilai not RM1,000 & RM500.  Oleh kerana marah yang amat sangat, maklumlah hanya tinggal melangkah setapak sahaja lagi beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia....Anwar sekali lagi cuba memulakan gerakan menjatuhkan Tun M dengan teknik yang sama iaitu POLITIK WANG ... cara yang sama Anwar gunakan untuk menjatuhkan Tun Gaffar Baba..!!! 

Adalah dikhabarkan juga, WikiLeaks juga menyebarkan bahawa CIA dan Mossad ada banyak simpan fail-fail berkaitan aktiviti seks songsang Anwar Ibrahim ketika berad di luar negara. 

Berikut adalah senarai akaun Anwar Ibrahim di Bank Israel sebagaimana yang didedahkan WikiLeaks :


1. Name : Mr Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : DD-2141-7922-549-F
Amount : USD $ 10,000,000.00
Date of opening account : 21/04/97
Date of Maturity : 21/04/99

2. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : United Overseas Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : M-3914-7179-212-D
Amount : S $ 5,500,000.00
Date of opening account : 28/05/97
Date of Maturity : 28/05/99

3. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Development Bank of Singapore
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : B 1712-341-619-C
Amount : S $ 8,000,000.00
Date of opening account : 29/06/97
Date of Maturity : 29/06/99

4. Name: Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Bank of China
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : D 319-2218-512-J
Amount : USD 3,500,000.00
Date of opening account : 28/02/98
Date of Maturity : 28/02/01

5. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : M 374-6593-88 D
Amount : USD 4,000,000.00
Date of opening account : 08/06/97
Date of Maturity : 08/06/99

6. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : BD 5211-7925-8716-51 MA
Amount : USD 6,500,000.00
Date of opening account : 08/06/97
Date of Maturity : 08/06/99

7. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : E- 6654-662-719-M
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 09/07/96
Date of Maturity : 09/07/99

8. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : J-5152-6161-311-D
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 24/01/97
Date of Maturity : 24/01/00

9. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : FG 3469-4462-9172 (DE)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 21/09/96
Date of Maturity : 21/09/99

10. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : H 7639-1722-5243 (MG)
Amount : S $ 5,000,000.00
Date of opening account : 09/06/97
Date of Maturity : 09/06/99


11. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
1 years
Account No : DC 7943-7716-2713 33 NB
Amount : S $ 7,500,000.00
Date of opening account : 10/12/97
Date of Maturity : 10/12/98

12. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : GH 1299-4166-339 A
Amount : S $ 5,000,000.00
Date of opening account : 11/06/97
Date of Maturity : 11/06/99

13. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : D 1471-3134-22 F
Amount : S $ 3,000,000.00
Date of opening account : 03/04/97
Date of Maturity : 03/04/99

14. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : AB 7193-4111-331 (A)
Amount : S $ 6,000,000.00
Date of opening account : 20/12/96
Date of Maturity : 20/12/98

15. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency
3 years
Account No : FA 9132-3156-212 E
Amount : USD 7,000,000.00
Date of opening account : 11/04/96
Date of Maturity : 11/04/99

16. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : M 819-5512-71 D
Amount : USD 6,000,000.00
Date of opening account : 06/05/97
Date of Maturity : 06/05/99

17. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : M 819-5512-71 D
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 06/05/97
Date of Maturity : 06/05/99

18. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
3 years
Account No : GM 5210-6125-8862-49 DG
Amount : S $ 6,000,000.00
Date of opening account : 10/04/96
Date of Maturity : 10/04/99

19. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : HD 4179-2416-3829-31AD
Amount : USD 5,500,000.00
Date of opening account : 21/12/96
Date of Maturity : 21/12/98

20. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : SD 3912-4942-6918-72 DA
Amount : S $ 8,000,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/98

***Tidak mustahil, dalam PRU 13 nanti rakyat akan melihat bagaimana Anwar akan gunakan kuasa kewangan yang besar demi untuk mencapai impiannya untuk menawan Putra Jaya dan sekaligus mengangkat dirinya menjadi Perdana Menteri yang sangat diidam-idamkanya itu sejak sekian lama..... Kerana cara itulah yang cuba dilakuknnya semasa dia umumkan untuk menawan Putra Jaya pada 16 September.....




PERGELUTAN LELAKI DENGAN HARIMAU BINTANG

SEORANG lelaki bergelut dengan seekor harimau bintang ketika anggota perhutanan cuba menangkap haiwan tersebut dengan menggunakan jaring di Duliajan, India semalam.


DULIAJAN, India - Seekor harimau bintang ditangkap di kawasan penempatan penduduk di sini, dalam negeri Assam semalam.
Harimau itu menakutkan penduduk setempat selepas menyerang dan mencederakan dua orang di sebatang jalan di sini.
Binatang buas tersebut kemudian ditangkap oleh beberapa pegawai perhutanan India.
Namun, seorang lelaki yang bergelut dengan harimau tersebut cedera dan dikejarkan ke sebuah hospital berdekatan. - Agensi

RAKYAT MALAYSIA DITAHAN PEMBERONTAK MESIR


GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR -   Percutian bagi meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 bersama suami tercinta di Selatan Mesir, membawa malang kepada seorang rakyat Malaysia berusia 33 tahun selepas mereka ditahan kumpulan pemberontak di negara itu, semalam.

Mangsa, Norbazrina Yazid, 33, berasal dari Shah Alam, Selangor mengembara bersama suaminya, warga Australia ditahan bersama pelancong lain dalam satu sekatan jalan oleh kumpulan pemberontak berkenaan.
 
Sumber berkata, kumpulan itu bertindak demikian berikutan tindakan pihak berkuasa negara berkenaan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas presiden negara terbabit, Hosni Mubarak, dua hari lalu.

Adik mangsa, Norzalekha Yazid, 30, berkata dia hanya mendapat tahu mengenai perkara itu melalui statusnya di laman sosial, Facebook yang dia dan sekumpulan pelancong lain dijadikan tebusan di kawasan Abu Simbel dekat Aswan di selatan Mesir, petang semalam.

Menurutnya, kakaknya hanya memaklumkan kejadian itu secara ringkas dan tidak menyatakan sebarang perkembangan terkini mengenai keadaan mereka.

“Dia menyatakan ditahan sekumpulan peladang dalam sekatan jalan sebelum dijadikan tebusan bagaimanapun ketika menghubungi Wisma Putra untuk mendapatkan maklumat lanjut, mereka memaklumkan semua tahanan sudah dibebaskan,” katanya.

Norzalekha berkata, keluarganya berasa lega selepas mendapat panggilan telefon daripada pegawai di Kedutaan Malaysia memberitahu semua tahanan sudah dibebaskan.

“Namun, sehingga kini (lewat malam tadi) Rina dan suaminya gagal dihubungi dan kami belum menerima maklumat terkini mengenai keadaan mereka,” katanya.

Menurutnya, mangsa, siswazah komunikasi massa dari Universiti Teknologi Mara, berlepas ke Mesir Rabu lalu dengan menaiki pesawat Singapore Airlines.

Jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi malam tadi, mengesahkan kejadian berkenaan namun menafikan maklumat mangsa dan pelancong lain dijadikan tebusan oleh kumpulan pemberontak.

Menurutnya, mereka hanya terkandas di Abu Simbel selepas tidak dibenarkan meneruskan perjalanan akibat tindakan kumpulan peladang yang membantah hukuman ke atas Hosni.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Norbazrina melalui Facebooknya menulis bahawa sekumpulan pelancong "ditahan sebagai tebusan oleh petani Mesir sejak empat jam lepas" dan "tentera sedang berunding dengan mereka".

"Kami okay, hanya panas dan runsing," tulis beliau.

Rina kemudian mengemas kini catatannya dengan berkata "kami cuba melarikan diri tetapi polis memberitahu kami supaya tidak berbuat demikian" dan "dua kumpulan dapat melarikan diri sebelum kami namun kami telah ditahan".

Beliau turut berkata, kumpulannya mengandungi 11 orang dan mereka berusaha untuk mendapatkan makanan.

"Tiada senjata api tetapi petani ini nampaknya tidak gembira tentang sesuatu dan kami pula kebetulannya berada di sini," tulis beliau.