Thursday, 19 February 2015

POLIS TAHAN MAHASISWA UGUT 'LETUPKAN' NEGARA


Polis semalam berjaya menahan dua mahasiswa mahasewel berlagak pengganas mengancam untu menyerang mahkamah dengan mercun di seluruh negara".



Dalam tweetnya hari ini, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan mereka berdua belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Selangor (Unisel).

Dalam imej yang beredar di media sosial, pelajar-pelajar itu ingin membakar mercun di setiap mahkamah pada 11.40 malam ini.

Khalid menambah, kedua-duanya akan ditahan reman untuk siasatan lanjut. Butiran lain tentang dua mahasiswa itu bagaimanapun tidak dijelaskan.



Dihubungi Malaysiakini hari ini, ketua polis negara berkata tangkapan ini tidak berkaitan dengan video empat individu bertopeng yang juga ingin membakar mercun malam ini.

Menurut laporan Bernama baru-baru ini, video selama seminit menerusi Youtube itu memaparkan gertakan mereka untuk membakar mercun di setiap mahkamah pada 11.30 malam.

Video itu turut memaparkan wajah pelakon wanita, Nora Danish.

Khalid berkata rakaman video gertakan itu masih lagi disiasat.

Bagi dua kes gertakan ini, tidak dijelaskan sama ada ia berkaitan dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun mulai minggu lepas.

Namun, mahkamah menjadi sasaran kecaman orang jahat, penyokong liwat,   pembangkang dan orang bodoh susulan keputusan tersebut. - CG

1 comment:

gome said...

nak bakar mercun jer????samseng taik kucing...puiii