Thursday, 19 February 2015

KISAH DAN TAULADAN : PEROKOK TEGAR DI HUJUNG HAYATNYA...


Anak muda yang berdiri di tepi katil ini adalah anak kepada pakcik ini yang menderita ARDS (acute respiratory distress syndrome) dengan kata lain paru-parunya mengalami masalah yang teruk dan hampir gagal berfungsi. Selepas imbasan CT dilakukan keatasnya, pakcik ini didapati memiliki kanser paru-paru. Pakcik ini adalah perokok tegar. Imbasan juga menunjukkah beberapa tompokan darah beku di dalam otaknya.

Maka mesin digunakan selama tujuh hari untuk mengganti tugas dan membantu paru-parunya.

Hari ini, keputusan EEG-nya sangat tidak memuaskan, pupil kedua-dua matanya terbuka luas dan tidak bertindakbalas pada cahaya. Otaknya telah mati. Doktor sedang berbincang dengan ahli keluarga untuk langkah seterusnya yakni, ‘no code’ atau ‘DNR‘ (do not resuscitate).

Saya tidak mahu bercakap panjang, rokok terbukti secara saintifik sebagai antara pembunuh utama dengan segala macam racun yang ada di dalamnya. Semua orang sudah maklum akan hal ini.

Adik ini terketar-ketar suaranya ketika mengalunkan ayat suci Al-Quran untuk ayahnya yang sedang nazak. Sambil sekali-sekala dia memegang tangan ayahnya seolah-olah mahu memberi semangat, mahu memberitahu bahawa dia sangat sayang pada ayahnya dan sebagai tanda selamat berpisah untuk sementara. Setiap kali dia memegang ayahnya, kelihatan degupan jantung ayahnya meningkat. Dada ayahnya berombak-ombak.

Pemandangan sayu pada hari-hari terakhir pakcik ini sempat saya rakam sebagai ingatan saya di dalam hidup ini. Dan saya letak di sini sekadar mahu berkongsi rasa.

Kita hanyalah musafir di dalam hidup ini. Menumpang teduh di bumi Tuhan sebelum meneruskan perjalanan ke negeri yang abadi.

Tumpang sekejap sahaja.

Allah yarhamhu. Selamat meneruskan perjalanan menuju Tuhan, pakcik. Kalau saya tidak kelihatan di syurga Tuhan nanti, jangan lupa tanyakan pada Dia, di mana saya.    | thevocket


Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah ketentuan Allah belaka.  Setiap yg hidup pasti akan mati.  Perokok tegar sebenarnya menyedari bahaya dan akibat dari asap rokok yang mereka cintai itu.  Perokok tegar ini diibaratkan (sorry to say) seperti membunuh dirinya sendiri dan juga membunuh orang lain.  Kepada perokok tegar cakaplah apa pun... berceramah lah... keluarkankan segala macam fatwa, hadis atau sebagainya mengenai bahayanya merokok, pasti masuk telinga kanan keluar telinga kiri (tu kira masuk le juga)... ada juga yg langsung tak masuk, buat dono jerk! ... Sebab bagi mereka... hisap rokok ataupun tidak yg pasti setiap makhluk yg hidup pasti mati suatu hari nanti... dan cara kematian itu sendiri telah ditentukan oleh Allah SWT..... 

No comments: