Wednesday, 13 November 2013

PENJAWAT AWAM WANITA ISLAM DILARANG BERTUDUNG DI SINGAPURA


Isu pemakaian tudung atau hijab kalangan kakitangan awam #Muslim kini menjadi tumpuan utama Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dan pemimpin politik beragama Islam.

Bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan dengan baik selepas dibangkitkan di media sosial, #Hsien Loong mengambil langkah segera agar suasana kembali reda.

Ini termasuk dengan mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Islam, Dr. Yaacob Ibrahim dan ahli parlimen Melayu untuk perbincangan berhubung larangan pemakaian hijab.

Hsien Loong mendedahkan pertemuan tersebut menerusi akaun Facebooknya semalam.

Beliau menjelaskan mahu mewujudkan persekitaran di mana umat Islam dan penganut agama lain boleh mengamalkan agama mereka secara bebas dan aman.

Pada masa sama beliau turut menerangkan tentang keperluan kompromi oleh semua pihak dan mengapa kerajaannya perlu mengimbangi keperluan masyarakat yang pelbagai agama dan kaum.

Dalam pada itu, Yaacob berkata, dialog konstruktif perlu diteruskan untuk mencari penyelesaian berhubung isu berkenaan.

Isu #hijab timbul dalam sebuah forum mengenai kaum pada September apabila seorang pensyarah politeknik mempersoalkan mengapa jururawat Muslim dilarang memakai tudung.

Ia kemudian mencetus perdebatan tentang sama ada semua pegawai kerajaan Singapura juga perlu dibenarkan memakai hijab.

Susulan itu, sebuah Pergerakan Hijab Singapura ditubuhkan dan akaun Facebook yang mereka lancarkan mendapat sambutan menggalakkan apabila disukai lebih 20,000 pengguna di laman sosial itu.

Beginilah bila Cina Berkuasa, dan tidak mustahil senario yang sama akan berlaku di Malaysia. Sekarang pun sebenarnya dah banyak kes di mana majikan Cina di negara kita ini yang sama ada secara terbuka atau tertutup melarang pekerja wanita Islam dari bertudung di tempat kerja.

Nak jadi begini ke wahai umat ISLAM di MALAYSIA!!!!! SUMBER

No comments: