Wednesday, 13 November 2013

ANWAR TARIK BALIK SAMAN TERHADAP KJ..... BALAS BUDI SHAHRIZAT ....???


Angin tidak, guruh tidak, tiba-tiba pagi ini ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tarik balik saman malu RM100juta yang difailkan beliau terhadap Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada September 2007.

Kes yang banyak kali tertangguh tersebut sepatutnya mula dibicarakan hari ini dengan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Senator Ezam Mohamad Nor akan dipanggil menjadi saksi bagi pihak Khairy.

Namun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu pagi ini bahawa Anwar ingin menarik balik saman malu tersebut tanpa kos.

Khairy yang dihubungi Agendadaily mengesahkan perkara tersebut dan mengatakan bahawa tiada permohonan maaf yang dibuat oleh pihaknya. Baca seterusnya........

Kelmarin,  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah menarik balik saman RM100 juta yang difailkan terhadap Ahli Parlimen Pandan dan Ampang, Mohd Rafizi Ramli serta Zuraida Kamaruddin berhubung kenyataan akhbar didakwa memfitnahnya.

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera, membatalkan saman itu tanpa kos dalam kamar diwakili peguam, Ranjit Singh dan Gopal Sreevanavasen mewakili kedua-dua defendan serta Datuk Ahmad Redza Abdullah bagi pihak Shahrizat. Baca seterusnya.....


*** Ia seolah-olah penarikan saman 'balas budi di antara mereka.... Tanpa sebarang khabar, tiba-tiba Anwar menarik balik saman sementara Shahrizat pula memberi alasan untuk fokus pada tugas lain..... Bukan ke macam ada yang tidak kena..??? Sekadar telahan.....

No comments: