Friday, 8 November 2013

DUN PULAU PINANG PENGECUT & PALING TIDAK DEMOKRATIK ...???


Ketika Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran dari PKR mengatakan Dewan Rakyat tidak demokratik, tetapi sebaliknya berlaku apabila ramai Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang mengkritik BN.

Lebih buruk lagi apabila Ahli Parlimen Kepala Batas,  Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberitahu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang paling tidak demokratik kerana menafikan hak wakil rakyat Barisan Nasional (BN) untuk bertanya dalam sesi soal jawab lisan.

Jawapan itu sangat menggemparkan sekalian Ahli Parlimen yang bukan daripada Pulau Pinang. Apakah tindakan ini wajar sehingga menafikan hak ADUN BN (Pembangkang) dalam DUN Pulau Pinang? Jika begini adalah sukar untuk ADUN BN mengemukakan permasalahan rakyat di kawasan.

''Sesi soal jawab lisan iaitu benda paling asas itu pun dinafikan oleh pihak kepimpinan DAP Pulau Pinang untuk wakil-wakil rakyat BN bertanya sebagai mewakili rakyat. Bukankah ini paling-paling tidak demokratik," katanya.

Sebelum menuding jari kepada orang lain adalah lebih baik selak kain dan lihat apa yang berlaku kepada keluarga sendiri.


Inilah yang berlaku ke atas N. Surendran. Belajarlah daripada kesilapan dan jangan bersikap angkuh. 

*** Nak bertanya pun tidak dibenarkan. Itu maknanya bukan saja tidak demokratik tetapi juga PENGECUT...!!!

No comments: