Sunday, 28 July 2013

(VIDEO) : IKLAN PETRONAS RAYA 2013, 'JAHIT' YANG MENYENTUH PERASAAN

jahit6

Bila tiba musim perayaan di Malaysia, PETRONAS  akan mengeluarkan cerita atau 'iklan' yang menarik untuk kita tonton. Untuk Aidil Fitri tahun 2013 ini, PETRONAS telah menghasilkan webfilm lapan minit bertajuk "Jahit", yang mula ditayangkan kelmarin 26hb Julai 2013.


"Jahit" menceritakan kisah ibu tunggal Aishah, yang memiliki sebuah kedai jahit kecil. Beliau mempunyai seorang anak perempuan remaja yang bernama Awin. Ibu dan anak perempuan itu mengambil cabaran hidup sebagai ujian dan nikmat yang memerlukan mereka untuk terus berusaha dengan lebih gigih demi untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik.
Mesej asasnya adalah "Kudrat membawa Berkat", yang menekankan betapa pentingnya ketekunan, ketabahan dan pengorbanan menghadapi cabaran hidup, mempercayai bahawa kerja keras yang ikhlas akan membuahkan hasil seperti yang diharapkan.....

Seterusnya, jom lihat video yang menyentuh perasaan itu.........

No comments: