Sunday, 28 July 2013

GURUBESAR SK SRI PRISTANA KECEWA......???

TEMU BUAL BERSAMA GURU BESAR SRK SERI PRISTANA



Adakah pemilik akaun  Facebook Melayu  menggunakan perkataan 'BERMAKAN'?  Perkataan itu  tidak disenaraikan dalam kamus bahasa Melayu.
Baca pula antara komen biadab dicatatkan oleh  2  pelayar  laman Facebook itu. 












Komen di bawah tidak difahami.


Klik dan LIKE  di sini untuk melihat  akaun Facebook  penyokong Guru Besar 
SRK Seri Pristana.



Mohamad Nasir Mohd Nor, 57 tahun, anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor dan berpengalaman bertugas sebagai pendidik selama kira-kira 34 tahun. Berikut hasil temu bual saya melalui panggilan telefon  bersama Mohamad Nasir pada jam 10 malam tadi. 

1. Beliau TIDAK diarahkan bercuti oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor atau Kementerian Pendidikan Malaysia.  Nasir sebenarnya memohon cuti secara sukarela dan diluluskan oleh  Pejabat Pendidikan Daerah kerana khuatir berhubung ugutan jenayah diterimanya.

2. Tindakan membuka ruang makan alternatif di bilik persalinan telah diusulkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah dan PersatuanIbu Bapa dan Guru, PIBG. Lawatan tapak dilakukan bersama  dan ruang terbabit didapati bersih dan sesuai digunakan.

"Kantin  sekolah berupaya menampung kira-kira 150 pelajar,  selebih mereka berehat pada satu sesi terpaksa makan sambil duduk di tepi longkang dan laluan. Pada waktu tengahari sinaran matahari terik memancar dan sebahagian daripada ruang  kantin menajdi panas. Pelajar terpaksa makan dan minum  dalam keadaan amat  tidak selesa," ujar ayah kepada 6 anak itu.

3. "Apakah bentuk pengubahsuaian dilakukan di kantin  dan mengapakah kantin ditutup untuk kegunaan pelajar?," soal saya.

"Dua laluan ke bilik guru dengan 3 daun pintu kayu digantikan dengan pintu  kaca. Sehari selepas kontraktor membuat kerja pengubahsuaian, saya dapati pintu kaca belum sempat dipasang diletakkan di ruang kantin. Pada masa sama, saya menemui kesan tapak kaki pelajar di kawasan sekitar. Saya berasa bimbang,  jika pelajar tercedera dan pihak sekolah kemudian memasang tali penghadang berwarna merah dan putih buat sementara waktu,"  jelas Mohamad Nasir lagi. 

4. Guru Besar lulusan Maktab Temenggung Ibrahim, Johor Bahru itu berkata ...
"Saya kecewa kerana ramai individu melontarkan komen dan menjatuhkan hukuman terhadap saya  TANPA  usul periksa. Mereka juga tidak pernah hadir di SRK Sri Pristana.  Sebilangan orang awam bertanya, mengapakah pelajar tidak  dibenarkan makan di dalam kelas? Peraturan standard sekolah melarang pelajar berada di dalam kelas untuk mengelakkan kes kecurian barang berlaku. Pembinaan kanopi pula membabitkan kos tinggi. 

Sebuah kanopi bersaiz  20x20 kaki dianggarkan berharga lebih RM2,000," kata beliau lagi.

Klik di sini untuk membaca pandangan bekas Yang DiPertua PIBG SRK Seri Pristana mengenai Mohamad Nasir.

DIPETIK DARI mazidulakmal.com

No comments: