JAKARTA : Dilaporkan empat orang terbunuh dalam insiden letupan di luar pusat membeli-belah Sarinah, Jalan Thamrin di Jakarta, pagi tadi.
Jurucakap polis, Anton Charliyan berkata, mereka yang mati terdiri dari tiga orang awam dan seorang anggota polis. Polis Indonesia mengesahkan, letupan tersebut dipercayai serangan bom dan adegan tembak-menembak turut berlaku sejurus selepas letupan.
"Setakat ini, tembakan sudah berhenti tapi mereka masih di situ, kami bimbang lebih banyak tembakan," kata Anton. Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab menjadi dalang insiden berikut.
Sementara itu, Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berada 150 meter dari tempat kejadian berkata, letupan berlaku beberapa kali dan pihak polis kini sudah menutup kawasan berkenaan dari dimasuki orang awam.
"Kami lari naik ke bangunan kami (PBB). Kami dengar letupan ketiga. Kami kemudian naik ke pejabat di tingkat sepuluh dan dengar letupan keempat, kelima dan keenam.
"Ada kejadian tembak-menembak berlaku di jalanan sekarang," katanya lapor BBC. - MD
No comments:
Post a Comment