SURAT PALSU UNTUK JATUHKAN PM NAJIB SEDANG DIEDARKAN ???
Setelah gagal menjatuhkan Perdana Menteri dengan pelbagai isu, pembangkang melalui Kumpulan Pembaharuan Pilihan Raya (BERSIH) menggunakan taktik ‘kotor’ untuk meneruskan niat mereka melalui usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kali ini, mereka mengedarkan sampul yang mengandungi surat atas talian kononnya daripada pengundi setiap kawasan Parlimen terutama yang diwakili Barisan Nasional (BN) berhubung usul tidak percaya itu.
Surat tersebut dibawa ke Parlimen oleh Presiden BERSIH, Maria Chin Abdullah dan dengan bantuan ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua, mereka menyerahkan sampul surat tersebut kepada ahli parlimen BN.
Antara ahli parlimen BN yang ditujukan surat itu ialah Pengerusi Majlis-Majlis Ahli Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid, Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abdul Manap.
Kononnya untuk bersikap adil, BERSIH turut mengedarkan surat sama kepada ahli parlimen pembangkang.
Setakat ini, BERSIH telah mengumpulkan 31,000 poskad dan surat atas talian daripada 211 kawasan Parlimen dan sebahagiannya sudah diserah kepada ahli Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, tembelang BERSIH dan pembangkang pecah kerana semakan berdasarkan nama dan nombor kad pengenalan yang kononnya menyokong usul itu dipercayai palsu dan tidak tepat selain tidak ditandatangani
BERSIH menggambarkan individu yang menyokong usul tidak percaya terhadap Najib adalah pengundi-pengundi di kawasan yang diwakili setiap ahli parlimen.
Namun hasil kaji selidik yang sempat dibuat Pegawai Khas ahli parlimen Kota Tinggi, Nizam Rashid, BERSIH telah membuat pembohongan apabila terdapat dua orang pengundi palsu daripada 12 surat atas talian yang diterima Noor Ehsanuddin.
Dua pengundi tersebut tidak dapat dikenalpasti kerana nama dan nombor kad pengenalan yang tercatat di surat itu tiada di laman web daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Beberapa ahli parlimen lain mendakwa semakan mereka mendapati ada nama yang tertera di surat itu sudah meninggal dunia selainada antaranya adalah pengundi di luar negara.
Berdasarkan modus operandi pihak terbabit menyerahkan surat atas talian, dipercayai ada nama yang kononnya menyokong usul itu tidak tahu nama dan nombor kad pengenalan mereka digunakan bagi tujuan tidak baik itu.
Ini menggambarkan pembangkang dan pihak lain yang ingin menjatuhkan Najib semakin terdesak sehingga sanggup menipu bagi menjayakan agenda mereka - sumber
No comments:
Post a Comment