Monday, 2 November 2015

ARUL KANDA 'HERO' 1MDB



Tidak semena mena kerana cabaran debat dari Tony Pua kepada Arul Kanda menyebabkan nama 1MDB dan imej nya naik mendadak dan telah membuatkan ramai rakyat mula sedar dan buka mata kepada keseluruhan isu nya.Selama ini rakyat yang telah di sogok kan soalan soalan yang bertujuan mengelirukan dan menampakkan seolah olah 1MDB ada masalah besar.


Walaupun ia cuma masalah biasa satu organisasi perniagaan seperti mana mana konglomerat lain. Ia cuba ditampilkankan seperti sedang bermasalah besar kerana seseorang telah mahu menjadi kan ia alat untuk menurunkan Perdana Menteri yang enggan jadi “Pak turut” dan juga kerana telah mengambil semula banyak syarikat IPP milik kroni nya yang telah menelan berbillion wang rakyat.

Atas sebab itu dan juga beberapa sebab lain maka 1MDB di kenal pasti sebagai “alat” untuk di gunakan.Sebaik sahaja Tony Pua mencabar CEO 1MDB , Arul Kanda untuk berdebat , tanpa di sangka nya Arul Kanda menyahut dan menerima tetapi bersyarat bukan bertujuan untuk mencari alasan, tetapi kerana Tony Pua juga berada di dalam pihak PAC yang menjalani urusan siasat terhadap 1MDB maka tidak sesuai jika dia memegang jawatan itu sambil mahu mengadakan debat.

Oleh kerana menyedari Tony Pua sudah ada alasan untuk tidak mahu berdebat maka semalam Arul telah menggugurkan syarat itu supaya debat dapat di ada kan. Malah lebih jauh dari itu Arul juga setuju dengan kehendak Tony Pua agar dia sahaja yang menyoal dan Arul menjawap, umpama ajak bertinju dengan syarat Arul tidak boleh menumbuk nya kembali.




Semalam isu ini menjadi viral , dan kebanyakan warga alam maya memandang tinggi kepada Arul dan 1MDB.Mereka mula berfikir kenapa CEO 1MDB sanggup bersedia berjumpa diatas pentas dengan syarat begitu.Kami di TV14 dari awal sudah tahu isu 1MDB adalah ciptaan sahaja dan tanpa isu 1MDB pun mantan PM akan mencari helah lain demi mahu mencapai hasrat menurunkan PM yang enggan jadi boneka nya.

Sehingga kini setelah hampir setahun lebih 1MDB di serang tidak seorang pun rakyat Malaysia sudah melihat bukti nya. Kebanyakan yang tidak setuju dengan 1MDB pun sudah beralih lari kepada isu Derma demi mahu mengelak kan diri dari menerima hakikat tiada bukti kepada pertuduhan 1MDB.

Pada yang mahu berfikir tentu mereka akan tanya jika sudah ada bukti tentu sekali dengan sikap pelayar alam maya yang tiada sifat menyimpan rahsia akan memviral kan segala bukti  dan akan menghebah kan nya.

Clare Brown juga sudah sembunyikan diri, individu yang konon nya banyak bukti yang boleh dapat perlindungan antarabangsa jika datang ke Malaysia membawa bukti pun takut hendak menonjolkan diri di sini.Apa tah lagi dengan mantan PM yang mula sedar dia tidak dapat menggunakan isu 1MDB dan sebelum di katakan pembohong dengan segera menyatakan tidak melaporkan kepada Polis kerana ketiadaan bukti.

Namun agak terlambat sedikit kerana rakyat sudah ada yang terpengaruh dan kini beralih kepada isu derma seolah olah derma satu dosa pula. Sedang tujuan asal mereka ada lah wang 1MDB.

Kembali kepada topik kita , kini beberapa personaliti dari DAP cuba mengalih kan isu dengan menaikan pelbagai status di tweet dan FB mereka seolah olah mahu menarik perhatian bertujuan mengalih kan isu supaya sahabat mereka Tony Pua tidak malu .Kini sudah ada pula individu yang cuba selamat kan Tony Pua dengan menyatakan debat itu tidak perlu di ada kan.

Parti DAP juga amat takut dengan isu debat ini kerana mereka mahu drag isu 1MDB sehingga PRU14 dan jika ia di matikan di debat maka tiada modal lagi untuk DAP pengaruh rakyat Malaysia.


Yang jelas sekarang ini nama 1MDB dan keberanian Arul Kanda menjadi bualan rakyat Malaysia dan kebanyakan mereka mula memandang tinggi dan mula berfikir  tentu ada sebab Arul tidak gentar berhadapan dengan Tony di depan rakyat Malaysia.

Yang pasti keyakinan mula bertandang kepada 1MDB itu sudah pasti.


Reputasi syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini merudum teruk apabila menerima serangan demi serangan dan tuduhan liar.
Kini dalam usaha memperbaiki dan membersihkan nama syarikat berkenaan, CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy bersedia untuk berdebat dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang juga seorang ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Apatah lagi Pua merupakan antara yang paling lantang mengkritik 1MDB.
Arul dengan berani telah menyahut cabaran debat Pua, bagi mendedahkan bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh Pua selama ini hanya sekadar tembelang.
Arul juga mahu menjelaskan secara terbuka mengenai syarikat berkenaan dan menolak tuduhan-tuduhan liar terhadapnya.
Beliau sedia mendedahkan tembelang berkenaan selepas lama diasak dengan soalan-soalan kitar semula oleh Pua, yang sentiasa tidak berpuas hati meskipun berulang kali jawapan diberikan oleh 1MDB.
Pua sebelum ini mendakwa duit sebanyak $700 juta dolar telah lesap ke dalam akaun Jho Low dan kemudiannya dalam ceramah beliau, Pua mengubah sekali lagi dengan menyatakan Jho Low `sapu $1.2 bilion dolar’.
Kemudian timbul pula cerita apabila duit $700 juta dolar itu tidak diambil oleh Jho Low sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun agak kelakar apabila Pua yang mencabar Arul untuk berdepan dengannya secara langsung itu, mahu bertanyakan soalan kepada Arul. Adakah ini satu program debat ataupun ia adalah satu sesi soal siasat yang dijalankan terlebih dahulu oleh Pua, sebelum PAC melakukannya.
Adakah Pua takut untuk berdepan dengan Arul, takut kena `panggang’ secara terbuka di depan ramai? Jika beliau takut, eloklah Pua digandingkan dengan Rafizi Ramli, yang juga Ahli Parlimen Pandan.
Dan jangan lupa bahawa Rafizi pernah memuji Arul dengan menyifatkan beliau sebagai lagenda pembahas kerana beberapa kali menjuarai bahas yang diadakan ketika menuntut di Maktab Tentera Diraja (RMC).

No comments: