Thursday, 22 October 2015

PENUMPANG MABUK BERBOGEL DALAM PESAWAT AJAK PRAMUGARI SEKSI BERJIMAK !!!


ISTANBUL – Sebuah pesawat Sun Express terpaksa membuat pendaratan kecemasan gara-gara seorang lelaki mabuk yang bertelanjang bulat telah meminta pramugari seksi untuk melakukan hubungan seks dengan dirinya.


Portal penerbangan antarabangaa AirLive.net mendedahkan, insiden tersebut dilaporkan berlaku pada 17 Oktober lalu ketika pesawat Boeing 737 itu dalam perjalanan dari Dublin, ibu negara Ireland menuju ke Izmir di Turki.

Pada mulanya, penumpang berasal dari Ireland ini duduk biasa bersama teman-temannya namun ketika pesawat terbang, dia tiba-tiba bertindak menanggalkan semua pakaiannya dan terus menayangkan batang kemaluannya.

Lelaki yang tidak dinyatakan identitinya itu kemudian tanpa rasa malu meminta mana-mana pramugari syarikat penerbangan milik bersama Turkish Airlines dan Lufthansa Jerman tersebut untuk melakukan hubungan seks.

Akibat gangguan yang tidak diduga itu, pesawat berkenaan terpaksa dialihkan ke Belgrade di Serbia semata-mata untuk menurunkan penumpang tersebut sahaja. Pihak berkuasa percaya suspek dalam keadaan mabuk yang berat.

Bagaimanapun belum dikenal pasti sama ada lelaki tersebut meneruskan perjalanannya ke Izmir atau tidak. Kesemua 120 penumpang terpaksa diasingkan di lapangan terbang sebelum menaiki semula pesawat berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri Serbia berkata, suspek bersama rakan-rakannya dipercayai minum 250 pint atau gelas arak bir sebelum mencetuskan gangguan dan menyebabkan penerbangan tergendala lebih 10 jam daripada jadual.

Susulan insiden itu, pihak berkuasa Ireland dilaporkan bakal mengenakan perintah sekatan penerbangan terhadap penumpang yang didapati mabuk dalam pesawat ekoran banyak kes sedemikian. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

No comments: