Setelah lebih setahun, setelah berbagai andaian dan spekulasi, setelah berkali-kali sidang media khas 'TERKINI' diadakan, bahkan setelah begitu banyak pembaziran kos mencari di pelbagai lokasi, maka dengan perasaan yang bercampur baur kita terima pula berita ini.
Selama ini berbagai pihak mengatakan dengan yakin bahawa pesawat ini ada di Filipina. Ramai yang mengatakan bahawa ianya ‘diketahui’ oleh pihak tertentu, namun mereka ‘sengaja’ merahsiakannya. Namun hari ini segala dakwaan itu 'hampir' menjadi nyata.
JIKA andaian itu pada akhirya nanti adalah benar, alangkah zalim dan kejamnya manusia yang membuat angkara. Alangkah tergamaknya mereka yang bersekongkol dan merahsiakannya daripada rakyat dan keluarga mangsa. Ya.. alangkah BERDOSANYA kesemua mereka manusia yang amat durjana.
Tiada kata untuk meluahkan rasa simpati kepada mangsa dan keluarga mereka. Sungguh dunia ini tidak begitu selamat lagi dengan adanya golongan DAJJAL dan FIRAUN yang kejam lagi melampaui batas.
Innalillahiwainnailaihirojiun..................
POLIS TERIMA LAPORAN BANGKAI PESAWAT DIPERCAYAI MH370 DITEMUI DI SELATAN FILIPINA
Astro Awani | KUALA LUMPUR: Polis Sabah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bangkai pesawat di kepulauan di selatan Filipina.
Ketua Polis Sabah, Datuk Jalaludin Abdul Rahman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu malam, mengesahkan laporan itu diterima dan siasatan akan dijalankan.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Sandakan oleh seorang lelaki bernama Jamil Omar pada Jumaat.

Menurut Jalaludin, pengadu mendakwa, ibu saudaranya Siti Kayam telah menemui satu bangkai kapal terbang di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi.
"Pengadu mendakwa, ibu saudaranya telah memasuki bangkai pesawat itu dan melihat terdapat banyak rangka manusia dan telah menemui sehelai bendera Malaysia berukuran 70 inci panjang dan 35 inci lebar," katanya.
Justeru, katanya, Cawangan Khas Polis akan mengambil keterangan daripada pengadu bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai perkara itu.
Beliau bagaimanapun, menegaskan, sama ada maklumat itu benar atau tidak, ia belum dapat dipastikan setakat ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pasukan penyiasat Perancis sebelum ini mengesahkan serpihan yang dikenali sebagai 'flaperon' yang dijumpai di pantai Pulau Reunion adalah milik pesawat MH370 yang hilang 8 Mac 2014.
Pesawat malang itu membawa 239 penumpang dan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum dilaporkan hilang.
- Warga Prihatin
No comments:
Post a Comment