Wednesday, 18 March 2015

GURU MAHU BERCERAI GARA-GARA KEMENTERIAN PELAJARAN ???


Seorang guru lelaki meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman Facebook e-g Tukar Pertukaran Guru Suka Sama Suka yang menyatakan dirinya bakal bercerai dengan isteri dan mendakwa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai punca.

Guru berkenaan, Ismahadi Isa, 27 tahun, bertugas di sebuah sekolah di daerah Tatau, Bintulu dan telah berkahwin dengan pasangannya, Siti Innarah, 23 tahun, semenjak November 2013.

"Terima kasih Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya dan isteri saya bakal bercerai bulan ini. Tahniah akan usaha anda semua buat kami yang berjauhan dengan isteri ini macam ni. 
"Tiga tahun saya di Pendalaman 3, Sarawak hingga isteri hilang rasa sayang pada suami sebab sering berjauhan. Sampai mati aku akan ingat Kementerian Pelajaran Malaysia,".

Kerana terlalu tertekan, sedih dan kecewa memaksa beliau mengambil tindakan terburu-buru mendakwa KPM sebagai punca permasalahan yang berlaku di antara dia dan si isteri.

Isu pertukaran ini sememangnya tidak pernah selesai di peringkat KPM kerana ada 'tangan-tangan gatal' memecahkan sistem pertukaran sedia ada.

Bagaimanapun, ini bukanlah kes yang pertama kali terjadi. Ada kes-kes yang sama pernah disuarakan sebelum ini sehingga dibangkitkan di Parlimen oleh beberapa ahli parlimen yang menerima aduan guru yang tidak berpuas hati dengan sistem pertukaran KPM yang seperti tidak berfungsi.

Namun dalam situasi ini guru berkenaan, tidak wajar menunding jari terhadap KPM sebagai puncanya. Permasalahan 'peribadi' ini lebih kepada pasangan itu sendiri.

Kebiasaannya, pihak pengurusan sesebuah kementerian tidak akan meletakkan permohonan pegawai yang baru berkhidmat selama tiga tahun di penempatan baru sebagai 'Top Priority',  kecuali dengan alasan yang kritikal seperti masalah kesihatan, ibu bapa tenat dan yang sewaktu dengannya.

Tetapi, tidak bermakna tiada peluang langsung untuk guru berkenaan untuk berpindah semula ke semenanjung Malaysia. Beliau boleh membuat permohonan semula dan 'follow up' dengan sabar dan berdoalah agar pintu hati pihak berkenaan terbuka untuk meluluskan permohonannya.

Adalah tidak wajar seseorang penjawat awam meluahkan ketidakpuasan hatinya di laman Facebook kerana adalah menjadi kesalahan bagi penjawat awam mencemar nama baik jabatan/kementerian sendiri. Sepatutnya beliau menggunakan saluran/prosedur yang betul berbanding mengheboh masalah rumahtangga kepada umum. 

Soal jodoh bukan di tangan KPM tetapi di tangan Tuhan. Kukuh dan retaknya sesebuah perhubungan itu adalah terletak pada pasangan itu sendiri dan bagaimana mereka menghadapi dugaan dalam perhubungan.  thehypemedia

No comments: