Perangai serupa syaitan.. Itulah ayat yang sesuai untuk diberikan kepada seorang pencuri ‘lahanat’ yang tergamak melangkah jemaah wanita yang sedang sujud dan mencuri beg tangan mereka.
Menerusi video yang dirakam di sebuah masjid itu, seorang pencuri yang bertelekung itu dilihat sememangnya menanti waktu yang sesuai untuk ‘merembat’ beg tangan jemaah wanita yang sedang solat disitu.
Walaupun beg tangan itu diletak di hadapan jemaah tapi itu tidak bermakna dia tidak boleh mencuri.
Inilah iblis yang bertopengkan manusia, dalam rumah Allah pun berani melakukan perkara keji sebegitu.
Semoga individu berkenaan diberi petunjuk dan hidayah satu hari nanti.
- MYNEWSHUB.CC
No comments:
Post a Comment