Saturday, 14 February 2015

SEORANG MAUT, 7 CEDERA KEMALANGAN AMBULANS DAN KERETA

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh DSP Wan Shaharuddin Wan Omar berkata dalam kejadian 7 petang itu, ambulans yang dinaiki enam penumpang bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda Accord.

IPOH :  Seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan sebuah kereta di lampu isyarat simpang empat Bukit Kledang, Jalan Ipoh-Lumut, di sini, petang Jumaat.



Rawaidah Mad Saad, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tercampak keluar dari ambulans manakala tujuh lagi dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk menerima rawatan.

“Kita sedang menyiasat bagaimana kejadian ini berlaku. Siasatan awal mendapati ambulans jenis Toyota Hiace yang dalam perjalanan dari Lumut sedang membawa ibu mangsa, Rohani Abdullah, 62.

“Rohani merupakan pesakit yang dirujukkan ke HRPB kerana mengalami pendarahan di kepala akibat terlibat dalam kemalangan di Lumut pada petang semalam (Jumaat).

“Ambulans tentera yang kebetulan berada di lokasi kemalangan membabitkan ibu mangsa, kemudian membantu untuk mereka ke HRPB,” katanya.

Wan Shaharuddin berkata mangsa dibawa ke HRPB untuk bedah siasat. – MSTAR ONLINE

No comments: