Tuesday 25 March 2014

KEPILUAN YANG TIDAK TERTANGGUNG DI SAAT PENGUMUMAN #MH370 BERAKHIR DI LAUTAN HINDI


Tiada berita yang paling menyedihkan apabila mengetahui pesawat MH370 telah berakhir di Lautan Hindi. Tidak dapat digambarkan perasaan ahli keluarga penumpang dan krew pesawat yang terlibat.

Namun, tanpa kita sedari tiga insan kerdil yang sungguh berani berhadapan dengan media pada setiap hari juga tidak dapat menahan kesedihan terhadap pengumuman itu.


 Datuk Seri Hishamuddin tidak dapat menahan perasaan sedih meratapi nasib MH370.


Datuk Azharuddin turut merasa hiba ketika keluar dari dewan PWTC


CEO MAS, Ahmad Jauhari ditenangkan Timbalan Menteri Pendidikan di Dewan PWTC semalam.

MEREKA ADALAH tiga insan yang berdiri teguh bersama-sama menjawab segala soalan dan kritikan. Siapakah kita yang mahu mempersoalkan kredibiliti mereka bertiga? mampukah kita memegang tanggungjawab yang amat berat itu?


WARTAWAN :

17 hari bertugas dan mengikuti rapat perkembangan tragedi MH370, petugas media yang membuat liputan di pusat media di PWTC tidak dapat menahan perasaan, sebaik saja mendengar pengumuman perdana menteri.





AHLI KELUARGA : 

Tidak dapat dibayangkan bagaimanakah perasaan keluarga penumpang MH370 setelah dimaklumkan mengenai berita terbaru pesawat tersebut yang disahkan berakhir di Lautan Hindi, Barat Perth.

Keluarga mangsa warga China nampaknya lebih emosional apabila meratapi nasib kehilangan ahli keluarga mereka malam tadi.

Berikut beberapa gambar yang sempat dirakam menunjukkan suasana hiba kaum keluarga penumpang MH370. 

Takziah dan Al-Fatihah.




Selamat Omar, ayah kepada jurutera MAS, Mohd Khairul Amri Selamat yang turut berada di dalam pesawat MH370 sebak sebaik sahaja menerima perkhabaran buruk itu.



 


Seorang ahli keluarga mangsa warga China di Beijing pengsan ketika dimaklumkan wakil MAS dalam perjumpaan tergempar malam tadi. Beliau terpaksa diusung keluar dari dewan dan dibawah ke hospital terdekat.






Anak kepada Ketua Pramugara, Maira Elizabeth Nari seolah-olah pasrah menerima berita sedih itu. Melalui twitternya, Maira mengatakan bahawa tuhan lebih menyayangi ayahnya.



Kredit Gambar: NST/stuff.co.nz/Twitter

Sumber  :  Berita Online

No comments: