Kata orang, apalah ertinya kebahagiaan rumahtangga jika tanpa kepuasan ketika bersama isteri/suami. Mungkin bagi sesetengah pasangan berkeluarga, s*ks amat penting dan mungkin sebahagiannya merasakan s*ks hanya sekadar perasa dalam rumahtangga, kerana banyak lagi perkara yang lebih penting dari itu.
Bagi mereka yang mementingkan kesihatan s*ks... jom ikuti seterusnya...
Apa yang anda makan atau minum boleh menimbulkan kesan yang pelbagai pada kehidupan seks. Ada makanan yang membantu meningkatkan ghairah seks dikenali dengan aphrodisiac seperti tiram mentah, coklat dan avocado. Namun ada pula beberapa jenis makanan yang mempunyai kesan negatif terhadap ghairah seksual.
Mengambil makanan / minuman yang tidak tepat sebelum berhubungan seks, boleh memberi kesan buruk bagi momen intim yang seharusnya membahagiakan. Ini dia makanan yang harus dielakkan jika tidak mahu ghairah seks anda menurun, seperti dikutip dari Livestrong.
1. Minuman berkafein
Kafein dalam kadar yang tinggi boleh mengurangkan tahap kortisol di dalam tubuh. Hormon ini mempengaruhi kemampuan tubuh anda untuk mengatasi stres. Ketika hormon kortisol dalam tubuh menurun, kelenjar pada buah pinggang juga berkurangan sehingga tidak dapat menghasilkan hormon yang cukup untuk mengoptimumkan dorongan seksual. Akibatnya, anda mahupun pasangan kurang ghairah dan kurang bertenaga untuk bersama.