Wednesday, 20 November 2013

SIAPA PELAKON LELAKI 'GERSANG' AJAK WANITA BUKAN SELEBRITI LEPAK BERDUA-DUAAN ...???

Sejak kebelakangan ini, ramai artis suka menimbulkan pelbagai kontroversi walaupun ada di antaranya sengaja dicetuskan pihak tidak bertanggung­jawab.

Gosip SS kali ini membabitkan seorang pelakon lelaki yang turut terperang­kap dalam masalah yang sengaja dicarinya sehingga memakan diri. 
SS kerap mengikuti perkembangan pelakon ini, namun terkejut apabila seorang rakan memberitahu artis itu belum insaf dengan perbuatannya. 

Malah, rakan SS turut memberitahu tahap kegersangan pelakon itu semakin menjadi-jadi sehingga sering mengganggu seorang wanita yang bukan selebriti.
Menurut rakan SS, wanita itu berasa tidak sedap hati berikutan pelakon itu kerap mengajaknya keluar dan tidak membenarkan rakan lain menemaninya.
Lebih meloyakan, wanita yang mengenali rakan SS itu memberitahu pelakon berkenaan pernah mengajaknya melepak berdua-duaan. 

Bagaimanapun, wanita itu yang sudah rimas dengan perangai pelakon berkenaan enggan menerima pelawaan lelaki terbabit dan membiarkan dia begitu saja. 

SS tidak pasti apa yang sedang bermain di fikiran pelakon berkenaan, tetapi merasakan dia jenis yang degil dan susah nak insaf. 

SS berharap wanita lain tidak mudah terpedaya dan terlalu seronok sekiranya ada artis mahu berkenalan atau mengajak keluar tanpa memeriksa latar belakang. SUMBER
Gambar sekadar hiasan.

No comments: