Monday, 11 November 2013

SENJATA BUNUH PEGAWAI AMBANK DITEMUI, RAKAN PEMBUNUH DIBURU POLIS

SEORANG pegawai polis membawa senjata 'pump gun' yang digunakan suspek dalam kejadian rompakan dan pembunuhan seorang pegawai operasi AmBank, Norzita Abu Talib selepas ditemui di dalam longkang di Jalan Subang Persiaran Penaga, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian di Subang Jaya, hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 11 Nov.- Polis menemui senjata yang digunakan suspek dalam kejadian rompakan dan pembunuhan seorang pegawai operasi AmBank, Norzita Abu Talib, di Subang Jaya pada 23 Oktober lalu.

Senjata jenis pump gun itu ditemui di dalam longkang di Jalan Subang Persiaran Penaga, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian pada pukul 11 pagi tadi. 



Sementara itu, polis memburu seorang lagi suspek yang terlibat dalam kejadian rompakan dan pembunuhan seorang pegawai operasi AmBank, Norzita Abu Talib, 37, pada 23 Oktober lalu.

Suspek yang dikenali sebagai Joemar, warga Indonesia itu dipercayai bertanggungjawab merancang dan bersubahabat dengan suspek utama kes berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek kini sedang diburu hasil siasatan terhadap suspek yang ditangkap di Kota Tinggi, Johor, semalam. - UTUSAN ONLINE


No comments: