Tuesday, 12 November 2013

PEMINAT CEMBURU FIZO OMAR SUDAH BERNIKAH.....

fizo-omar-kahwin-8

Artis Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, telah pun menjadi suami yang sah kepada anak pengasas tudung jenama Fareeda iaitu Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz di majlis pernikahan telah berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights, 2 hari yang lalu (Ahad)  kira-kira pukul 9.30 pagi.

Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim selamat diijabkabulkan pagi tadi.

Untuk pengetahuan, acara tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.
Akad nikah telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abd Samad dan disaksikan oleh dua orang saksi iaitu Wan Zamani Wan Omar dan Azreen Bajuri. Mawar terdahulu mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu.

fizo mawar kahwin2

Sebagai artis yang mewarnai dunia seni tanahair, pastinya Fizo Omar mempunyai peminat yang ramai di seluruh negara. Memiliki wajah yang 'ganteng', tidak dapat tidak, Fizo pasti menjadi dambaan jutaan peminat wanita dan barangkali 'peminat yang terlalu taksub' ada yang merasa sangat kecewa dengan pernikahan tersebut..... Lihat berikut : 

1


Tak tahu apa motif sebenar wanita yang digelar ‘selinanadra’ ini membuat kenyataan seperti di atas. Dari tulisannya, ia seolah-olah satu komen yang bertujuan sama ada untuk memburukkan Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abd Karim ataupun sengaja mereka cerita dengan tujuan untuk mengaibkan pengantin baru itu.
VIDEO FIZO MELAMAR MAWAR :


Adakah kenyataan itu benar atau sekadar ‘cemburu’....????, Wallahua'lam. Apapun kita doakan kebahagian Fizo dan Mawar berkekalan hingga akhir hayat.

No comments: